46 장

230 25 37
                                    

---

"Sayang , awak tak rasa membazir ke beli baju baby banyak-banyak macam ni?"

Jinsang mendapati dirinya sedang menggeleng beberapa kali sambil tangan dan matanya sibuk membelek beg-beg kertas yang dibawa pulang oleh Junhoe.

Kesemuanya lelaki itu peroleh dari pusat membeli belah dan tempat kerjanya. Berterima kasihlah kepada majikannya yang sudi memberikan bonus akhir tahun pada saat-saat begini.

Di dalam setiap satu beg kertas tersebut pula mengandungi pelbagai jenis set pakaian bayi.

Ada di antaranya yang bermotifkan siri animasi kanak-kanak seperti Pororo , kostum haiwan , baju tidur dan banyak lagi.

Bayangkan sahajalah betapa comelnya anak mereka nanti mengenakan baju-baju ini tidak kira di dalam ataupun di luar rumah.

"Ini semua untuk anak saya juga. Lagipun , saya guna duit saya sendiri. Jadi tak salah , kan?"

Junhoe melonggarkan tali lehernya. Letih pula rasanya setelah berjalan-jalan di dalam pusat membeli belah untuk mencari baju buat anak mereka selepas tamat waktu bekerja. Namun , Junhoe tidak sesekali menyesalinya.

"Tentu comel kalau anak kita pakai baju-baju yang appa dia pilih ni. Kan , sayang?"

Perut besar Jinsang diusapnya lembut. Dua bulan masih berbaki sebelum bayi kecil mereka ini dilahirkan ke dunia. Junhoe dan Jinsang sama-sama gemuruh dan teruja untuk menantikan saat itu.

"Tapi kan baju lama anak kita masih ada. Dia tak sempat pun nak pakai baju-baju tu. Siapa lagi yang akan pakai kalau bukan adik dia?"

Jinsang menunduk. Ekspresi wajah muramnya setelah mengungkit kembali hal anak pertama mereka membuatkan Junhoe serba salah.

"Chagi.. awak marahkan saya ke?"

Walaupun Junhoe tahu itu bukanlah penyebab Jinsang berwajah masam seperti ini , dia masih menginginkan kepastian. Jinsang menggeleng dengan yakin.

"Awak nak pergi melawat anak kita esok?"

Anak mata Junhoe ditatap lama. Perlahan-lahan senyuman manis Jinsang kembali mekar di bibirnya. Tubuh itu kemudiannya ditarik ke dalam dakapan hangat Junhoe.

"Janji dengan saya yang awak takkan bersedih lagi tentang anak kita. Dia pun tentu tak nak lihat awak masam muka begini."

---

"Chagi?"

Mendengar suara menggoda milik Hanbin yang baru sahaja bangkit dari tidurnya , Jaehee menoleh. Tubuh wanita itu dipeluk erat dari arah belakang.

Hanbin merehatkan pula dagunya di atas kepala Jaehee. Entah apa pula yang membuatkan Hanbin tiba-tiba berperwatakan manja pagi ini.

"Ya , Hanbin.. awak lapar?"

Hanbin menggeleng.

"Saya tak ada seleralah.."

Jaehee meninggalkan bahan masakan yang sudah siap dipotong buat seketika. Lengan Hanbin di sekeliling pinggangnya dilonggarkan ㅡ membenarkan Jaehee untuk berdiri menghadap lelaki itu.

Tapak tangannya ditampal pada permukaan dahi Hanbin. Tidaklah panas seperti yang dijangkakan.

"Awak tak demam. Kenapa?"

Hanbin mencebik.

"Saya asyik dapat mimpi buruk sebab rahsiakan sesuatu daripada awak sampai sekarang."

Jaehee mengerutkan dahinya. Apa pula yang dimaksudkan Hanbin dengan rahsia itu?

"Apa dia? Ceritalah pada saya.."

Kedua-dua belah lengan berotot Hanbin digenggam lembut.

"Ingat lagi tak masa saya kena tikam dengan Sewon tu?"

Teragak-agak wanita itu menganggukan kepalanya.

"Sebenarnya bukan abang awak yang buat. Dia tak bersalah pun. Saya yang sengaja tarik pisau tu sampai tertikam perut saya sendiri."

Jaehee semakin tidak mengerti. Jenaka jenis apakah yang Hanbin hendak ceritakan kepadanya ini?

"Saya buat macam tu sebab saya nak tunjuk betapa sayangnya saya pada awak dan anak-anak kita. Macam yang saya pernah cakap pada awak... dan Jinsang , menyakiti awak sama sahaja seperti membunuh saya , Jaehee."

Kata-kata romantis Hanbin hanya dibalas dengan pukulan di dadanya. Tetapi semua itu sememangnya benar.

Tujuan Sewon membawa pisau keluar dari dapur rumahnya tempoh hari adalah semata-mata untuk menakut-nakutkan Hanbin. Sebagai seorang abang , Sewon hanya ingin melindungi adik perempuannya.

"Awak tahu tak benda-benda macam tu sebenarnya berbahaya! Hari tu pun awak hampir mati sebab hilang banyak sangat darah , tahu?!"

Mata Jaehee mulai berkaca-kaca.

"Tak sangka masa tu awak betul-betul risaukan saya."

Hanbin tersenyum menang biarpun Jaehee kini menangis di hadapannya.

"Awak ni jahatlah! Tak baik kenakan saya macam tu! Dahlah saya menangis sampai mata bengkak depan anak sendiri!"

Hanbin terkekeh melihat mulut Jaehee yang masih bergerak-gerak meleteri tindakan bodohnya dahulu. Belakang leher Jaehee ditarik ㅡ mencantumkan bibir kedua-dua mereka.

---

Ada empat lagi extra chapter sebelum buku ni betul-betul complete ( itu pun sebab ada JHHS yang request buat sampai 50 장 ) ㅋㅋㅋ.

Jangan lupa baca OFFSTAGE , guys!

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora