Bab9🥀

7.8K 387 13


Aku pandang Hilman yang daripada tadi kerjanya asyik melihat jam di tangan dan iphone di atas meja.

Keadaan sedikit sunyi di ruang legar pelajar kerana kebanyakkan pelajar sudah masuk ke dalam dewan kuliah.

Cuma aku dan Hilman sahaja yang kebetulan tiada kelas pada waktu waktu macam ni. Jadi boleh la aku duduk semeja dengan dia tanpa rasa risau.

"You kalau dah busy sangat pergi jela. Nanti nanti je I datang jumpa you." Rimas dengan perbuatan Hilman daripada tadi terus aku menegur.

Tipu kata aku tak terasa dengan perangai Hilman ketika ini. Sikit pun dia tak pandang aku dari kami duduk tadi. Aku dekat depan dia ni macam tak wujud pulak. Ingat aku ni patung ke apa?

"Dah alang alang jumpa ni cakap jela cepat. You nak apa?" Hilman bertanya dengan keras. Aku mengeluh buat seketika sebelum memberi tumpuan kepada Hilman.

"You kenapa ni? I ada buat salah dekat you ke? Kalau ada bagi la tau apa salah I. I tak nak la kita masam muka macam ni." Aku ketepikan hal duit tajaan buat seketika.

Apa yang penting sekarang ini adalah aku kena tahu kenapa Hilman layan aku dingin macam sekarang.

Adakah sebab dia cuba whatsapp dan telefon aku tapi aku tak jawap? Dia terasa ke? Aku bukan sengaja pun buat macam tu tapi aku buat semua tu sebab Izham tunang aku.

"Kalau you nak cakap benda benda macam ni dengan I baik I pergi dulu. Nanti tak pasal pasal tunang kesayangan you kacau I lagi.

Mula mula calarkan baby I, lepas ni apa pulak dia buat." Hilman bersuara agak tegang dengan menggelengkan kepalanya dan berdiri meninggalkan aku keseorangan.

Aku terkulat kulat seorang diri cuba menghadam ayat Hilman. Apa yang Izham dah buat dekat Hilman sampai Hilman jadi macam ni?

🍂🍂

"Iz Lysa tanya ni apa yang Iz dah buat dekat Hilman?" Lagi sekali aku tanya. Kali ini dah masuk tiga kali aku tanya dia tapi masih sama tiada jawapan. Izham lebih selesa mendiamkan diri.

"Iz!!" Aku kuatkan suara sedikit kerana geram dengan Izham yang masih tidak mahu buka mulut.

"Kau boleh diam tak?" Terkejut dengan perubahan Izham yang berubah dengan tiba tiba.

Tengkingan dan hentakkan tangan Izham di stering kereta buat hati aku berdebar dengan hebat. Badanku terasa menggigil ketakutan melihat Izham ketika ini.

Kereta yang di pandu Izham di hentikan di tepi jalan. Izham memandang aku dengan tajam.

"Kau nak bela dia sangat ni dah kenapa? Berapa banyak duit yang dia sogok dekat kau sampai kau nak bela dia ni? Ke dia dah dapat rasa kau sampai kau jadi macam ni?" Izham menarik dan mencengkam wajahku menghadapnya apabila aku cuba berpaling memandang ke arah lain.

"Bila aku tengah cakap pandang aku. Sekarang kau cakap dengan aku berapa banyak jantan tu sogok duit dekat kau?" Menggigil badanku lagi sekali apabila Izham menengking aku.

"Hilman tak bagi apa apa dekat Lysa la. Jangan nak menuduh boleh tak?" Berani aku melawan dia.

Mata aku pejam kuat menahan kesakitan di rahang pipi apabila Izham mencengkam lebih kuat daripada tadi.

"Iz saaakitt." Susah payah aku cuba menolak tangan Izham. Tanganku bawa memukul tangannya kuat yang masih berada di rahangku.

"Berani kau melawan aku. Ni berani pula pukul aku Lysa. Kau memang nak kena perempuan." Izham melepaskan tangannya di rahangku. Dia tenung mataku dengan penuh marah.

Apabila Izham cuba menarik aku rapat kepadanya aku dengan sedaya upaya menolak badannya.

"Iz dah gila ke apa ni?" Aku menjerit sambil ditemani air mata. Teresak esak aku menangis dan badan yang menggigil kerana ketakutan tidak dapat aku kawal lagi. Aku memang betul betul tengah takut dengan Izham ketika ini.

Tidak aku sangka perangai Izham berubah sampai sebegini sekali. Selama aku kenal dia belum pernah dia keluarkan perangai dia yang ini.

"Aku memang dah gila. Berapa kali aku kata jangan jumpa si bangsat tu. Kau degil jugak kenapa? Kau memang nak kena tau Lysa." Mataku pejam apabila melihat Izham cuba melayangkan penampar di pipiku.

Ya allah tolong la selamatkan aku. Aku takut ya allah. Aku berdoa di dalam hati.

Dan seperti keajaiban berlaku terdengar tingkap di sebelah pemandu di ketuk dengan kuat seperti hendak pecah dari luar kereta.

"Woi bangsat kau bukak pintu ni sekarang!!"

ALYSA✔️Where stories live. Discover now