Bab7🥀

19.6K 817 15
                                    


Hilman POV

Aku tersenyum senyum melihat gambar Alysa yang masam mencuka yang sempat aku ambil senyap senyap sewaktu berada di Pavillion dua hari lepas.

Haih Alysa Alysa. Muka masam macam ni pun cantik comel. Apa la yang kau dah buat dengan aku ni? Aku dah rasa macam gila bayang dengan kau ni tau tak?

Macam mimpi pula rasa Alysa dan aku sudah pun menjadi kawan. Tak sabar pula aku nak bertukar status daripada kawan kepada kekasih kepada Alysa.

Bukan aku tak hormat Alysa sebagai tunangan orang tapi aku kenal Izham tu dah lama. Dari zaman sekolah menengah dulu.

Semua pasal perangai Izham tu ada dalam poket aku ni. Memang Izham tu langsung tak sesuai dengan Alysa.

Depan Alysa baik belakang Alysa macam setan. Aku ingatkan Izham dah berubah lepas jumpa perempuan sebaik Alysa tapi perangai masih sama macam dulu.

Apa la yang kau tak puas lagi Izham? Dah dapat perempuan sebaik secantik Alysa tu pun kau boleh buat perangai lagi. Aku menggelengkan kepala.

Jadi dari nanti Alysa terseksa dengan Izham baik la aku buat sesuatu untuk batalkan perkahwinan dorang berdua.

Walaupun aku ni kaki perempuan tapi kalau dah dapat Alysa memang tak ada la aku nak cari lain.

Aku jadi kaki perempuan pun sebab aku nak cuba buang rasa sayang dekat Alysa ni. Tapi jumpa la banyak perempuan lain pun memang hati aku ada dekat Alysa juga.

"Ha tengok apa tu senyum senyum." Iphone yang berada di tangan terus jatuh ke peha sebab terkejut.

"Ish akak ni terkejut la Man." Aku mengurut ngurut dada sambil buat muka terkejut memandang kak Helena. Kena la berlakon sikit.

"Terkejut ke adik akak ni? Sorry ye adik manja." Kak Helena memandang aku sambil tangannya mengusap kepala aku.

Aku memang manja dengan kak Helena. Memandangkan kami cuma dua beradik dan aku pula anak bongsu. Memang menjadi jadi la aku ni manja. Bukan dengan kak Helena sorang dengan mummy dan daddy pun aku manja.

Manja manja aku pun tak bermakna aku buka perniagaan menggunakan modal daripada daddy. Aku memang usaha sendiri langsung tak usik duit daddy dan mummy.

Dari zaman sekolah lagi aku cuba cari kerja sambilan secara senyap untuk kumpul duit buat perniagaan kecil kecilan.

Tak sangka pula perniagaan kecil kecilan aku dapat sambutan yang sangat menggalakkan dan terkenal di seluruh negeri dengan begitu cepat.

Hasil daripada perniagaan aku kini aku dah pun ada 6 buah kedai sendiri di negeri negeri yang berlainan.

Sehingga kini perniagaan aku sangat begitu stabil walaupun ada juga kadang kadang masalah yang mendatang. Biasa la perniagaan mana yang tak akan melanda masalahkan?

Semuanya yang aku dapat semua dari hasil titik peluh aku sendiri langsung tak gunakan dan usik duit dari daddy atau mummy langsung.

Aku juga rasa bangga dengan diri sendiri dalam kesibukkan menguruskan perniagaan aku masih lagi boleh bahagikan masa untuk belajar sehingga ke tahun akhir tanpa sangkut satu subjek pun.

Itu la syarat dari daddy dan mummy semasa aku meminta izin hendak buka perniagaan sendiri. Kena sambung belajar baru boleh buka syarikat. Daddy dan mummy memang pentingkan pelajaran dari segala benda.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now