Bab18🥀

7.9K 390 15


Hilman POV

"Semua mintak masuk dalam dewan dulu ye untuk makan. Lepasni baru kami akan lepaskan anda semua pergi ke rumah ibu bapa angkat masing masing. Kepada ibu bapa yang ada mintak semua masuk ke dalam dulu ye." Azlan memberi arahan kepada semua.

Ibu bapa angkat yang ada juga kelihatan berlalu pergi masuk sama sama ke dalam dewan balai raya.

"Alahai aku dah la penat duduk lama lama dalam bas tadi. Ni suruh masuk dewan pulak. Tak boleh ke terus je pergi balik rumah." Qay merungut di tepiku.

"Ikut jela apa yang dorang nak. Kau ni pun bukan dorang suruh kita buat apa pun. Suruh makan je kut." Aku membalas sambil mata memerhati mencari kelibat Alysa.

Mana perginya Alysa ni? Rasanya dah lebih setengah jam dia pergi jumpa Izzat. Risau pulak hati aku ni. Bebel aku dalam hati.

"Jom la masuk dalam. Kau tercegat apa lagi ni?" Qay memukul bahuku perlahan.

"Kau masuk la dulu aku ada benda nak buat sikit." Tanpa menghiraukan Qay lagi terus aku bawa kaki laju menuju ke arah kawasan di mana tempat AJK AJK berkumpul.

Wajah masing masing aku lihat semuanya nampak risau dan seperti mempunyai masalah.

Aku pandang ke arah Gina yang sedang kehulu kehilir dengan telefon di telinga.

Muka Hani juga kelihatan seperti orang sedang ada masalah. Apahal semua orang ni?

"Kenapa ni Miss?" Aku tanya pada kak Helena yang kelihatan risau juga.

Maklum la dekat kolej memang tak ada siapa tahu siapa aku dengan kak Helena. Jadi kena la formal tak kan nak panggil kakak pulak.

"Ni haa Alysa Izzat dengan Izham hilang tak tau pergi mana. Semua orang tengah risau. Call tak angkat whatsapp tak reply." Kak Helena memberitahu sambil mata melilau lilau memandang ke sana ke sini.

"Ha hilang? Biar betul ni? Tak kan la hilang kut." Aku bertanya dengan tenang.

Tetapi di dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa risaunya aku. Macam mana boleh hilang ni?

Izham pun tak ada boleh hilang. Jangan kata Izham pun ada dengan Izzat dan Alysa. Aku genggam penumbuk aku dengan kuat.

Berani la kau apa apa kan Lysa Iz. Memang hancur muka kau nanti kalau aku dapat tau kau apa apa kan dia.

"Ye Hilman. Hilang takkan nak main main kut benda macam ni." Kali ini kak Helena membalas dengan suara sedikit keras sambil mata menikam tajam ke mataku.

"Sir Miss macam mana ni? Takkan kita nak duduk diam dekat sini je kut?" Gina bertanya. Masing masing mendiamkan diri sebentar. Mungkin sedang memikirkan jalan penyelesaian.

"Kita pergi cari dorang la. Mintak orang kampung ni tolong kita kejap. Kita ni pun bukan familiar dengan kawasan sini." Sir Amri membalas setelah agak lama masing masing mendiamkan diri.

Apabila masing masing sudah berpecah mencari aku masih lagi mendiamkan diri mengingat kembali ke mana arah Lysa menarik Izzat pergi semasa semua orang sedang sibuk sibuk.

🍂🍂

Aku berlari laju menuju ke arah Izham dan Izzat apabila melihat mereka sedang bertumbukkan.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now