Bab26🥀

7.9K 383 14


"Lepasni sunyi balik la rumah ni. Yela Hilman dengan Lysa dah nak balik Kolumpo dah esok. Rasa macam baru semalam je mak dengan ayah ambik kamu dekat Balai Raya. Kamu berdua jangan lupakan mak ayah dekat sini ye?" Suara sedih Makcik Aminah membuatkan hati aku turut rasa sedih.

Makan malam yang bermacam macam lauk yang sedap di pinggan aku pandang sepi. Hilang terus rasa selera hendak makan pada malam ini bila Makcik Aminah mengingatkan aku dan Hilman.

Tak sangka pejam celik pejam celik kami dah pun nak balik ke Kuala Lumpur. Terlampau banyak kenangan dah pun aku dan Hilman cipta di sini bersama sama.

Memang aku tak akan pernah lupa setiap kenangan yang pernah tercipta di Kedah ini. Akan aku simpan kemas di dalam otak dan juga hati aku.

Hilman memandang aku seketika. Aku juga membalas pandangannya memberi isyarat sebelum Hilman bersuara.

"Mak ayah Hilman dengan Lysa janji kani memang tak akan pernah lupakan mak dengan ayah. Kami berdua akan ingat semua jasa mak ayah dekat kami. Insyallah bila bila nanti kami datang lagi melawat mak ayah."

"Hanya Tuhan yang dapat balas semua jasa dan kebaikan mak dan ayah buat Lysa dengan Hilman. Halalkan makan minum kami selama ada dekat sini ya mak ayah?" Sampuk aku pula.

"Ayah dan mak memang dah halalkan semua. Ayah dengan mak memang ikhlas sayangkan Lysa dan Hilman." Pakcik Badrudin bersuara sambil sambil memandang aku dan Hilman.

Aku perasan wajah mak sudah kelihatan hendak menangis terus aku basuh tangan yang kotor dengan kesan makanan dan aku datang terus memeluk mak. Hilman juga seperti aku juga dia bangun dan turut memeluk ayah.

Lama juga kami berempat menenangkan sesama sendiri. Melihat Makcik Aminah sudah mula bertenang aku lepaskan pelukannya perlahan lahan.

"Mak sayang Lysa. Mak sayang Hilman. Nanti kalau Lysa dengan Hilman kahwin jangan lupa jemput mak ya." Makcik Aminah memegang kedua pipiku dengan senyuman lebar mengusik.

Wajah aku terasa panas tiba tiba apabila diusik sebegitu. Hilman pula aku dengar sudah ketawa kuat dengan diikuti Pakcik Badrudin.

"Ish awak ni kesitu pulak. Tengok muka Lysa dah merah dah tu kena usik." Makin terasa berbahang muka aku bila Pakcik Badrudin ikut sama naik mengusik.

"Insyallah mak ayah kalau jadi Hilman kahwin dengan Lysa mak dengan ayah orang pertama Hilman bagitau. Mak ayah doakan la jodoh Lysa dengan Hilman berpanjangan." Menjegil mata aku memandang Hilman. Hilman pula mengeyitkan matanya kepada aku.

Ish dia ni kan mana eh letak malu dia tu? Tak reti nak malu ke bila kena usik? Aku dekat sini muka rasa macam kena panggang dah ni dia boleh sama sama naik mengusik.

"Amin." Pakcik Badrudin dan Makcik Aminah serentak mengaminkan. Dalam malu malu aku pun aku turut mengaminkan kata kata Hilman tadi di dalam hati.

Tipu la kalau aku kata aku tak nak dia dalam hidup aku. Aku memang nak dia sentiasa ada dalam hidup aku.

"Dah la jom kita sambung balik makan malam kita. Habis terbantut selera bila kita berempat buat drama tadi. Banyak lagi ni lauk penat je mak dengan Lysa masak kalau tak habis makan." Makcik Aminah menyambung kata sambil mencedok kembali lauk ke dalam pinggannya.

Aku Hilman dan Pakcik Badrudin ketawa seketika sebelum kembali menikmati makan malam terakhir aku dan Hilman di sini.

Sedang enak menikmati makan malam dan berbual bual rancak tiba tiba pintu rumah di ketuk banyak kali berselang seli dengan ucapan salam tak henti henti dari luar.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now