Bab12🥀

8.3K 383 16


Sedang enak menikmati dan membalas kucupan tiba tiba kedengaran bunyi petir membuatkan aku tersedar dari lebih hanyut.

Pantas aku menolak tangan Hilman yang masih menyentuh badan aku. Aku sedikit menjauhkan diri dari Hilman. Dengan nafas tercungap cungap aku bersuara.

"We can't do this Hilman. This is so wrong." Hati aku mula berdebar debar tidak tentu pasal dengan apa yang sudah jadi.

Tak sepatutnya aku terlampau mengikutkan perasaan aku. Patutnya aku sedar apa yang kami buat ini adalah satu dosa.

Jika tidak di sebabkan bunyi petir di luar mungkin sekarang ini kami sudah semakin hanyut dan terlanjur.

"I'm sorry Lysa." Hilman mengusap mukanya.

"I just.." Hilman mengeluh kasar.

"I can't control myself. I'm so sorry." Hilman pandang aku dengan pandangan serbasalah.

"It's okay. Hantar I balik sekarang boleh?" Aku membalas dengan perlahan. Hati masih lagi berdebar dengan kencang. Nafas juga masih belum teratur dan badanku terasa panas semacam.

Tanpa membalas apa apa Hilman kembali memandu keretanya untuk membelah hujan untuk membawa aku pulang ke rumah.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hanya bunyi radio yang menemani kami berdua. Masing masing membisukan diri.

Sebaik saja sampai di hadapan pagar rumah sewaku, aku terus keluar dari keretanya tanpa berkata apa apa.

"Lysa wait!!" Jeritan Hilman mematikan langkah kakiku dari terus memasuki ke dalam rumah.

"I'm sorry." Hilman memegang lenganku dan aku dengan cepat menolak lembut tangannya. Badanku aku pusing menghadap Hilman.

"I'm sorry too."

"Are we good?" Mata Hilman menikam ke dalam mataku.

"Yeah we're good." Aku melemparkan senyuman sebelum berlalu pergi masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan panggilan Hilman lagi.

Sebenarnya aku masih lagi terkejut dengan apa yang telah kami lakukan tadi. Tidak pernah aku berkucupan dengan mana mana lelaki.

Dengan Izham pun aku tak pernah buat macam mana aku buat dengan Hilman walaupun banyak kali Izham mencuba untuk mencium aku.

Lysa Lysa kau memang dah gila kau tau tak? Aku memukul kepalaku perlahan.

🍂🍂

"Papa mana ma?" Mata meliar mencari papa di sekeliling rumah.

"Papa keluar kejap. Katanya ada hal dengan kawan dia. Ni sini Lysa makan." Mama membalas sambil menarik kerusi di meja makan untuk aku.

"Adik pergi mana pulak?" Aku berjalan menuju ke arah meja dapur dan aku labuhkan punggung di kerusi.

"Adik biasa la hujung minggu macam ni tak lain tak bukan keluar dengan kawan kawan dia la." Kepalaku gelengkan.

Adik aku seorang tu memang kaki jalan tak pernah melekat dekat rumah kalau hujung hujung minggu macam ni. Cuba la jadi macam aku ni setiap minggu balik rumah jenguk mama papa luang masa dekat rumah. Bebelku di dalam hati.

"Ha ni Lysa mama lupa pula nak cakap semalam ibu Iz ada call mama kata nak cepatkan tarikh kahwin Lysa dengan Iz. Lysa setuju tak?" Suapan makanan di mulut aku terhenti apabila mendengar nama Izham.

Aku pandang seraut wajah mama di sebelah aku dan dengan berhati hati aku pegang tangan mama. Dengan lafaz bismillah aku bersuara dengan berhati hati.

"Ma Lysa ada nak buat satu permintaan boleh?"

"Apa dia tu sayang?" Mama mengusap rambutku.

"Mama janji dulu mama akan turut permintaan Lysa." Lembut aku bersuara meminta simpati. Mama pula ketawa kecil sebelum membalas.

"Laa tak bagitau lagi mana boleh mama nak pandai pandai janji. Lysa cakap dulu apa dia then nanti mama decide akan turut ataupun tak." Aku merenung mata mama buat seketika dan nafas aku tarik dengan dalam sebelum melepaskan.

You can do it Lysa. Now or never. Semuanya demi kebahagiaan kau jugak. Aku tanam semangat di dalam hati sebelum kembali memandang mama.

"Lysa nak putus tunang dengan Iz." Satu nafas aku bersuara. Habis berkata aku terus memejamkan mata. Takut untuk bertentangan mata dengan mama. Usapan tangan mama pada rambutku juga terhenti.

"Lysa cakap apa ni?" Suara mama kedengaran tegang pada pendengaran telingaku.

"Lysa nak putus dengan Iz." Aku ulang lagi sekali ayatku.

"Lysa merepek apa ni? Jangan nak mengada ngada Lysa. Jangan cuba nak malukan mama dengan papa." Mama sudah bangun dari duduknya. Aku ikut sama membontoti mama dari belakang menuju ke arah dapur.

"Tapi Lysa tak bahagia dengan Iz ma. Lysa tak nak menyesal kemudian hari." Nada suara aku sudah mula berubah seperti hendak menangis.

Hentakkan sudu di singki oleh mama membuatkan aku tersentak di belakang mama.

"Dulu lagi mama dah pesan masa Lysa ambik keputusan terburu buru nak bertunang. Tapi Lysa degil sampai berminggu tak balik. Cuba lari dari mama papa. Bila mama papa setuju Lysa janji apa dengan mama papa?

Lysa tak akan sekali kali putus dengan Iz. Lysa cakap Iz nyawa Lysa. Lysa cintakan Iz. Lysa bahagia dengan Iz. Now kata tak bahagia pulak?"

"Dulu Lysa tak cukup kenal dia ma. He's not good for me. Please ma cancel this wedding. I'm begging you." Aku melutut memegang kaki mama meminta simpati dan pengertian.

"No mama tak izinkan Lysa putus tunang. Dulu beriya iya sangat kan nak kahwin so perkahwinan Lysa dengan Iz tetap akan di teruskan." Habis berkata mama terus keluar dari dapur dan berjalan naik ke arah tangga. Aku pula tidak dapat mengawal lagi tangisan.

"Lysa takut ma. Lysa takut Iz dera Lysa." Teresak esak aku menangis seorang diri di dapur.

Menyesal?

Ya aku sungguh menyesal.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now