Bab5🥀

9.7K 463 13


"Thank you hantar I sampai depan pintu rumah ni. Jom la ikut hantar sampai depan pintu mangga sekali pintu grill." Aku menoleh ke sisi memandang Hilman yang tersenyum tak henti henti dari tadi. Apa entah yang dia suka sangat sampai tak berhenti bibir tu mengukirkan senyuman.

Niat aku sebenarnya nak memerli je tu harap harap dia faham la perlian aku ni. Aku dah kata turunkan aku jauh sikit dari rumah sebab nak elak dari kena gossip tapi dia degil juga.

Dah la kawasan rumah sewa aku ni boleh di katakan majoriti pelajar dari Universiti kami juga sebab kawasan ini la paling dekat dengan Universiti.

Nak pula semua kenal kereta Hilman memandangkan dia seorang je yang pakai kereta mewah dalam kawasan kolej kami. Nak pula dia ni pelajar paling popular semua orang kenal dia.

"No problem. Eh boleh ke? Jom I hantar sampai depan pintu rumah. You kalau nak apa apa just call me okay? Insyallah I akan datang tepat pada waktunya." Hilman mengeyitkan matanya kepadaku. Aku memukul dahi perlahan dengan jawapan dari Hilman. Sah dia tak faham perlian aku.

Senyuman di bibirku yang hendak terukir aku padam cepat cepat. Tak nak kena usik dah dengan Hilman. Penat seharian ni asyik kena usik je dengan dia.

"Banyak la you ni. Jangan nak mengada ngada eh. Lagi satu I dapat kenal perangai you. Selain dari degil bab cakap melebih lebih ni memang serah jela dekat you kan. Dah la I keluar dulu." Tangan hendak menolak pintu kereta Hilman tetapi Hilman pantas menahan.

"Well lagi lama you kenal I nanti Lysa makin banyak perangai I yang you akan tau. Kejap you tunggu dalam. Biar I yang bukakan pintu." Tidak sempat aku hendak menahan Hilman sudah terlebih dahulu keluar dari perut kereta.

Aku tersenyum kecil. Memang kalau boleh aku nak kenal kau lagi lama Hilman. Kenapa la baru sekarang kita bertegur sapa? Kenapa kita tak kenal dari semester satu dulu? Aku berkata di dalam hati.

"Alright here we go. Kepala tu hati hati nanti terhantuk pulak." Hilman memberi amaran. Aku pula mengikut dengan penuh hati hati keluar dari keretanya.

"Thank you for today Hilman. Nanti kalau I dah betulkan proposal ni kita jumpa lagi ye?" Entah kenapa la aku seperti mengharap untuk keluar bersama dengan dia lagi sekali.

Padahal boleh je aku nak serah proposal ni dekat siapa siapa orang bawahan aku bagi dekat dia. Sebab tugas aku cuma datang minta tajaan je dari Hilman ni.

"Sure why not. Kalau nak keluar dengan I bukan sebab proposal pun I okay je. Just call me okay sayang?" Lagi sekali Hilman memberi kenyitan matanya kepadaku membuatkan aku mengukirkan senyuman.

Asyik kenyit kenyit mata je dekat aku ni tak rasa sakit ke mata tu? Tau la mata dia lawa tak macam mata kita ni.

"Yela. Ni you balik hati hati. Dah malam sangat ni." Aku lihat jam di tangan yang sudah pun menginjak ke pukul 11 malam.

"Iye tuan puteri akan hamba balik dengan penuh berhati hati. Dah pergi masuk dalam rumah sana. Tak baik anak dara berlama lama dekat luar malam malam macam ni."

"Amboi menghalau ke ni?" Aku ketawa apabila Hilman menggerakkan tangannya seperti menghalau kucing.

"Yela menghalau. Dah masuk dalam. Bye bye." Hilman melambai tangannya kepadaku sebelum masuk ke dalam keretanya.

Aku pula membalas lambaian tangannya sambil mengunci pagar rumah. Aku lihat Hilman tetap menunggu aku di luar pagar sehingga la aku selamat masuk ke dalam rumah.

Pantas aku mengintai di tingkap untuk melihat Hilman. Dia masih lagi berada di dalam kereta. Tidak pun sampai seminit aku lihat Hilman mengeluarkan kepalanya sambil memandang ke arah tingkap.

"Bye bye sayang. Tak payah nak intai intai dekat tingkap tu. Kalau rindu nanti call je I. See you tomorrow." Hilman menjerit. Pantas aku tutup langsir tingkap.

Ya allah dia perasan ke aku mengintai dia? Malunya aku!! Aku menepuk nepuk kedua pipiku.

Masuk ni dah dua kali kau buat perangai tak senonoh kau depan Hilman tu kan Lysa? Kau ni dah kenapa? Tak reti nak behave sangat ni dah apahal?

Tanpa sengaja bibir mula mengukirkan senyuman lebar mengingat kembali kejadian yang dah berlaku sepanjang hari ini.

"Ehem ehem." Deheman dari belakang membuatkan aku terkejut.

"Eh mak kau tergolek." Latahku sambil tangan mengurut dada. Badan aku pusing menghadap tukang sergah.

"Ish kau ni Gina terkejut la aku. Nak sergah bagi salam la. Nasib aku tak ada sakit jantung. Tidak kojol dah aku dekat sini jugak." Aku pukul lengan Gina sedikit kuat kerana geram. Gina pula ketawa mengekek.

"Dah namanya sergah mana boleh bagi salam dulu kau ni pun. Aku tengok bahagianya kau tersenyum senyum macam kambing dekat tingkap ni kenapa? Baru keluar sekali dah terpikat ke dengan Hilman tu?" Gina menyengol lenganku.

"Banyak la kau punya terpikat. Mana ada la. Aku ni dah bertunang tau tak?" Aku menafikan tuduhan Gina. Di sudut hati kecil aku juga aku mengingatkan diri sendiri tentang status aku yang dah pun jadi tunangan orang.

"Ala apa salahnya? Sedangkan orang berkahwin pun boleh bercerai berai apatah lagi bertunang bila bila pun boleh putus." Gina membalas dengan selamba. Aku menggelengkan kepala. Senang betul la si Gina ni bercakap.

Cuba dia yang merasa sendiri tengok apa rasa. Boleh ke tak lagi cakap macam apa yang dia cakap sekarang ni. Getus hati aku.

"Dah la tak payah merepek lagi la Gina. Patut kau doakan kebahagiaan aku bukannya doakan kemusnahan hubungan aku. Ni mana Hani? Tak dengar pun suara dia." Aku pandang sekeliling rumah yang sunyi sepi.

Biasa suara Hani la yang paling macam speaker kuat dia. Ada je benda yang nak di bualnya. Tak berbual pun dia dok karaoke sampai tengah malam.

"Dia keluar pergi dating."

"Dating? Dengan siapa? Sejak bila Hani ada pakwe ni? Kenapa aku taktau? Aku kenal tak pakwe dia tu?" Dengan penuh keterujaan aku bertanya.

Teruja sebab kawan baik dah mempunyai pasangan. Dah lama juga Hani tidak bercinta sejak kecewa dengan kekasih lamanya.

"Kau kenal sangat Lysa." Gina membalas dengan perlahan. Tidak ada keterujaan yang aku lihat pada wajahnya.

Ni dah kenapa pula Gina nak sedih? Hani rampas Shahir dari dia ke apa? Tapi tak mungkin la. Baru pagi tadi aku tengok Gina pergi kelas dengan Shahir.

"Yeke? Siapa weh? Cerita la dekat aku." Makin tertanya tanya aku jadinya bila Gina berperangai begini.

"Ala nanti satu hari kau tau la siapa. Aku tak nak bawak mulut. Biar dia sendiri yang cakap dekat kau. Dah la aku masuk bilik dulu mengantuk pulak."

Aku hantar pemergian Gina ke dalam bilik dengan ekor mata. Kau nak rahsia sangat kan Gina.

Tak apa aku sendiri akan siasat siapa kekasih baru Hani ni. Perasaan tertanya tanya aku ni tak akan hilang selagi tak tau siapa. Tunggu la ye.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now