17 정

177 28 39
                                    

---

Rimas pula yang Jinsang rasakan di saat matanya melilau ke setiap sudut rumah Hanbin yang luas itu. Dan tentunya , bukan hanya pasangan itu sahaja yang dijemput ke mari.

Kenalan Jaehee dan Hanbin kedua-duanya berada di sini. Beberapa tetamunya yang lain juga sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai zuriat masing-masing.

Jaehee dan anak-anaknya pasti senang hati dapat tinggal di dalam rumah sebesar ini bersama-sama Hanbin.

Menyedari bahawa Jinsang sama sekali tidak selesa untuk berada di dalam ruang yang agak sesak dan sempit itu , Junhoe merangkul lembut pinggang ramping Jinsang agar rapat pada tubuhnya.

Manik mata bersinar milik Jinsang yang dicantikkan lagi dengan kanta lekap berwarna kelabu itu bergerak ke atas. Imej Junhoe pada malam itu menjadi pusat perhatian gadis-gadis lain.

Malangnya , Junhoe telahpun berkahwin dengan wanita yang amat dicintainya. Maka tiadalah peluang untuk mereka mendekati Junhoe.

Namun , Jinsang tidak peduli akan hal itu. Lebih baik jika Junhoe ikut sama hilang ingatan dan melupakan Jinsang daripada hidupnya. Apa yang Jinsang inginkan hanyalah Hanbin seorang.

Jinsang akhirnya berhenti mengelamun setelah sesuatu yang manis dan lembut melekap pada permukaan bibir kecilnya.

"Suka dengan apa yang awak pandang?"

Sedar akan matanya yang masih terpesona dengan wajah tampan Junhoe , Jinsang berdehem. Ketika wanita itu ingin menjarakkan dirinya daripada Junhoe , pantas jemari kasar itu menahan pergelangan tangannya.

Tangan kecil itu ditarik sehingga Jinsang kembali ke dakapannya. Terkebil-kebil Jinsang cuba memproses apa yang baru sahaja berlaku tadi.

"Jangan ke mana-mana tanpa saya. Awak tu dahlah kecil. Nanti hilang , saya pula yang susah hati."

Jinsang mengeluh pasrah. Mereka berdua kemudiannya didatangi Hanbin dan Jaehee.

"Maaflah terpaksa buat majlis ni waktu malam. Hanbin perlu bekerja hari ni."

Senyuman Jaehee kelihatan manis seperti biasa. Walaupun telah dua kali melahirkan anak hasil perkahwinan mereka , Jaehee masih cantik mengenakan gaun yang dipakainya malam ini.

"Jemputlah makan. Lepas ni kami nak potong kek untuk Wonbin."

Hanbin berusaha sebaik mungkin untuk tidak memandang Jinsang di saat dia tersenyum. Kerana dia tahu , tindakannya itu hanya akan memberikan lebih banyak harapan kepada Jinsang.

Junhoe menyeluk poket seluarnya dan mendapati bahawa telefonnya sedang berdering. Junhoe menjawab panggilan itu dengan wajah resahnya.

"Tolong jagakan Jinsang ya , Jaehee?"

Tidak diberitahu pula tentang isi perbualan telefon bersama majikannya. Junhoe melangkah pergi ㅡ meninggalkan Jinsang bersama Jaehee dan Hanbin.

Jinsang berpeluk tubuh lalu mengeluh berat. Jaehee pula sekadar tersenyum melihatnya.

"Junhoe masih anggap kau macam budak-budak , kan Jinsang?"

Jinsang mencebik.

"Marilah aku ambilkan air. Kau tentu haus , kan?"

---


Don't Forget [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now