Bab40🥀

7.5K 372 58


Aku tunduk mendiamkan diri tidak bersuara daripada tadi. Air mata pula tak henti henti mengalir di pipi. Hilman di sebelah juga mendiamkan diri tidak bersuara sama seperti aku.

"Lysa langsung tak pernah tak buat mama malu kan? Ingatkan dah balik dari UK berubah tapi masih sama lagi. Dari dulu suka buat mama malu dengan perangai Lysa." Aku menahan rasa sakit di pukul oleh mama.

Rasa sebak pada hati aku memang tak perlu dikata. Memang aku terlampau sebak sangat.

"Dah la tu Lina. Sakit Lysa tu awak buat macam tu." Papa menarik mama daripada terus terusan memukul aku.

"Saya geram dengan Lysa ni. Ingatkan dah berubah rupanya masih sama. Mana saya nak letak muka saya ni dekat Datin Aina?" Suara sebak mama buat air mata aku makin lebat mengalir.

"Rayqal tu punya baik untuk dijadikan pembimbing dia tapi dia boleh pilih lelaki setan macam ni. Dah la tu kena tangkap basah pula tu. Mama betul betul kecewa la dengan Lysa sekarang ni. Apa yang Lysa nampak dekat lelaki setan ni banding dengan Rayqal yang baik tu." Marah mama. Aku diamkan diri tidak membalas.

Lagi sekali aku dah kecewakan mama dengan perangai aku. Kalau la aku tak ikutkan permintaan Hilman, mesti semua benda ni tak jadi.

Tapi nasi dah jadi bubur. Cuba la macam mana sekali pun benda dah jadi. Memang dah tertulis jodoh aku dengan Hilman macam ni. Elak macam mana pun jadi juga.

"Hilman!!" Tengkingan dari suara garau di belakangku buat aku terkejut. Bagai rasa nak gugur jantung aku apabila melihat Hilman di tampar kuat. Hilman masih diam membeku tidak melawan.

"Daddy tak pernah ajar anak daddy buat tak baik dekat anak orang. Hilman betul betul dah melampau." Cepat aku pejam mata apabila melihat tangan daddy Hilman lagi sekali hendak melayang.

"Dah la tu ling. You tak kesian ke dekat Hilman ni?" Mata yang terpejam aku buka dan aku lihat seorang perempuan yang sedikit berumur memegang tangan daddy Hilman. Mungkin ini la mummy Hilman.

Selama aku bercinta dengan Hilman dulu tidak pernah sekali pun aku lihat wajah orang tuanya. Ini la kali pertama aku melihat.

"Sebab you manjakan dia sangat la dia jadi macam ni. Sampai tak ingat agama halal haram." Makin kuat tengkingan suara daddy Hilman.

"Ling please behave yourself. We are in public bukan dekat rumah." Kali ini mummy Hilman menegaskan suaranya membuatkan daddynya mendiamkan diri sebelum memandang sekeliling.

"Hazim." Daddynya menyalami tangan papa.

"Zahir."

"Boleh kita berbual dekat luar?" Melihat angukkan daripada papa, mereka berdua mula keluar daripada pejabat agama ini. Tinggal la aku, Hilman, mummy Hilman dan mama.

"I'm sorry about my son behaviour. After what he did to your daughter, I akan pastikan dia bertanggungjawab dekat anak you." Mummy Hilman memecahkan kesunyian di dalam bilik ini. Masih ada pelat bahasa melayunya.

Mama pula hanya mendiamkan diri tidak mahu membuka mulut membalas.

Mataku aku bawa memandang wajah mummy Hilman dan aku berikan senyuman nipis untuk cuba menghilangkan rasa terasa hatinya dengan layanan yang diberikan oleh mama. Mummy nya juga membalas senyuman pada aku.

Keluhan aku terlepas dengan perlahan. Aku tau mama memang tak suka dengan Hilman. Lagi lagi lepas kejadian macam ni berlaku. Mungkin makin bertambah rasa tak suka mama pada Hilman.

🍂🍂

Keluar sahaja aku dari bilik air aku lihat Hilman termenung di atas sofa dalam bilikku.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now