Bab14🥀

7.8K 407 17


"Masuk." Aku menjerit dari dalam bilik apabila kedengaran pintu bilik di ketuk dari luar.

Tangan masih lagi sibuk mengemas baju untuk masuk ke dalam beg. Bukan sebab baru nak mengemas baju tapi dari semalam lagi aku dah siap mengemas cuma itu la ada je aku rasa yang tak cukup untuk di bawa.

"Kak tu tunang kau dah tunggu dekat bawah tu. Mama suruh cepat sikit." Amir mengintai di celah pintu bilikku.

"Apahal dia ada dekat sini?" Aku bertanya Amir dengan pelik.

Rasanya sejak kejadian Izham memukul aku haritu aku memang langsung tak berhubung dengan dia. Malah setiap kali di kolej pun aku mengelak dari bertembung dengan dia.

"Mana la aku tau. Dia tu tunang kau bukan tunang aku." Malas malas Amir membalas. Melihat Amir hendak menutup kembali pintu bilik aku cepat cepat aku menahan.

"Mir kejap kejap." Aku berlari ke depan pintu bilik.

"Eish apa lagi?" Rungut Amir.

"Kau tolong halau dia balik. Kata aku boleh pergi kolej sendiri." Ini memang tak lain tak bukan mama la ni yang suruh Izham datang sini.

Semalam bila aku minta tolong papa hantar bukan main lagi mama suruh aku telefon Izham minta tolong.

Bila aku tak nak mula la mama marah marah aku. Malas nak bertekak dengan mama lama lama terus aku masuk bilik.

"Kau jangan mengada la kak. Turun jela cepat. Aku dah naik menyampah tengok dia lama lama dekat dalam rumah ni." Amir memeluk tubuhnya dan menjeling aku sekejap.

Aku berkerut dahi memandang Amir. Baru aku teringat selama aku dengan Izham tak pernah lagi aku tengok Amir dan Izham berbual rapat.

"Mir kau sebenarnya apa benda yang tak puas hati dengan abang Izham tu? Dari pertama kali aku bawak dia datang sini lagi aku tengok kau layan dia teruk. Apahal eh kau sebenarnya?" Sedikit tegang suara aku bertanya.

Bukannya aku marah pun tapi saja je sebenarnya hendak mengorek isi hati adik aku seorang ini.

"Cukup la kau tau aku tak suka dia dan aku tak restu pun kau kahwin dengan dia.

Aku nak cakap lebih lebih pun buat bazir air liur je. Maklum la orang kalau mata tu dah di butakan dengan cinta keburukkan pasangan dia pun langsung dia tak nampak." Aku cuba menghadap kata kata Amir.

Keburukkan apa yang Amir nampak pada diri Izham sampai beriya sangat Amir ni benci Izham?

Belum sempat aku hendak bertanya kedengaran suara jeritan mama dari bawah.

"Amir buat apa lama lama dekat atas tu? Dah panggil kakak ke belum? Abang Izham dah lama tunggu dekat bawah ni. Nanti sampai kolej dah pukul berapa pulak kang."

"Dah ma. Akak ni yang tak siap siap kemas lagi. Entah anak gajah mana yang dia sumbat dalam beg sampai tak siap siap lagi kemas." Amir membalas dan menjeling aku sebelum berlalu pergi.

Amboi sesuka hati sesedap rasa dia je cakap aku bawa anak gajah. Tau la beg aku kembung semacam.

Dengan malas malas aku turun kebawah sambil menggalas beg di bahu.

Mengenangkan ada Izham di bawah membuatkan aku melepaskan keluhan yang berat.

🍂🍂

"Lysa kenapa senyap je ni? Dari masuk kereta sampai kita dah nak sampai ni asyik diam je. Dah tak sudi nak bercakap dengan Iz ke?"

Terasa tangan Izham memegang tanganku tetapi cepat cepat aku menolak dan menarik tanganku memeluk tubuh sendiri.

Sebenarnya aku masih lagi terasa trauma dengan apa yang Izham dah buat pada aku haritu.

"Sayang jangan la macam ni. Iz tau Iz salah haritu. Iz ikutkan sangat perasaan Iz ni sampai cederakan Lysa. Iz mintak maaf ye. Please sayang." Lagi sekali Izham cuba memegang aku tetapi aku lagi sekali menolak tangannya.

"Dont touch me please." Perlahan aku bersuara.

Aku pandang suasana jalan raya diluar. Kalau mengikut pengiraan aku hanya tinggal 1kilometer sebelum sampai di perkarangan kolej.

Cepat la sampai aku dah tak tahan duduk berdua dengan Izham ni. Aku jadi takut dan jijik bila mengenangkan apa yang dia dah lakukan dengan Hani.

"Okay Iz tak akan sentuh Lysa." Terus aku menarik nafas lega tapi cuma seketika apabila Izham menekankan ayatnya.

"But!! With one condition forgive me. Kalau Lysa tak maafkan Iz jangan harap Iz nak dengar cakap Lysa." Izham memberi senyuman sengetnya kepada aku sekejap sebelum kembali fokus pada pemanduannya.

"Iz jangan nak melampau. Lysa report dekat mama nanti." Dengan berani aku melawan walaupun ada perasaan sedikit takut.

"Berani report la. Iz tau Lysa report jangan harap Iz nak biarkan Lysa hidup tenang. Bukan sentuh je lebih dari tu Iz akan buat dekat Lysa." Ugutan daripada Izham membuatkan aku sedikit menggigil.

Lagi lagi apabila aku terasa tangan Izham menjalar di tepi leherku dan juga di telinga. Aku memejamkan mata tidak berani bertentangan mata dengan Izham.

Apabila terasa kereta berhenti daripada bergerak cepat sahaja aku membuka mata dan terus aku menarik seatbelt.

Belum pun sempat aku hendak keluar daripada kereta Izham kembali menarik aku rapat dengannya sehingga aku terasa nafasnya dekat dengan wajah aku.

"Ingat tu." Izham berbisik perlahan di tepi telinga aku sebelum menepuk nepuk perlahan pipi kanan aku.

Sebaik sahaja Izham melepaskan aku kelang kabut aku keluar daripada keretanya.

Tanpa memandang Izham aku terus berjalan laju menuju  ke arah tempat berkumpul pelajar pelajar yang terlibat dengan program yang aku dan pihak MPP anjurkan.

Hati aku masih lagi berdebar. Jantung aku pula sama masih berdegup dengan kencang semuanya sebab kejadian di dalam kereta tadi.

Peluh yang berada di dahi aku lap dengan tisu. Pelbagai jenis perasaan takut gementar dan sebagainya semua bersatu di dalam badan aku ketika ini.

Tetapi semuanya hilang apabila aku terpandang seraut wajah putih bersih dan juga senyuman di bibirnya yang lebar menampakkan lesung pipitnya yang turut sama sama memandang ke arah aku.

Tenang. Itu yang aku rasa apabila terpandang wajah Hilman. Wajah lelaki yang mula bertapak namanya di dalam hati aku.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now