Bab32🥀

6.6K 350 20


Buat sekian kalinya aku mengeluh melihat kad jemputan yang berada di atas meja.

"Mengeluh apa lagi ni babe? Tak tumpang gembira ke aku kahwin?" Mata yang memandang ke arah kad jemputan aku alihkan memandang Gina pula.

"Tak ada la. Aku suka sangat akhirnya kawan baik aku nak kahwin. Dah tu dengan Qay pulak. Tak sangka menjadi juga korang berdua kan? Tapi kan layak ke aku jadi pengapit kau ni?" Gina aku lihat sudah membuat muka tak puas hatinya sebelum memukul perlahan lenganku.

"Of course kau terlebih layak Lysa." Gina membalas terus tanpa membalas pertanyaan pertama aku mengenai Qay dan dia.

"You are the most important person in my life. Kau jangan sampai aku buat hal tak nak kahwin sebab kau tak nak jadi pengapit aku." Terdiam aku mendengar kata kata Gina.

Aku bukannya tak nak jadi pengapit Gina. Memang nak sangat jadi tapi entah la kenapa terasa ada sesuatu yang buat hati aku risau.

"Kau sebenarnya kenapa ni Lysa? Risau terserempak dengan Izham ke?" Persoalan Gina membuatkan aku menghamburkan tawa kecil.

"Izham? Aku nak risau pasal Izham dah kenapa? Izham tu dah tak ada dalam kamus hidup aku. For your information Miss Gina we are back to normal." Aku menggelengkan kepala perlahan.

Memang Izham ada cuba menghubungi aku semasa aku berada di UK dahulu. Tujuannya cuma satu untuk meminta maaf dengan apa yang dia dah lakukan pada aku.

Mulanya memang aku tak melayan tapi bila sampai Izham sanggup terbang ke UK semata mata ingin meminta kemaafan pada aku buat aku rasa tak sampai hati untuk tak maafkan dia.

Lagipun Izham dah pun selamat bernikah dan bahagia dengan Hani siap dah dikurniakan cahaya mata kembar lagi tu.

"Dah tu kalau bukan Izham siapa? Hilman?" Mendengar satu nama yang meniti di bibir Gina buat jantung aku seperti terhenti dari berdegup.

Bibir aku terhenti dari tertawa mata pula tidak berkelip memandang wajah Gina.

"Hm aku dah agak dah sebab Hilman. Memang saja je aku nak pancing sebut nama Izham dulu sebelum Hilman." Gina mengariskan senyuman sinisnya dengan memandang aku.

Aku menjeling wajahnya seperti menyampah dengan keterangan yang di berikan tetapi cuma seketika sebelum bersuara kembali.

"Hmm dia macam mana sekarang?" Sedikit kendur suara aku bertanya. Entah la kenapa hati terasa berdebar debar tak tentu pasal.

"Siapa? Izham? Kau kan baru je jumpa dia dengan Hani dua hari lepas. Patutnya aku la tanya kau macam mana kehidupan Izham dengan Hani sekarang." Tak tunggu masa lagi terus aku pukul lengan Gina dengan kuat.

"Main main la kau ni Gina." Marahku pada Gina yang mula ketawa mengekek.

"Kau gelak apa lagi ni? Dah la tu." Aku seriuskan wajah.

"Ala nak gurau sikit pun tak boleh."

"Masalah gurau kau tu tak kena tempat la Gina. Aku tengah serius boleh pulak kau nak main main." Tegas aku membalas.

Buat orang sakit hati jela Gina ni. Orang tengah serius boleh pula dia nak main main.

"Okay sorry ye Lysa. Aku janji tak gurau dah." Gina memejamkan matanya sebentar menghembuskan nafasnya dalam sebelum matanya kembali memandang aku

"So apa yang kau nak tahu pasal fuckboy tu?" Soal Gina dengan serius. Dahi aku berkerut mendengar soalannya.

"Fuckboy?" Tanyaku pelik. Dah kenapa Hilman kena gelar fuckboy pula tiba tiba ni?

"Ha yela lelaki macam Hilman tu memang layak panggil fuckboy. Sejak kau tinggalkan fuckboy tu perangai dia terus berubah 100 peratus dari masa dia dengan kau." Dari raut wajah Gina dapat aku lihat yang Gina seperti meluat dengan Hilman. Apa dah jadi ni?

"Maksud kau?" Tanyaku. Gina mengeluh sekejap sebelum menyambung kata.

"Hilman." Gina menyebut namanya dan berhenti sekejap dari berkata kata dengan menggelengkan kepalanya perlahan.

"Dia dah berubah Lysa. Dia dah tak macam yang kita kenal empat tahun lepas. Entah dah berapa banyak anak dara orang dia dah rosakkan. Hancurkan hati perempuan perempuan yang cuba dekat dengan dia. Pergi club kaki mabuk." Aku pandang wajah Gina seperti tidak percaya dengan cerita Gina.

"Kau biar betul ni? Aku tak percaya la apa yang kau cerita ni." Tak mungkin Hilman berubah sebegini selama empat tahun ini.

Aku kenal Hilman macam mana. Dia tak mungkin buat macam yang apa Gina cerita.

"Aku nak tipu kau buat apa? Aku dapat apa kalau aku tipu? Kau boleh tanya Qay kalau kau masih tak percaya. Aku boleh call Qay sekarang jugak." Gina yang sudah siap sedia hendak mendial nombor Qay aku tahan.

"No its okay Gina. Tak payah call Qay." Perlahan aku bersuara. Kepala aku tunduk memandang lantai.

"Kalau kau nak tahu Lysa, Hilman mula berubah sejak kau pergi tinggalkan dia. Aku tak tau setan apa rasuk dia sampai dia mula berubah jadi teruk macam tu.

Qay pun sampai tak tau cara macam mana nak nasihat dia. Dua bulan lepas kau pergi aku gaduh dengan Qay. Qay marah marah salahkan kau sebab kau Hilman berubah macam tu sekali. Sampai Qay sanggup nak pergi cari kau dekat UK sana sebab nak kau betulkan keadaan balik.

Tapi lepas aku cerita dekat Qay apa sebenarnya jadi baru la dia cool down sikit. Cuma dia cakap kau tak patut buat Hilman macam tu." Air mata tanpa dapat tahan mengalir di pipi dengan lebat mendengar cerita Gina.

Tak sangka Hilman berubah kerana aku. Hati terasa begitu serbesalah. Kalau ke arah kebaikan aku tak kisah tapi Hilman berubah kearah kejahatan.

Teringat kembali kejadian semasa berada di KLIA haritu. Adakah itu memang Hilman? Kalau betul tu Hilman memang betul la dia sudah berubah.

Perbualan di antara Hilman dan perempuan tu kembali terngiang di telingaku buat aku menggelengkan kepala.

Kau teruk Lysa. Tak sepatutnya kau buat Hilman sampai jadi macam sekarang ni. Kau memang manusia paling teruk Lysa.

"Kau tau kan aku terpaksa." Balasku dengan suara serak hasil daripada tangisan.

Aku tarik nafas panjang sebelum menghembuskannya. Hati sedikit rasa bersyukur walaupun Gina sudah bercerita pada Qay benda yang sebenar tapi Qay tak buka cerita langsung pada Hilman.

"Aku tau kau terpaksa. Tapi sampai bila kau nak diam je tak nak cakap? Hilman perlu tau apa yang jadi."

"Benda kalau aku explain kau ingat dia akan berubah balik ke Gina? Aku rasa macam dah terlambat."

"Biar la terlambat pun asalkan kau explain dekat dia apa yang jadi. Lepas dah explain semua benda kalau dia boleh terima dia terima kalau tak kau move on je la Lysa. Masih banyak lagi lelaki yang baik untuk kau." Gina menepuk perlahan bahuku.

Kau cakap senang Gina. Kau tak merasa sendiri. Cuba kau duduk tempat aku baru kau tau rasanya macam mana. Bisikku di dalam hati.

Memang tak dinafikan banyak lelaki yang baik cuba datang menghampiri aku untuk berkenalan selama empat tahun ini tapi di dalam hati aku hanya ada satu nama sahaja yang sentiasa kekal dan mungkin akan tertanam di hati aku buat selamanya.

Dia yang bernama Hilman.

🍂🍂

saya buat keputusan nak habiskan Alysa ni dulu baru fokus pada cerita cerita yang lain 😌

ALYSA✔️Where stories live. Discover now