Bab13🥀

7.7K 400 35


Aku termenung jauh mengenangkan nasib aku sendiri sebelum tersentak dari lamunan apabila di tegur.

"Lysa kau okay ke ni?" Gina memegang lenganku.

"Aku okay je. Kenapa?" Soalku. Kedudukan sudah aku betulkan supaya lebih lagi selesa.

"Tak da la aku tengok mata kau sembam dah tu sejak balik dari rumah mama papa kau asyik termenung je."

"Kau tak payah risau la aku okay je." Senyuman aku berikan kepada Gina sebelum mataku meliar memerhati keadaan rumah yang sunyi.

"Hani mana?"

"Hmm macam biasa la keluar." Gina mengeluh sebelum menyisip air ke mulutnya.

"Keluar dengan siapa?" Tanyaku lagi. Tapi Gina hanya mendiamkan dirinya tidak menjawap soalan aku.

Kami sama sama mendiamkan diri menghadap tv tetapi cuma seketika Gina kembali bersuara.

"Lysa aku nak terus terang dengan kau ni. Aku memang dah tak boleh nak simpan sorang sorang. Hati aku rasa serbesalah je bila aku diamkan benda ni. Aku tak nak kau kena bodoh bodoh macam tu je dengan dorang." Muka Gina kelihatan serius memandang aku. Aku pula menegakkan badan dan menghadap Gina di sebelah.

"Apa dia? Nampak macam serius sangat je." Hati sudah berdebar debar melihat reaksi Gina yang serius begini.

"Iz curang dengan kau. Dia dengan Hani dah dekat setahun keluar sama sama belakang kau." Mendengar perkhabaran dari Gina membuatkan hati aku bagai seperti di siat siat.

Air mata yang cuba mengalir cepat cepat aku kawal supaya tidak keluar. Aku pusingkan badan kembali menghadap tv tidak memandang ke arah Gina.

"Aku cakap ni bukan aku nak buat cerita. Tapi aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Bukan sekali tau dorang buat drama depan aku tapi dah banyak kali."

"Kenapa kau baru bagitau aku harini?" Aku balas dengan suara yang lemah.

Kalau dah dekat setahun mereka keluar senyap senyap belakang aku maknanya sebelum aku dan Izham bertunang lagi la mereka ada hubungan.

Kau memang kejam Hani. Sanggup kau tikam kawan kau sendiri dari belakang. Kau memang betul betul kejam.

"Sebab aku dah tak sanggup tengok kau kena bodoh bodoh dengan dorang. Kalau aku cakap dari dulu kau nak percaya ke Lysa? Dulu lagi aku dah  pernah cakap dengan kau sebelum kau ambik keputusan nak tunang dengan Iz.

Iz tu nampak je baik padahal dia la yang paling macam setan. Tapi kau degil tak nak dengar cakap aku. Kau kata biar la kau je nampak kebaikkan dia. Baru kenal seminggu terus declare couple dah tu tak sampai dua bulan terus kau nak tunang."

Tangan aku bawak menutup mata dan tanpa dapat tahan lagi air mata aku gugur dan teresak esak aku menangis.

Aku memang bodoh. Bodoh sangat sangat. Di butakan dengan cinta Izham. Di butakan lagi dengan kebaikan Izham yang memang dah sah sah hanya lakonan semata.

"Kau belum terlambat lagi nak putus dengan dia Lysa." Gina memeluk aku. Aku pula membalas pelukkannya erat.

"Masalah mama aku tak bagi aku putus dengan dia Gina." Dengan sedu yang berpanjangan susah payah aku bersuara.

Lama aku menangis teresak esak sambil Gina cuba menenangkan aku sebelum kedengaran pintu pagar rumah dibuka.

"Tolong aku Gina." Aku meminta pertolongan dari Gina. Gina mengangukkan kepalanya.

Dengan pantas aku leraikan pelukkan bersama Gina dan aku terus pejamkan mata dengan menutup muka dengan bantal.

"Lambat balik Hani." Gina bersuara.

"Aah biasa la kalau dah jumpa memang ada je benda nak buat. Lysa mana?" Kali ini kedengaran suara Hani ketawa kecil.

"Ni tengah tidur ni. Kau keluar dengan siapa tadi tu? Bukan main ceria lagi muka kau aku tengok." Gina bertanya tetapi suasana di ruang tamu diam buat seketika.

Mungkin Gina dan Hani cuba menggunakan isyarat mata tentang keberadaan aku di antara mereka.

"Ala Lysa tidur la. Kau macam tak kenal Lysa kalau tidur bom meletup tepi dia pun dia tak sedar." Gina ketawa kecil.

Seperti yang aku agak. Memang betul la tekaan aku yang Gina dan Hani bermain mata memberi isyarat tentang aku.

"Ye tak ye jugak kan." Hani juga turut ketawa.

"Macam biasa la Gina aku keluar dengan kekasih hati aku. Kau macam tak tau pulak." Sambungnya lagi. Kalau dari suaranya aku dapat rasa yang Hani sedang tersenyum gembira.

"Iz ke?" Gina menyoal lagi. Kali ini hati aku berdebar debar menunggu jawapan dari Hani.

Adakah betul selama ini Hani dengan Izham seperti yang Gina kata ataupun semua itu hanya penipuan.

"Yela the one and only my love Izham Danish." Terasa kejung satu badanku mendengar pengakuan yang keluar dari mulut Hani.

Tangan terasa terketar ketar cuba menahan marah. Tangan Gina juga sudah memainkan peranan mengusap lenganku cuba menenangkan aku.

"Kau sanggup kan tikam belakang Lysa. Kau tau kan Iz dengan Lysa dah tunang. Nak kahwin dah pun lagi tiga bulan nanti."

"Peduli apa aku. Lysa ni yang tak guna rampas Iz dari aku. Aku yang dapat Iz tu dulu sebelum dia. Dia yang sibuk jadi langau dalam hubungan aku dengan Iz. Nasib la Iz masih cari aku walaupun dia dah bertunang dengan Lysa." Aku genggam penumbuk aku dengan kuat.

Tak mampu lagi aku nak menahan marah. Tapi Gina tetap mengusap lenganku cuba untuk menahan aku dari bertindak.

"Aku tak faham la apahal korang nak sangat Iz tu. Aku tengok dia tak ada la handsome mana. Hilman lagi jauh handsome dari si Iz tu." Aku tau Gina bukan setakat memerli Hani tapi dia juga sedang memerli aku.

Kalau tidak apahal nama Hilman tiba tiba di sebut sebut. Kau memang menyempat lagi kan Gina. Sengaja betul.

"Kalau dari rupa memang Hilman tu lagi handsome. Tapi orang selalu kata muka jambu ni dalaman dia tak sedap. Belum sempat kita puas dia dah puas dulu. Biar la rupa tak seberapa tapi dalaman dia sedap untuk aku rasa. Boleh bagi aku puas sebelum dia sendiri puas." Hani ketawa kecil.

"Astaghfirullah hal azim. Hani kau dengan Iz dah pernah ke?" Aku juga ikut mengucap panjang di dalam hati.

"Hal dalam selimut tak perlu la aku cerita lebih lebih. Cukup kau tau aku dengan dia dah pernah. Dah la banyak pulak tanya kau ni. Aku penat ni aku masuk bilik dulu ye."

Apa nak jadi dengan kau ni Hani? Dah jauh sangat kau dan Izham dah menyimpang ni.

Dalam diam aku mengucap syukur kerana aku dapat tahu tentang Hani dan Izham sebelum aku dan Izham di satukan dengan ikatan yang sah.

Memang macam mana cara sekalipun akan aku cuba untuk pujuk mama batalkan perkahwinan di antara aku dan Izham.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now