Bab35🥀

6.5K 335 21


Sepanjang makan malam berjalan aku hanya selesa mendiamkan diri dan membalas apabila di tanya.

Fikiran aku melayang layang masih teringat kejadian tengahari tadi dan telinga masih terngiang ngiang dengan kata kata Hilman.

Macam mana la I nak pikat hati you balik Hilman? Dengan kata kata you tengahari tadi buat I rasa macam tak ada harapan untuk I pujuk hati you balik.

Tapi takkan la aku nak cepat sangat putus asa? Aku kena kuatkan hati sendiri jangan cepat sangat putus asa. Aku mula menanam azam dalam hati.

"So Lysa kerja mana sekarang ni?" Pertanyaan Datin Aina buat aku tersentak daripada lamunan.

Aku pandang wajah lembut Datin Aina dengan mata terkebil kebil cuba meminta di ulangi soalannya.

"Dia tak kerja lagipun you. Masih nak goyang kaki lagi dekat rumah." Balasan mama menyelamatkan aku.

Aku lihat mata mama sudah memberi isyarat amaran. Aku cuma mengangukkan kepala perlahan tanda faham dengan amarannya.

"Ala you ni biarkan la Lysa senang lenang dulu. Empat tahun berperang dengan segala buku. Memang elok la bagi dia berehat sebulan dua. Kan Lysa?" Balas Datin Aina sambil melemparkan senyuman manisnya pada aku.

Aku balas senyumannya dengan ikhlas. Thank you aunty sebab memahami sangat keadaan diriku ini.

"Kalau duduk rumah tolong I takpa Aina ni tau menyusahkan I je." Kata kata yang keluar dari mulut mama buat muka aku terasa berbahang panas.

Mama ni sejak bila dah macam makcik makcik bawang ni? Dah la dok kutuk anak sendiri. Depan depan pulak tu. Getus hati aku dengan tidak puas hati.

"Biasa la tu nanti dah kahwin berubah la perangai tu you. Macam anak sulung I la si Raynia tu sebelum kahwin bukan main goyang kaki bila dah kahwin ni sampai I pulak naik rimas dengan dia asyik dok masuk dapur je." Datin Aina dan mama sama sama ketawa.

Aku pula semakin rasa segan bila topik kahwin di sebut sebut. Lagi lagi bila ada makhluk lain di hadapan aku yang sama sama diam juga seperti aku daripada tadi.

Mata aku meliar memandang ke tempat lain sebelum terhenti pada wajah Rayqal. Dapat aku lihat ada senyuman di bibirnya walaupun dia sedaya upaya hendak cuba mengawalnya.

Eleh nak senyum tu senyum jela tak payah la nak cover cover sangat. Ingat aku tak nampak ke apa? Ke saja nak jaga hati aku? Atau suka bila aku jadi bahan mama malam ni? Bebelku lagi tetapi cuma di dalam hati.

Nak mampos cakap depan depan? Tak pasal pasal nanti kena pukul dengan mangkuk dekat meja ni dengan mama.

"Rayqal sekarang kerja mana?" Soal mama.

Aku sorok senyuman aku apabila melihat Rayqal seperti tersentak dan membetulkan duduknya. Makin lebar senyuman aku bila kedengaran dehemannya.

Haa tau pun kau terkial kial. Tadi kemain suka dok senyum senyum ejek aku.

"Buat masa ni kerja dekat klinik daddy je dulu aunty sementara tunggu dapat mana mana hospital."

"Bagus la macam tu balik je dari Ireland terus kerja." Balas mama sambil mata memandang ke arahku.

Macam la aku tak faham apa yang cuba mama sampaikan. Nak suruh aku kerja la tu.

Bukannya aku tak nak kerja tapi mood bekerja tu masih belum sampai lagi. Mana la boleh nak paksa paksa kerja ni nanti tak pasal pasal buat kerja tak ikhlas pulak kang.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now