Bab47🥀

27.4K 768 143
                                    

Hilman POV

Setahun kemudian

Aku menutup bacaan yassin dengan bacaan doa sebelum buku yassin aku simpan ke dalam poket baju melayuku.

Tangan pantas sahaja mengambil jug yang dipenuhi air dan bunga sebelum aku siram disekeliling pusara Alysa dengan perasaan sebak dan sedih.

Batu nisan putih yang tertulis nama Aleeya Alysa aku pegang dan usap perlahan dengan air mata penuh bergenang di tubir mata.

"Assalamualaikum baby I datang ni. You dengar tak I?" Aku memecahkan kesunyian dengan bersuara perlahan.

"I rindu sangat dekat you baby. Walaupun setahun dah berlalu tapi I masih tak percaya yang you dah tinggalkan I." Sebak hati ini untuk meneruskan kata. Mata pula tak lepas dari memandang batu nisan yang tertulis nama Alysa.

Air mata yang hendak mengalir di pipi cepat aku hapuskan. Aku dah berjanji pada diri sendiri sebelum datang sini yang aku tak nak menangis di hadapan kubur Alysa.

Aku pejamkan mata buat seketika cuba mencari kembali semangat dan kekuatan yang dah hilang pada diriku sejak dari tadi.

"You tau tak baby tadi I datang rumah you tapi macam biasa la mama you halau I." Dengan perasaan sebak tersenyum simpul aku meluahkan kata kata.

Sejak kepergian Alysa setahun yang lepas memang aku ni dihalau tak ubah macam binatang di halau manusia oleh mama Alysa.

Setiap hari aku cuba datang rumah minta maaf minta ampun tapi sekali pun tak pernah aku dimaafkan oleh mama Alysa malah aku dihalau.

"I tau I memang salah. I punca you pergi dari I buat selamanya. Tapi I rindu you Lysa. I datang rumah sebab I nak baring atas katil you I nak peluk bantal you. I rindu sangat dengan you Lysa." Mata memandang batu batu kecil di atas kubur Alysa.

Tanpa dapat di kawal lagi air mata aku akhirnya mengalir juga di kedua belah pipi.

"Hari hari I datang rumah sebab I nak duduk dalam bilik you tapi mama tak bagi. Mama halau I keluar rumah dari rumah. I sedih Lysa I sedih. Kenapa bukan I je yang kena langgar? Kenapa mesti you yang pergi dari I?"

Kepala aku tunduk memandang tanah. Tangan aku bawa mengusap pipi menghilangkan kesan air mata.

Mata aku pejam rapat lagi sekali untuk kawal suara esakkan yang mula kedengaran keluar dari bibir.

Lama aku pejamkan mata cuba menenangkan diri sendiri sebelum aku angkat kepala kembali memandang kubur Alysa.

"I akan bertolak ke Spain esok dan mungkin I tak akan balik ke sini balik." Tangan kananku memegang batu nisan Alysa.

"I tau you mesti marah I kan sebab tinggalkan you dekat sini sorang?" Tawaku kecil sebelum menyambung.

"Tapi nak buat macam mana. I terpaksa pergi juga sana sebab mummy kata dia tak sanggup tengok I sedih dekat sini asyik teringat dekat you je. Yela dekat sini banyak sangat kenangan you dengan I baby. Mana la I suka suka boleh lupakan. Itu sebab mummy suruh I pergi sana mulakan hidup baru. Lagipun dekat sana nanti I boleh kembangkan lagi business I. You juga sendiri cakap dekat I kan you nak tengok business I makin berjaya dan maju.

I mintak maaf sebab terpaksa tinggalkan you dekat sini. I janji I akan cuba datang jenguk you bila bila I balik sini.

Dimana pun I berada I akan sentiasa merindui you Lysa. Hati I cuma ada pada you seorang dan tak akan ada orang lain boleh ganti tempat you dalam hati I ni." Ujarku lagi sebelum bangun dari bersila dihadapan kubur Alysa.

Aku pandang lama kubur Alysa buat kali terakhir dengan hati yang sebak dan sayu.

"I sentiasa redha dengan kepergian you wahai isteriku." Perlahan aku berkata.

Kata mummy aku perlu redha untuk lepaskan Alysa pergi kalau tak nak Alysa terseksa di sana.

Mungkin ini la salah satu balasan daripada Nya kepada aku untuk menyedarkan aku tentang kekuasaan Dia.

Dengan perangai aku yang teruk dulu dan bagaimana cara aku layan Alysa serta cara aku mendapatkan Alysa dengan cara kotor memang layak aku di beri balasan macam ni.

Kepala aku dongak memandang ke dada langit yang sudah gelap tanda bila bila masa sahaja lagi hujan akan turun.

Ya allah kau ampuni dosa isteriku dan kau permudahkan segala urusan isteriku di sana. Doaku di dalam hati dengan penuh perasaan sebak.

Kepala aku lagi sekali menoleh kembali memandang kubur Alysa buat kali terakhir sebelum aku berangkat pergi.

"I love you baby forever and always." Ucapku dan mula perlahan lahan meninggalkan tapak perkuburan islam.

Setiap yang hidup pasti akan mengalami alam kematian. Cuma cepat ataupun lambat sahaja.

Dan tak semua kebahagiaan akan tamat dengan kebahagiaan. Ini takdir aku dan aku perlu terima setiap jalan takdir yang telah Dia lukiskan cantik untuk hidupku.

DIA yang maha berkuasa lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita sebagai hambanya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah lebih mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Al baqarah : 216 -

TAMAT

ALYSA✔️Where stories live. Discover now