47 장

193 27 9
                                    

---

"Apa yang awak rasa sekarang? Lebih baik?"

Bahu kiri Jinsang diurut lembut. Wanita hamil itu hanya tersenyum memandangkan tiada lagi yang mampu dia lafazkan menerusi kata-kata.

Jinsang mengeluh halus ㅡ menatap lama tanah kecil yang baru sahaja Junhoe bersihkan daripada daun-daun kering yang lebat berguguran setibanya mereka ke sini.

Bahu tempat Junhoe merehatkan lengannya dengan selesa dirangkul kemas sehingga tubuh mereka saling bersentuhan dari bahagian sisi.

Sementara kepala Jinsang direhatkan pada dada kiri Junhoe , lelaki itu turut mengambil peluang untuk mencium haruman buah-buahan pada rambut isterinya.

"Saya ada cerita. Awak nak dengar?"

Jinsang mendongak hanya semata-mata untuk melihat wajah Junhoe yang jauh lebih tinggi daripadanya.

"Sure.. tak kiralah cerita awak tu menarik atau membosankan , saya tetap akan dengar."

Junhoe terkekeh perlahan apabila mendapati bahawa isteri kesayangannya mula memuncungkan bibir. Benarlah perempuan mengandung seperti Jinsang sememangnya sensitif. Disakat sedikit pun rajuknya sampai berhari-hari.

"Ceritalah.."

Junhoe mengusap manja rahang Jinsang menggunakan ibu jarinya. Mereka masih lagi di tempat yang sama.

Memandangkan sudah hampir setahun mereka tidak melawat ke tempat tersebut , maka kedua-duanya bersetuju untuk tinggal lebih lama.

"Tempoh hari , saya bermimpi yang saya tengah bantu seorang budak kecil berjalan. Saya dengar dia asyik tergelak bila dia cuba berjalan dekat dengan saya. Masa dia hampir jatuh pula , saya sempat sambut dia. Tapi sayangnya , saya tak nampak muka budak tu."

Jinsang mengeluh lagi.

"Mungkin itu puteri kita , Jinsang. Tentu dia tengah senang hati bila dapat tahu yang kita dah berbaik samula. Dan dia cuma nak pastikan awak tak bersedih lagi selepas lihat dia. Betul , kan?"

Junhoe mencapai tangan Jinsang lalu menggenggamnya sebagai pembakar semangat bagi si isteri untuk meneruskan hidup tanpa puteri kesayangan mereka.

Cukuplah pasangan itu dikurniakan cahaya mata kedua. Mereka berjanji akan menjaganya dengan baik dan mewarnai zaman kanak-kanak bayi mereka ini dengan kasih sayang.

---

Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now