Bab11🥀

8.8K 408 27


Mata curi curi pandang ke arah Hilman di sebelah apabila tidak tahan dengan kebisuan yang tercipta di antara kami.

Aku berdehem perlahan cuba menarik Hilman untuk bersuara tetapi hampa bila Hilman hanya diam membisu. Lagi sekali aku cuba kali ini aku berdehem agak kuat.

"You sakit tekak ke Lysa? Kalau sakit I bawak you jumpa doktor kejap. Klinik tak jauh pun dari sini." Hilman menjeling seketika ke arahku sebelum kembali memandang jalan di hadapan.

"I tak sakit tekak pun la. Tak payah pergi jumpa doktor." Tangan yang berada disisi aku bawak memeluk tubuh sendiri.

"Betul ke ni tak sakit? Dari tadi I dengar you asyik berdehem je." Aku pandang wajah Hilman dengan tidak puas hati.

"Ee you ni buat buat tak faham ke apa?" Rungutku.

Geram pulak aku dengan Hilman ni. Tak faham ke atau buat buat tak faham maksud deheman aku ni?

Mata aku memandang Hilman dengan tajam apabila kedengaran Hilman ketawa kuat.

"Gelak apa?" Tangan aku tanpa sedar mencubit perlahan lengan Hilman. Dahi Hilman aku lihat berkerut sedikit dengan kesan cubitan aku.

Ah peduli apa aku. Padan muka bukan main kuat dia gelakkan orang lagi. Biar dia rasa sakit sikit.

"You la. Kelakar betul dengan bibir muncung macam tu dah boleh gantung hanger dah." Lagi sekali Hilman ketawa. Hati aku sudah mula rasa panas dengan perangai Hilman.

"Ingat kelakar ke?" Aku jeling Hilman sebelum memeluk tubuh sendiri dan menoleh memandang ke arah luar tingkap. Merajuk.

Tadi bukan main lagi dia menyampah tengok aku siap menjeling lagi masa dekat kandang kuda.

Tapi sekarang tengok la boleh pula usik usik aku macam ni. Apa entah masalah dia ni buat sakit hati orang jela.

Dah la aku nak balik dengan Qay tadi dia terus menghalang tak bagi. Kalau aku tau Hilman nak buat aku sakit hati macam ni baik aku berkeras je nak balik dengan Qay tadi.

Ni pulak bila masanya dia berhentikan kereta dekat tepi jalan ni? Aku tak perasan pun Hilman berhentikan kereta dia.

"Lysa I'm sorry." Tersentak aku apabila tangan aku tiba tiba Hilman genggam.

"Apa ni Hilman." Aku cuba meleraikan tanganku tetapi Hilman semakin mengemaskan lagi genggamannya.

"I mintak maaf Lysa untuk semuanya." Hilman merenung ke dalam mataku. Aku juga membalas renungan matanya.

"You cakap apa ni Hilman? I tak faham." Aku memang betul betul tak faham dengan apa yang Hilmam cuba sampaikan. Dia ada buat salah dekat aku ke?

"I mintak maaf sebab layan you dingin dua tiga minggu ni. I cuma nak protect you dari Izham. I tak nak Izham apa apakan you." Tangan Hilman sudah mula bergerak menyentuh pipiku. Aku pula entah kenapa cuma membiarkan tangan Hilman yang sudah menjalar ke mukaku.

"Apa kena mengena dengan Iz tiba tiba ni?" Tanganku mengusap tangan Hilman yang berada di pipiku.

"Iz ugut I kalau I berani dekat dengan you dia nak buat something dekat you yang akan buat I menyesal tak dengar cakap dia.

I tak makan dengan ugutan dia I degil nak rapat dengan you jugak so dia pecahkan kereta I. Lepas apa yang dia dah buat dekat kereta I tak mustahil dia boleh buat something bad dekat you.

Sebab tu I elak jumpa you. I ingatkan lepas I elak jumpa you dia tak buat apa apa dah. Tapi I silap tergamak dia pukul you Lysa." Hilman terus terusan mengusap kedua pipiku yang masih terasa sakit dengan pukulan Izham.

Tanpa sedar air mata aku mengalir. Dari mengalir bertukar pula kepada esakkan kuat.

Teringat kembali kejadian tadi membuatkan badanku sedikit menggigil. Trauma dengan apa yang dah jadi.

"Sshh you'll be safe when you're with me." Hilman menarik aku ke dalam pelukkannya. Berada di dalam pelukkan Hilman membuatkan aku sedikit tenang.

Aku juga turut membalas pelukkan erat Hilman tanpa aku sedar. Kepala aku sandarkan di dadanya mendengar degupan jantungnya membuatkan aku terasa lebih tenang.

Aku lepaskan pelukkan Hilman dan aku rapatkan wajahnya dengan wajah aku. Dapat aku rasa hembusan nafas Hilman.

"Janji dengan I jangan tinggalkan I Hilman. I memang tak boleh tipu diri I dah. I really need you in my life." Matanya aku renung sedalam mungkin cuba meminta pengertian. Hilman juga membalas renungan mataku. Memang aku nampak sinar cinta pada matanya.

Selama Hilman menjauhkan diri daripada aku, memang aku tak boleh nafikan aku memang betul betul rasa kosong.

Walaupun Izham ada sentiasa di sisi aku tapi aku tetap rasa kosong. Hati aku sedih bila Hilman tidak sikit pun menoleh ke arah aku.

"I promise Lysa." Perlahan Hilman membalas sebelum aku terasa bibirku hangat dengan kucupan dari bibir Hilman.

Bagai dirasuk aku membalas kucupan Hilman dengan rakus dan tangan aku terus melingkar di lehernya merapatkan lagi jurang di antara aku dan Hilman.

Terasa bagai berada di awang awangan apabila Hilman juga membalas kucupan aku dengan sepenuh hatinya juga.

🍂🍂🍂

should I change this story dari teen fiction kepada romance? rasa macam dah lari banyak sangat dari bayangan asal cerita ni 😆😂🙊💆🏻

ALYSA✔️Where stories live. Discover now