Bab3🥀

10.4K 468 11

Hilman POV

Aku melihat jam di tangan yang sudah pun menginjak ke pukul 4.30 petang. Mana Alysa ni? Kelas dia habis pukul 4 tapi ni dah setengah jam lambat dari masa yang sepatutnya.

Mataku meliar memandang kiri kanan. Takkan la dia dah balik kut? Tapi tak mungkin. Aku dah terpacak dekat sini dari pukul 3 tadi kut.

Dengan penuh kesabaran di dalam hati aku terus menerus memerhati keadaan sekeliling.

Mata terasa bersinar sinar apabila melihat Alysa yang tidak jauh daripada pandangan aku sedang kelang kabut menuruni tangga.

Tanpa buang masa terus aku keluar dari kereta dan bersandar di tepi badan kereta sambil memeluk tubuh.

Melihat Alysa seperti tercari cari membuatkan aku tersenyum lebar. Mesti tengah cari aku la tu.

Ish geram betul la aku dengan Alysa ni tau. Tak pernah la buat aku tak jatuh cinta dengan dia. Dah la cantik. Senyum cantik. Cara jalan cantik. Perangai lagi la cantik. Apa la yang kau dah buat dekat aku ni Lysa? Makin hari makin la aku jatuh cinta bila tengok muka kau.

Tangan aku angkat untuk melambai sambil mengukirkan senyuman lebar mengharap Alysa nampak bayanganku.

"Lysa!!" Senyuman lebar di bibirku hilang terus apabila terdengar Izham menjerit memanggil Alysa.

Mataku tajam memandang ke arah Izham dan Alysa yang sedang bergelak ketawa. Hati terasa begitu sakit bagai di siat siat.

Tak guna kau Izham. Kau memang tamak. Semua perempuan kau nak. Kau tunggu la aku akan rampas Lysa dari kau nanti.

Aku akan pastikan kau dengan Lysa tak akan kahwin hujung tahun ni. Tapi sebaliknya aku dengan Lysa yang akan kahwin.

Walaupun hati terasa begitu sakit tetapi aku tetap menahan sabar memerhatikan aksi mereka berdua.

Hampir setengah jam melihat mereka yang masih lagi rancak berbual tidak mahu berhenti membuatkan aku berasa muak dan mual.

Ni tak boleh jadi ni. Dah melampau sangat dah ni. Takkan aku nak diam diri tunggu macam orang bodoh je kut dekat sini? Aku ni bukan tunggul kut.

Pantas aku masuk ke dalam ferrari kuning kesayanganku dan dengan kuat aku menekan minyak kereta tanpa henti.

Melihat mereka seperti terkejut dan memandang ke arah keretaku laju aku pandu ke tepi mereka.

Tingkap aku buka dan cermin mata hitam di muka aku buka sebelum memandang ke arah mereka.

"Sayang kata nak jumpa I tadi? Cepat la masuk. Walaupun I sayang you tak bermakna you boleh buat I tunggu you macam tunggul lama lama tau." Dengan muka selamba aku menegur. Kakiku masih lagi menekan minyak sekuat hati cuba mengawal perasaan cemburu di dalam hati.

"Lysa apa ni?" Izham bertanya dengan sedikit kuat cuba melawan bunyi keretaku.

"Eh kau boleh diam tak? Kita ni dekat kawasan kolej la, ke kau buta tak nampak yang kita dekat mana?" Mendengar amarah Izham membuatkan aku lagi kuat menekan minyak.

Aku peduli apa bising ke tidak. Dia tu yang dok bermesra dengan kesayangan aku dekat tengah alam ni tak terfikir pulak yang dia dekat mana.

"Nanti Lysa explain dekat Iz. Lysa pergi dulu." Alysa kelang kabut berlari memasuki ke dalam keretaku.

Sebaik saja Alysa menutup pintu keretaku, aku lagi sekali memandang ke arah wajah Izham yang sudah masam.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now