Bab33🥀

6.8K 370 27


Mata yang melekat pada skrin tv aku alihkan memandang ke arah pintu hadapan di ruang tamu apabila kedengaran suara mama memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

"Lambat balik harini ma." Tegurku sambil melihat jam di dinding yang sudah pun menginjak ke pukul 11 malam.

Biasanya mama akan balik dari berjumpa kawan kawan persatuannya dalam pukul 9 malam ini dah pukul 11 baru melihat batang hidung.

Mentang mentang la papa kena pergi luar negara sebab tuntutan kerja bukan main lambat mama balik.

"Hm tula sibuk sangat berbual sampai mama tak perasan dah jauh malam." Ujar mama sebelum ketawa kecil.

"Apa la yang sibuk sangat berbual tu. Bukannya tak jumpa setahun dua padahal tiap minggu jumpa." Bebelku. Mata sudah hilang fokus untuk melihat tv tetapi lebih fokus pada mama yang sudah pun melabuhkan punggungnya disebelah aku.

"Harini lain sikit ada makan makan dekat rumah Datin Aina tu. Maklum la anak lelaki dia baru balik dari Ireland."

"Hm yela." Balasku. Malas nak panjangkan cerita lagi bila melihat wajah mama sudah kelihatan tersenyum senyum.

Terus aku larikan pandangan ke arah lain untuk mengelak daripada bertatapan dengan mama. Sudah aku faham sangat senyuman mama tu.

"Boleh mama cakap sikit dengan Lysa?" Hati hati mama bertanya buat aku ketawa kecil.

"La kita kan tengah bercakap ni ma bukan guna bahasa isyarat pun." Tak sampai dua saat tangan mama terus hinggap di lenganku.

"Aduh sakit la ma." Aku mengusap lenganku yang menjadi sasaran cubitan mama.

Boleh tahan sakit juga tangan mama mencubit ni. Sampai merah lengan aku dibuatnya.

"Mama cakap main main lagi." Aku ketawa lagi apabila melihat mama menjeling aku tajam.

Tahu tak boleh main main dah jadi aku betulkan duduk sebelum bersuara dengan nada serius.

"Okay just straight to the point ma. What do you want?" Tahu mama ada agendanya tersendiri apabila aku melihat mama sudah kembali tersenyum seperti tadi.

"Lysa free tak minggu ni? I mean this saturday." Mama mula menyoal.

"Gina ajak teman pergi fitting baju kahwin dia."

Memang betul Gina ajak aku teman dia sebab Qay tak dapat nak teman kerana kesibukkan kerja bukannya aku mereka reka cerita sebab nak lepaskan diri ye.

"Fitting baju tak kan sampai malam kan?"

"Not sure la ma. Kadang Gina tu bukan betul pun kang ada je ajak Lysa melencong pergi mana mana. Why ma?" Soalku. Walaupun dah tau apa yang mama cuba buat tapi aku kena la berlakon buat buat tanya sikit.

"Tak ada la mama ingat nak kenalkan Lysa dengan Rayqal this saturday night." Berkerut dahiku mendengar nama asing yang keluar daripada bibir mama.

"Siapa Rayqal?"

"Anak Datin Aina la yang mama cakap baru balik dari Ireland tu. Baik budak Rayqal tu kerja pun bagus jadi doktor memang sesuai la kalau nak jadikan suami Lysa." Keluhan aku lepas dengan berat mendengar penjelasan mama.

Aku memang dah agak apa yang mama cuba lakukan. Sejak aku pulang dari UK boleh kata selalu juga mama kenalkan aku dengan anak anak kawannya.

Tak dinafikan semua lelaki yang mama kenalkan pada aku semuanya baik baik belaka tapi hati aku langsung tak pernah rasa terusik dengan apa apa perasaan pun bila memandang mereka. Tak sama seperti bila aku melihat Hilman.

"Ma please stop it. Berapa kali Lysa nak cakap Lysa tak nak." Perlahan nada suara aku merayu. Dah malas nak bergaduh dengan mama pasal benda ni.

Gaduh macam mana pun mama tetap degil juga nak temukan aku dengan lelaki pilihan dia.

"Tapi Rayqal ni lain dari yang lain Lysa. Cuba la kenal dulu dia macam mana. Mama yakin Lysa mesti suka."

"Berapa kali Lysa cakap dengan mama soal hati perasaan ni kita tak boleh nak dipaksa. Mama dah janji kan tak nak kongkong Lysa kalau Lysa balik bawak kejayaan.

Ni Lysa dah buat apa mama nak tolong la tunaikan janji mama. Lysa tak mintak banyak ma, Lysa cuma mintak tolong la jangan kongkong Lysa lagi." Rayu ku

Kali ini mata aku sudah berkaca kaca cuba menahan air mata daripada mengalir.

"Lysa masih ada hati dekat budak Hilman tu ke?" Tanya mama. Suaranya kedengaran tegas di pendengaran telinga aku.

"Lysa.. Lysaa.." Tergagap gagap aku hendak bersuara.

"Mama tanya Lysa masih ada hati dekat dia ke?" Kali ini suara mama sudah mula meninggi menyoalku.

Aku tidak mampu bersuara. Hanya anggukkan yang menjadi jawapan untuk persoalan mama.

"Ni cuba Lysa tengok ni gambar ni." Mama menghalakan skrin telefonnya kepadaku.

"Tengok la gambar gambar ni. Hari hari bertukar perempuan dengan selalu keluar masuk club. Batas pergaulan tak pernah nak dijaga. Lelaki macam ni yang Lysa suka? Jenis macam ni yang Lysa nak buat jadi suami?

Ni cuba la tengok gambar ni berpelukkan berciuman dengan perempuan yang entah siapa siapa. Lelaki macam ni Lysa nak?"

Hancur berkecai hati aku melihat gambar gambar Hilman yang terlebih mesra di dalam handphone mama.

Tak perlu aku tanya mama macam mana dia dapat gambar gambar Hilman ni.

Hilman kan memang dah terkenal dari dulu sebab kejayaannya pada usia muda cuma sekarang ni dia lagi terkenal di seluruh Malaysia kerana bisnes dia yang berjaya membawa untung berjuta juta.

Nak pula gambar gambar perempuan bersama Hilman dalam handphone mama banyak pelakon pelakon terkenal. Memang tak perlu pelik la mana mama dapat gambar gambar ni.

Tak sanggup rasanya hendak melihat lagi pantas aku menunduk memejamkan mata. Tak aku sangka Hilman berubah lebih teruk dari sangkaan aku.

Semua di sebabkan aku. Kalau la aku tak tinggalkan dia mesti semua ini tak akan jadi. Aku mesti lakukan sesuatu supaya Hilman yang dulu kembali lagi.

"Perangai pun teruk macam mana dia nak bimbing Lysa? Mama bukan nak kongkong Lysa saja saja tapi tengok jela pilihan Lysa macam mana. Tak serik ke dengan Iz dulu?" Marah mama lagi.

Aku lap air mata yang mengalir di pipi sebelum kembali menatap wajah mama dengan penuh kasih.

"Lysa memang serik dengan Iz tapi Lysa tak akan pernah rasa serik kalau dengan Hilman."

Ye sejauh mana pun aku pergi nama Hilman sentiasa ada di dalam hati aku dan tak pernah pudar dari hati.

"Jangan nak buat benda tak betul Lysa. Dont you dare Lysa I'm warning you."

"I'm sorry ma I have to. Hilman jadi macam ni sebab Lysa dan cuma Lysa boleh kembalikan Hilman yang dulu."

Maafkan Lysa terpaksa melawan cakap mama untuk kali ini tapi Lysa terpaksa. Aku berkata di dalam hati.

Tanpa menghiraukan mama aku terus bangun dari duduk dan berjalan naik ke atas.

Aku sudah nekad. Aku nekad untuk kembali meraih cinta Hilman walau macam mana cara sekali pun.

Aku akan balas balik apa yang aku pernah buat dekat Hilman empat tahun lepas. Aku janji aku akan kembalikan Hilman yang dulu.

Itu janji aku.

🍂🍂

maafkan sis kalau ada typo dan kurang menarik. sis malas nak double check dan dah mengantuk gila ni sampai tersenguk senguk tertidur sambil menaip tapi gagahkan jugak nak update punya pasal semuanya demi korang 😘😆

ALYSA✔️Where stories live. Discover now