Bab4🥀

10K 499 8


Aku diam membatu dan menunduk menikmati makanan di pinggan. Entah kenapa tiba tiba rasa sentap kena tegur dengan Hilman macam ni.

Agak lama kami mendiamkan diri menikmati makanan sehingga habis licin sebelum aku rasa tangan Hilman menyentuh jariku. Tersentak aku apabila di sentuh begini.

"Look Lysa I'm sorry. I tak maksudkan nak marah you."

"No its okay. Salah I juga tak reti nak sabar." Aku membalas dengan memberi senyuman tawar sambil menarik jariku yang berada di genggaman tangannya.

Jantung berasa berdebar debar tidak tentu pasal. Dah kenapa dengan jantung aku ni? Dengan Izham pun tak pernah buat perangai macam ni.

"Sorry." Hilman meminta maaf lagi. Mungkin perasan akan ketidak selesaan aku bila dia menyentuh jariku.

Hilman berdehem sebentar sebelum menegakkan badannya dan memandang aku dengan serius.

"So you datang jumpa I ni you nak apa? Nak I sponsor dari segi apa? Barang? duit?" Mendengar soalan Hilman aku terus ikut sama menegakkan badan.

"Pihak I kalau boleh nak you sponsor duit." Hilman mengangkat kening kirinya mendengar jawapan aku.

"Kalau boleh? I tak nak jawapan kalau boleh tu cik Alysa. Dengar macam tak confident je. Ketua apa macam ni langsung tak ada confident. You nak I sponsor atau tidak sebenarnya ni?" Tegas suara Hilman.

Tertelan air liur aku mendengar suara tegasnya. Lebih tegas daripada dia tegur aku tadi. Tak sangka pula Hilman ada sisi yang lain bila berbincang benda serius macam ni.

Lysa kau kena confident. Jangan teragak agak bila bercakap. Kau kan ketua. Ketua kena la ada confident. Aku memberi semangat kepada diri sendiri. Jangan bagi dia pandang rendah dekat kau.

"Okay pihak MPP nak you sponsor duit memandangkan dah terlampau ramai yang dah sponsor barang. Maklum la program mak ayah angkat kita ni banyak gunakan belanja.

Setakat ni dari segi kewangan kami cuma ada dalam 4 ribu. Itu pun bila kira kira cuma cukup untuk sewa bas pergi balik duit minyak dan beberapa cenderahati nak bagi keluarga angkat nanti." Panjang lebar aku memberi penerangan. Hilman cuma menganguk angukan kepala memahami.

"You ada bawa proposal tak? Kalau ada bagi I tengok." Tidak buang masa aku terus mengeluarkan proposal program kepada Hilman.

Aku menongkat dagu memandang Hilman yang sedang tekun meneliti proposal. Aku ambil peluang ini untuk membelek wajahnya yang putih.

Rambut dia nampak lembut beralun dan berwarna coklat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rambut dia nampak lembut beralun dan berwarna coklat. Terasa tangan macam gatal nak je sentuh rambut dia ni nak tau betul ke tidak lembut.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now