Bab39🥀

6.7K 313 51


Mataku melirik memandang Hilman yang berkerut dahi dan kadang kala tangannya menekan nekan dahinya.

Dia tengah tak sihat ke ni? Tadi nampak macam sihat je. Nak tegur ke tak eh? Ah tegur jela Lysa.

"Err Hilman." Aku pusingkan badan menghadap ke arah Hilman.

"Yes?" Sepatah Hilman membalas. Matanya masih lekat memandang depan tanpa sikit pun menoleh pada aku.

"You tak sihat ke?"

"Entah la tiba tiba sakit kepala macam kena tarik tarik rambut ni." Hilman mengusap rambutnya dan menarik narik perlahan.

Aku telan liurku memandang perbuatan Hilman. Tiba tiba nampak seksi di mata aku bila dia buat macam tu dengan rambutnya.

Pantas aku menampar perlahan pipiku. Lysa tolong sedarkan diri tu sikit. Setan apa dah rasuk kau ni? Aku cuba menenangkan diri sendiri di dalam hati.

"Ya allah." Menjerit aku apabila Hilman tiba tiba membreak dengan mengejut.

"Hilman you ni kenapa?" Aku menjerit dan mengurut dadaku cuba menghilangkan rasa terkejut.

Gila ke apa break tiba tiba macam ni. Nasib baik aku pakai seatbelt kalau tak mahu kepala ni tercium cermin depan.

"Sorry Lysa. Kepala I sakit sangat ni." Hilman aku lihat sudah berkerut dahi seperti kesakitan.

"You ada tercedera mana mana ke? I betul betul mintak maaf." Muka Hilman kelihatan risau memandang aku. Tangannya yang cuba menyentuh badanku aku tepis dengan pantas.

Jantung aku berdegup dengan laju. Sudah lama tidak bersentuhan dengan lelaki atau lebih tepat sekali dengan Hilman buat aku terasa lain macam.

"Sorry again." Perlahan suara Hilman.

Pin Pin

Bunyi hon dari arah belakang buat aku kembali ke alam nyata. Aku lepaskan keluhan sebelum memandang Hilman yang sudah memejamkan matanya.

"You berhenti tepi tu. Biar I yang drive." Arahku. Tetapi Hilman hanya diam membeku.

"Hilman you dengar tak apa I cakap ni?" Tanyaku.

"Dengar." Perlahan Hilman membalas buat darah aku tiba tiba naik. Dia dengar tapi buat keras kejung dah kenapa? Nak mampos dulu baru tau nak ke tepi ke apa?

"Dah tu apa tunggu lagi? You nak kita kena langgar baru you nak ke tepi ke? You sedar tak kita dekat tengah jalan ni?" Bebelku dengan nada keras. Geram dengan perangai degil Hilman. Makin geram bila lihat Hilman pandang aku dengan senyuman di bibirnya.

"You senyum senyum apa lagi? Cepat drive pergi tepi sana." Boleh pula dia tersenyum senyum macam kerang busuk pula dekat sini.

"I miss your babbling. Hell I miss you so much Lysa. If only I could turn back time." Walaupun perlahan tapi aku masih dengar apa yang Hilman kata.

Terus terdiam mulut aku daripada menceceh entah apa apa. Jantung berdegup laju.

Aku genggam tangan aku dengan kuat cuba menghilangkan rasa yang dah lama hilang dan tiba tiba muncul kembali.

Tanganku yang berada di sisi aku bawa memegang dada. Kenapa perasaan ni datang balik pada aku?

🍂🍂

Sebaik sahaja sampai di kawasan parkir kereta rumah Hilman aku menyepikan diri buat seketika.

Sebab nak menghantar Hilman pulang aku terpaksa membatalkan makan malam aku bersama sama dengan Rayqal.

Aku lihat keliling kawasan tempat parkir kereta. Sejak bila Hilman beli rumah kondo ni? Setahu aku dia tak suka duduk rumah yang tak jejak tanah macam ni.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now