Bab23🥀

7.5K 386 15


"Kak Lysa oh kak Lysa."

"Apa dia Nia?" Aku menyahut panggilan Dania yang memunculkan diri dari pintu dapur.

"Nampak abang Hilman tak?" Terhenti terus tangan aku yang sedang menyental pinggan mangkuk di singki.

Aku alihkan pandangan memandang Dania yang sudah tersenyum gatal. Amboi budak ni baru tingkatan empat dah nak menggatal dengan Hilman.

Tak sempat aku menjawap terus terasa bingit telinga aku mendengar Dania menjerit.

"Abang Hilman. Abang Hilman jom teman Nia makan." Terasa tegak telinga aku mendengar suara manja Dania iaitu sepupu Haris memanggil Hilman.

Secara pantas senyap senyap aku lirikkan mata memandang ke arah Hilman yang sudah berhenti mengangkat barang barang dari ruang tamu ke dapur.

"Eh tak pa la Nia abang banyak kerja ni. Mana boleh tinggal macam tu je." Tersenyum kecil aku dengar balasan daripada Hilman.

"Ala jom la kerja tu tinggalkan la dulu. Nia kesian tengok abang dari pagi sampai dah habis majlis asyik sibuk je. Nia perhati je abang dari sebelum majlis tadi langsung tak makan. Jom la abang jom la." Makin lembut kedengaran suara Dania pada pendengaran telinga aku.

Eh eh budak ni melebih lebih nampak. Menyampah pula aku tengok drama dia ni. Jangan Hilman termakan pujukkan mengada budak Dania ni sudah la.

Mata aku bawa memandang Hilman. Rindu pula nak berbual dengan Hilman. Sejak pertengkaran yang terjadi di antara kami dua hari lepas memang tak ada langsung kami bertegur sapa untuk membaiki hubungan kami.

Tipu kata aku tak rasa sedih dan menyesal dengan layanan aku pada Hilman. Memang aku tau yang aku bersalah tapi nak memujuk Hilman dekat rumah orang ni memang susah la.

Asal aku nak tegur Hilman mesti ada sahaja yang datang memanggil tak aku Hilman untuk menolong mereka. Tak ada peluang langsung untuk aku dan Hilman duduk berdua.

Hilman juga kebetulan memandang aku buat seketika sebelum membuka mulut.

"Okay la kalau macam tu. Jom la kita makan tiba tiba abang rasa lapar pulak bila Nia ungkit." Tawa Hilman membuatkan hati aku rasa sakit. Hilang terus senyuman pada bibir aku.

Makin rasa sakit bila melihat Dania seenak enaknya pegang tangan Hilman keluar pergi ke bawah khemah.

Aku memandang ke arah Hilman dan Dania dari jauh. Tangan aku genggam dengan kuat.

Hati terasa begitu sakit dan di siat siat melihat kemesraan dan juga gelak tawa mereka di bawah khemah.

You nak balas balik apa I buat dekat you masa I berdua dengan Haris ke Hilman? Kalau you berniat nak balas balik memang tahniah I ucapkan. You dah berjaya buat hati I sakit.

🍂🍂

"Esok nak balik Kedah dah ke bang?" Maksu Sakinah bertanya semasa kami ramai ramai berkumpul untuk makan sekali dengan menyambut kedatangan keluarga baru dalam keluarga mereka.

Duduk di sini walaupun cuma tiga hari tapi aku terasa dah macam sebahagian dari keluarga mereka pula. Dilayan dengan baik tak pernah langsung kena terpinggir. Rasanya Hilman juga mesti rasa benda yang sama macam apa yang aku rasa juga.

"Tak la. Abang dengan akak ingat nak bawak Lysa dengan Hilman pusing pusing Langkawi dulu esok seharian. Lusa baru balik Kedah. Okay ke Lysa Hilman?" Pakcik Badrudin memandang aku sebentar sebelum memandang pula ke arah Hilman.

Belum sempat kami berdua membuka mulut beri jawapan, Haris terus menyampuk.

"Nak jalan jalan Langkawi? Boleh la Haris ikut sekali paklong. Lama juga Haris tak jalan jalan Langkawi walaupun Haris duduk Langkawi ni." Haris sudah tersenyum senyum memandang aku.

Aku lemparkan senyuman kecil buat Haris. Rasa bersalah aku pada Hilman semakin menggunung bila memandang ke arah Haris.

Patutnya aku tak abaikan Hilman dan layan Haris biasa biasa je dari aku sampai tiga hari yang lalu.

Tengok la sekarang ni, sepanjang aku berada di sini Haris tak ubah melayan aku seperti aku kekasihnya macam dulu dulu.

"Nia pun nak ikut juga." Kali ini suara Dania pula menyampuk.

"Haris Nia jangan menyibuk la. Kamu berdua juga kata muak dengan Langkawi ni." Kali ini Paksu Karim bapa kepada Haris pula menyapuk.

"Ala tu lain ni lain. Kan orang luar datang. Kita sebagai penduduk dekat sini kena la tunjuk tempat tempat best dekat sini." Haris membalas.

"Macam maklong dengan paklong kau ni tak tau jalan sini. Bersungguh sangat kamu berdua nak ikut ni kenapa? Kalau rasa nak cuba si Hilman dengan Lysa ni hentikan jela niat tu. Mereka berdua ni tengah bercinta dah plan nak kahwin pun. Lagipun ramai ramai ikut nanti kereta tak muat. Paklong kau ni bukan pakai vellfire nak sumbat ramai ramai." Bidas makcik Aminah.

Terdiam terus aku lihat Haris dan Dania mendengar balasan dari makcik Aminah. Aku juga terkedu mendengar.

Bila masa pula aku dan Hilman plan nak kahwin ni? Pandai pandai jela makcik Aminah ni buat cerita.

Kalau bab bercinta tu mungkin ya atau mungkin tak. Aku pun tak tahu la. Tidak pernah pun aku dan Hilman sama sama berbincang serius tentang hala tuju perhubungan antara kami berdua.

Aku lihat Hilman yang duduk tidak jauh daripada aku tersenyum tetapi sewaktu pandangan mata kami berlaga hilang terus senyuman di bibirnya.

Masih marah lagikah dia dengan aku? Tak reda reda lagi ke marah dia dekat aku?

Sepanjang makan malam berjalan bermacam macam soalan bermain di fikiran aku.

🍂🍂

Sorry korang bukan niat nak menyombong takmau reply komen tapi sis asyik lupa je nak reply. jangan serik bagi komen ye sebab komen korang la buat sis semangat nak sambung menaip. lepasni sis janji sis reply komen 🖐🏻😘

ALYSA✔️Where stories live. Discover now