Bab41🥀

8.2K 372 27

Hilman POV

Sayup sayup kedengaran bunyi azan subuh membuatkan aku tersedar dari mimpi lena.

Mataku terkebil kebil melihat sekeliling bilik yang cukup asing bagiku. Aku dekat mana ni? Bila terasa pinggangku di peluk erat pantas sahaja aku toleh ke kiri untuk melihat.

Jantung berdebar dengan kencang. Dalam hati berdoa meminta kejadian aku bernikah dengan Alysa malam tadi bukan sekadar mimpi.

Kepala yang berada di dadaku aku tolak sedikit dengan perlahan. Rambut yang sedikit perang menutupi mukanya aku selak.

Tersenyum lebar terus aku apabila melihat wajah putih bersih yang menjadi kegilaan aku suatu ketika dulu betul betul berada di hadapan mata aku. Atau lebih tepat lagi sedang tidur beralaskan dadaku.

Perlahan lahan aku alihkan kepalanya ke bantal. Bukan sebab lenguh tetapi aku nak mencari keselesaan untuk merenung mukanya.

Aku mengiring dan menongkatkan kepala untuk memandang wajah Alysa dengan penuh kasih.

Bagai terasa macam dalam mimpi bila perempuan yang aku minat perempuan yang aku cinta kini sudah pun menjadi milik aku. Walaupun cuma secara zahir dan batin belum lagi tapi tetap dia sudah menjadi milik aku yang sah.

Tak dapat menahan kawalan untuk menyentuh Alysa lagi tangan aku terus mengusap perlahan pipi kirinya dengan perlahan.

"Hmm." Alysa mengumam sebelum mengaru dahinya. Mungkin terasa ada yang menggangu tidurnya.

Aku kawal tawa aku melihat dahinya sudah mula berkerut apabila aku terus terusan mengusap pipinya.

"Baby bangun." Lembut aku mengejutnya dengan berbisik di telinga.

Tetapi makin aku mengejutnya makin erat pula dia memeluk pinggangku. Bukan aku tak suka dengan apa yang Alysa lakukan ketika ini tapi aku tak nak kami sama sama terlepas subuh.

Mulai malam tadi aku sudah memasang niat untuk berubah ke jalan yang benar.

Aku tahu selama empat tahun ni aku banyak buat dosa pada ramai orang. Lagi lagi pada insan bernama wanita.

Aku sudah berjanji pada diri sendiri untuk mencari kembali wanita wanita yang pernah jadi mangsa aku dulu untuk aku tebus segala kesalahan dan silap aku.

Setelah berkali kali mencuba mengejutkan bangun subuh akhirnya Alysa membuka juga matanya.

"Morning." Tak dapat kawal lagi terus bibirku mencium dahinya. Tetapi cuma sebentar apabila aku di tolak sedikit kuat menjauhi dirinya.

"Kenapa ni baby?" Tanyaku berkerut. Apahal tiba tiba pula ni? Jangan kata Alysa menyesal berbaik denganku lepas aku cerita semuanya pasal diri aku padanya.

"I busuk la." Balasan dari kata kata Alysa buat aku ketawa kecil.

"Baby you busuk macam mana pun bagi I you tetap wangi tau?" Aku cium pipi kiri Alysa berkali kali tanda geram.

"Hilman stop it. I geli." Alysa ketawa sambil tangannya menolak nolak wajahku menjauhi darinya.

"You ni cute tau tak? Isteri siapa la cute sangat ni." Setelah kami sama sama berhenti dari ketawa aku berkata sambil tangan mencubit kedua belah pipinya.

"Isteri Hilman Zavirel la siapa lagi." Alysa memeluk leherku erat cuba merapatkan kedudukan wajah kami berdua. Matanya merenung redup ke dalam mata aku. Aku juga membalasnya tetapi cuma seketika.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now