Bab34🥀

6.6K 356 29


"How do I look?" Sebaik saja pekerja butik membuka langsir Gina terus bertanya.

"You look beautiful Gina." Puji ku apabila Gina berpusing pusing di hadapan aku.

"Ye ye je kau ni. Nak ambik hati aku pun takyah la sampai menipu."

Bukan menipu tapi memang betul Gina nampak cantik dengan dress putih pengantin yang tersarung di tubuhnya ketika ini.

"Aku dapat apa kalau aku tipu pun? Memang kau nampak cantik. Kan Yani?" Aku pandang pekerja yang bernama Yani di sebelah Gina.

"Ye betul tu. Gina nampak cantik la. Kalau Qay nampak ni confirm keluar air liur dia sebab Gina cantik sangat." Balasan daripada Yani buat aku ketawa kuat. Yani juga sama sama ketawa.

Gina sudah mencebik bibirnya sambil tangan mencari phonenya tanda malas nak melayan aku dan Yani.

"Yani pergi depan dulu la eh. Ada customer pulak tu. Kalau ada nak apa apa boleh panggil la tau." Gina dan aku sama sama mengangukkan kepala sambil menghantar pemergian Yani dengan ekoran mata.

"Jom ambik gambar." Gina menjerit riang. Serentak dengan itu telefonku berbunyi nyaring minta di angkat.

"Kejap eh." Aku pandang skrin telefonku dan keluhan aku terlepas. Pantas sahaja aku menolak butang merah pada skrin telefon.

Hampir setengah jam aku melayan Gina mengambil gambarnya dengan set baju pengantinnya.

Dan hampir setengah jam juga la telefon aku tidak henti henti minta di angkat.

"Babe phone kau bunyi tak henti henti dari tadi. Tak nak angkat ke?" Gina bertanya sambil membetulkan veil di kepalanya.

"Ala tak penting sangat pun. Nanti nanti aku angkat la."

"Tak penting apanya dah kalau dari tadi berbunyi tak henti henti. Siapa yang call?" Sambil bertanya kakinya mula berjalan menuju ke arah sofa tempat aku duduk.

"Mama aku." Melihat nama mama tertera pada skrin telefonku membuatkan aku mengeluh lagi sekali.

Tipu kata kalau aku rasa tak serbesalah. Memang bersalah sangat sebab biarkan panggilan mama tak berangkat.

Tapi aku terpaksa buat macam ni. Bukan aku tak tau kenapa mama call aku banyak kali ni.

"Laa mama kau kut. Angkat la asal tak nak angkat?" Gina melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Malas la aku. Tu tak lain tak bukan suruh aku balik awal la tu. Yela beriya sangat dia nak kenalkan aku dengan Rayqal malam ni." Balasku dengan keluhan.

Teringat agenda mama pada malam ni buat aku tak bersemangat untuk pulang ke rumah sekejap lagi.

"Wait siapa Rayqal? Explain please." Mengeluh lagi aku dengar permintaan Gina.

Melihat matanya seperti terlebih teruja untuk tahu, dengan malas malas aku membuka cerita pada Gina siapakah jejaka bernama Rayqal.

Habis bercerita tawa Gina meletus dengan kuat. Aku mendiamkan diri menahan rasa dengan tawa Gina.

"Okay la tu babe. Kenal kenal jela dulu dengan Rayqal tu. Mana tau memang jodoh kau." Aku terus memberikan jelingan tajam kepadanya sebelum membalas.

"Kau bukan nak support aku kan? Ingatkan dah habis cerita lega la sikit hati aku rupanya makin menjadi jadi sakit hati aku." Veil Gina yang meleret di tepi pehaku, aku carik carik perlahan cuba menghilangkan rasa geram di hati.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now