Bab37🥀

6.3K 325 11

Hilman POV

"Tak baik tenung bakal isteri orang lama lama macam tu." Mata aku yang tak beranjak daripada merenung Alysa yang sedang sibuk ketawa bersama sama dengan kawan kawan zaman kolej terus aku alih menghadap wajah Izham.

"Apa maksud kau bakal isteri orang?" Berkerut dahi aku bertanya. Jangan kata Alysa...

Tak sempat nak teruskan persoalan aku Izham terus membalas dengan laju.

"Lysa tu nak kahwin dah bulan depan." Terasa terhenti hembusan nafas dan jantung terhenti dari berdegup.

"Kau jangan nak tipu aku la Iz." Aku pandang Izham seperti tak percaya dengan kata katanya.

Mana mungkin Alysa nak kahwin bulan depan. Baru seminggu lepas Qay cerita Alysa tu single tak ada siapa siapa lagi. Ni tiba tiba kata nak kahwin dah la tu bulan depan pula tu. Mengarut betul la Izham ni.

"Aku nak tipu kau buat apa? Sumpah dia nak kahwin dah bulan depan. Dua hari lepas baru je aku pergi kenduri doa selamat dekat rumah Lysa." Aku pandang wajah serius Izham dengan bermacam rasa.

Tak tau nak rasa apa dah sekarang ni. Kecewa? Sedih? Sakit hati? Geram? Benci? Semuanya sudah bercampur.

"Kenapa tak tunang dulu?" Dengan susah payah aku bertanya.

Hati aku macam di siat siat dengan berita yang di khabarkan oleh Izham. Seperti tak percaya dengan semua yang Izham cerita.

"Ikut persetujuan tak nak tunang terus nak kahwin bulan depan sebab nak elak benda tak elok berlaku. Yela dulu masa Lysa jadi tunang aku macam macam jadi kan? So tak nak jadi benda sama jadi tu terus nak kahwin." Aku diamkan diri dengan mata kembali memandang ke arah Alysa dengan sayu.

"Man aku lagi sekali nak mintak maaf dekat kau. Macam aku cakap tadi la. Kalau bukan sebab aku mesti kau dah bahagia dengan Lysa." Izham tepuk bahu aku seperti cuba menenangkan aku.

"Maksud kau?" Tanyaku.

"Puncanya dari aku la semua benda ni jadi." Izham menundukkan kepalanya sebentar sebelum menarik nafas dalam.

"Sebenarnya.." Dan aku hanya diam sediamnya sepanjang Izham bercerita puncanya.

🍂🍂

Aku berdiri tidak jauh daripada tempat Alysa berdiri. Hati berdebar debar dengan kencang.

Aku tak sangka selama ni aku ingatkan Alysa saja nak main mainkan aku. Rupanya ada sebab kenapa dia tinggalkan aku macam tu je.

Kenapa la kau bodoh sangat Man? Kalau la kau pergi jumpa dia masa dekat UK dulu mesti Alysa sekarang tak jadi kahwin.

Kau ego sangat. Walaupun kau tau dia ada dekat mana tapi kau langsung tak nak jumpa dia.

Tapi boleh pula kau buat perangai yang dia paling benci. Kau memang bodoh Man. Bodoh sangat. Marah aku pada diri sendiri.

Aku berjalan membawa diri lebih rapat daripada tadi pada Alysa. Baru sahaja hendak membuka mulut menegur tiba tiba telefonnya berbunyi.

"Hello."

"Aah baru je habis. Kejap lagi saya balik. Kenapa?" Aku pejamkan mata buat seketika.

Lembutnya suara dia bercakap sama macam dia bercakap dengan aku waktu dulu.

"Nak jumpa? Malam ni?"

"Rindu? Yela tu rindu."

"Tak nak la cakap malu la." Aku dengar Alysa ketawa kecil.

Melihat wajah gembira yang terpancar pada wajahnya buat aku tersenyum nipis. Nampak sinar bahagia pada wajahnya.

"Hm yela sayang awak jugak. Dah
la bye." Aku lihat Alysa mematikan panggilan sebelum merenung skrin telefonnya dengan senyuman lebar.

Bahagianya muka you Lysa. Untung bakal suami you dapat you. Air mata yang bergenang cuba aku tahan dari mengalir.

Aku pejamkan mata sebentar dan kata kata Izham sebentar tadi kembali terngiang pada telinga aku.

"Man aku bukan nak ajar kau jadi jahat walaupun sekarang ni aku tau perangai kau dah serupa setan." Izham ketawa.

Sempat lagi tu nak kutuk aku. Aku tau la perangai aku yang sekarang ni ramai yang tak suka.

Lepas tahu perkara sebenar aku mula memasang niat untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik balik.

"Kalau betul kau sayang Lysa. Cuba la kau sailang dia dari Rayqal. Belum terlambat lagi." Sambung Izham lagi sebelum berlalu pergi meninggalkan aku.

Ye selagi belum jadi milik orang selagi tu aku ada peluang. Lagipun Alysa bukannya tunang orang pun.

Senyuman mula terbit pada bibirku. Aku tau apa yang perlu aku buat.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now