Bab2🥀

11.6K 482 2


"Lysa serious ke nak pergi bersemuka dengan Hilman ni?" Mata yang sedang sibuk menguis makanan di pinggan terus aku bawa naik memandang wajah kesayangan.

"Serious la. Tak kan la Lysa nak main main kut?" Dengan malas aku membalas.

Aku ingatkan topik ini dah pun selesai dibincangkan sewaktu dalam kereta tadi tapi nampaknya masih lagi tak selesai selesai juga.

"Iz tak suka la.  Kalau dia mengorat Lysa sampai Lysa jatuh cinta dengan dia macam mana? Dah la dia dah lama ada hati dengan Lysa.

Tak boleh ke Lysa suruh Gina ke Hani ke buat kerja jumpa Hilman tu." Aku mengeluh perlahan. Dah mula dah Izham buat perangai nak mengokong dia ni.

"Iz Lysa buat semua ni bukan untuk orang lain. Tapi demi semua orang jugak. Kalau program kita ni tak menjadi siapa yang malu?

Kita MPP ni jugak yang malu. Lagi lagi Lysa sebagai ketua lagi la Lysa paling teruk student maki nanti." Panjang lebar aku menuturkan ayat pujukkan.

Melihat Izham masih diam membisu membuatkan aku sedikit tidak senang duduk.

Tanganku aku bawa memegang tangannya yang kebetulan Izham letakkan di atas meja.

"Iz jangan la risau. Lysa tau nak jaga diri Lysa. Lysa tak kan curang dengan tunang kesayangan Lysa ni la. Hanya Izham Danish sorang yang ada dalam hati Aleeya Alysa ni tau." Aku kenyitkan mata cuba menyerikan kembali ketegangang muka Izham. Melihat Izham tersenyum membuatkan aku juga ikut tersenyum lebar.

"Haa senyum pun. Kalau senyum macam ni kan best. Ini tak muka tu asyik tegang je." Aku tarik pipi Izham.

"Mengada kan Lysa ni? Tau je cara nak pujuk Iz. Tunang siapa la ni." Izham menepis tanganku yang berada di pipinya.

"Tunang siapa lagi kalau bukan tunang Izham Danish." Kami sama sama ketawa gembira.

Mana mungkin aku nak berlaku curang dengan Izham. Aku sayang Izham lebih dari segalanya. Aku dah cukup bahagia bersama sama dengan dia walaupun usia percintaan kami belum pun mencecah setahun tapi kalau dah jodoh tak akan kemana kan?

Buktinya pada usia percintaan kami baru mencecah tiga bulan keluarga Izham datang membawa rombongan meminang ke rumahku.

Dan sekarang ni hari hari aku mengira tarikh pernikahan kami yang akan berlangsung pada hujung tahun ini. Sebaik saja kami menamatkan pengajian yang tinggal berbaki 4 bulan ini.

🍂🍂

Aku memejamkan mata buat seketika cuba menenang kan diri dan hati sendiri.

Walaupun orang ramai di dalam cafe ini tetapi hati aku tidak henti henti berdebar dan terasa gementar tidak tentu pasal. Semuanya sebab Hilman.

Dah la Gina tak dapat nak teman aku jumpa Hilman katanya ada hal penting yang tak dapat di elakkan. Kelas madam Julie kejap lagi pun katanya dia tak dapat nak masuk.

Setelah yakin dengan hati sendiri terus aku bawa kaki berjalan menghampiri Hilman yang sedang bergelak ketawa dengan kawan kawannya di meja cafe.

Aku berdiri di tepi meja mereka tetapi melihat mereka masih lagi galak bergelak ketawa sampai tidak sedar akan kehadiranku di tepi mereka.

"Excuse me." Aku bersuara sedikit kuat.

Kali ini semuanya terdiam membisu. Mata masing masing mula tertumpu ke arahku.

"Apa? Kiss me?" Salah seorang dari geng Hilman bersuara sambil diikuti tawa dari yang lain. Aku pandang Hilman yang masih tidak bergerak diam kaku macam patung.

"Excuse me!" Kali ini sedikit kuat aku bersuara.

"Oh excuse me ingatkan kiss me tadi. Man aku tak mimpi kan? Ke aku mimpi ni?" Kali ini geng Hilman yang lain pula bersuara sambil diikuti tawa yang lain.

Aku lihat dia sedang mencubit lengannya sendiri sambil memandang pelik ke arah Hilman.

Hilman juga aku lihat matanya masih tidak berkelip memandang aku. Mungkin dia juga pelik melihat aku datang menegur.

Selama tiga tahun ini, belum pernah sekali pun aku datang bertegur sapa dengannya. Kecuali jika terlanggar dia. Itu pun sebab dia sengaja langgar aku bukan aku yang langgar dia.

"Hilman I nak cakap dengan you sekejap boleh?" Tanpa menghiraukan pandangan kawan kawannya aku terus memandang tepat ke wajah Hilman yang masih tidak berkelip memandangku.

Lebih cepat aku selesaikan masalah ini lebih bagus. Tak nak aku berlama lama dekat sini seorang diri.

"Hello?" Aku mengawang awangkan tangan di hadapan wajahnya.

"Huh apa dia sayang?" Ketawa kecil aku lihat wajah Hilman yang seperti sedang keliru. Comel. Detik hati aku.

Ish apa ni Lysa? Ingat kau dah jadi tunang orang. Cepat cepat aku sedarkan diri.

"I cakap I nak jumpa you kejap. Dalam pukul hmm." Cepat cepat aku melihat jam di tangan dan menyambung lagi.

"Pukul 5 nanti. Boleh? You free tak?"

"Kami tak free pukul 5 nanti." Lain orang yang aku tanya lain orang pula yang menjawap.

"Oh yeke? Takpe la kalau macam tu. Maybe next time. Okay la I mintak diri dulu." Aku membuat muka sedikit sedih ke arah Hilman sebelum memusingkan badan.

Mintak mintak la Hilman termakan dengan wajah sedih aku. Aku berdoa di dalam hati.

"Lysa wait." Mendengar suara Hilman memanggil senyuman di bibir tidak dapat di tahan lagi terus melebar. Tetapi cepat cepat aku kawal sebelum memusingkan badan menghadap Hilman and the geng.

"You nak jumpa dekat mana?"

"Man apa ni? Kita dah janji kan tadi nak repeat game petang ni. Tak kan sebab perempuan kau nak cancel kut?" Aku lihat kawan Hilman yang berada di sisinya sudah mula memandangku dengan tidak puas hati.

"Ala Qay malam kan boleh repeat. Bagi la member kita ni peluang. Peluang tak datang selalu kau tau?" Kali ini kawan Hilman yang lain pula membalas sambil menepuk bahu lelaki yang bernama Qay.

"So you nak jumpa dekat mana?" Hilman lagi sekali bertanya.

"Hmm dekat cafe ni juga. Lepas kelas I datang sini." Aku membalas dengan cepat. Lagipun kalau berbincang di cafe ni orang ramai tak ada la aku rasa canggung sangat nanti dengan dia berdua.

Melihat Hilman mula mendiamkan diri membuatkan aku memusingkan badan membelakangi dia kembali. Dah habis cakap la tu. Aku pun dah lambat nak masuk kelas Madam Julie ni.

"You habis kelas pukul 4 kan?" Lagi sekali Hilman bersuara.

Aku menepuk dahi perlahan. Ingatkan dah habis cakap tadi. Rupanya ada lagi yang dia nak bualkan.

"Yeap. Mana you tau?" Hairan aku lihat Hilman tersenyum lebar memandang ke arah aku.

"Apa benda je yang I tak tau pasal you sayang. Semua pasal you ada dalam poket I. Dah pergi la cepat I tau you dah lambat nak masuk kelas madam Julie. Nanti pukul 4 I ambik you depan DK. Jumpa nanti." Hilman memberi kenyitan mata kepadaku sebelum berlalu pergi.

Aku pula terkebil kebil memandang batang tubuh Hilman dan kawan kawannya yang makin menjauh daripadaku.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now