Bab44🥀

16.3K 589 22
                                    


"You kenapa resah semacam je ni?" Tanganku mencapai tangan Hilman yang kebetulan berada di atas meja café.

"I hmm tak ada apa apa la." Hilman melemparkan senyuman padaku sebelum mencium tangan aku yang berada di genggamannya.

"Sayangggg." Meleret leret aku memanggil Hilman sebelum menyambung lagi.

"I tau ada apa apa ni. Cepat bagitau I sekarang." Lembut aku memandang wajahnya. Lebih pada nak memujuk sebenarnya. Kedengaran keluhan Hilman sebelum merenung tepat dalam mataku.

"I tengah fikir ni betul ke keputusan I temukan you dengan Sofea ni." Hilang senyuman di bibirku diganti pula dengan wajah serius. Tangan yang berada di genggaman Hilman aku lepaskan.

"Kenapa tak betul pulak dengan keputusan you? You sebenarnya ada apa apa ke dengan Sofea lepas kita break up?" Serius sahaja suara aku berbicara.

Jangan kata dulu Hilman dan Sofea ni bukan cuma friend with benefit tapi sama sama mempunyai perasaan cinta.

Membayangkan sahaja pun aku dah mula terasa darah mula mendidih naik ke kepala. Aku genggam kedua tanganku kuat cuba mengawal kemarahan yang mula datang tiba tiba.

"What? Of course not. I memang betul tak ada apa apa dengan dia. Trust me okay baby?" Dapat aku lihat wajah Hilman yang sudah menggelebah cuba menerangkan perkara sebenar pada aku.

"I cuma takut you tak boleh terima dengan perangai I yang dulu je bila Sofea bukak cerita kejap lagi. Rasanya I la manusia yang paling teruk dalam dunia ni." Hilman tunduk memandang jari jemarinya yang kebetulan berada di pehanya.

"Sayang kan I dah cakap jangan salahkan diri you. Benda dah lepas tak payah la you nak ingat lagi. I terima you seadanya."

Aku angkat wajah Hilman memandang tepat pada wajahku. Aku renung ke dalam matanya.

Nasib la waktu waktu sekarang ni tak berapa nak ramai sangat orang dekat café ni dan nasib baik juga la aku dan Hilman pilih untuk duduk tempat tersorok sikit.

Kalau tidak tak memasal orang rakam aksi manja kami ni dan viral dalam sosial media. Maklum la zaman sekarang ni kan zaman kalau boleh semua benda nak di rakam dan di viralkan dalam sosial media masing masing.

"Sekarang ni you tak payah nak resah tak senang duduk. I sendiri yang nak jumpa Sofea kan? So apa apa nanti I sendiri yang akan kawal emosi I. You tak salah apa apa pun okay?" Pujukku lagi sekali dengan kenyitan mata aku berikan pada Hilman.

Melihat sahaja Hilman kembali tersenyum buat hati aku kembali terasa lega.

Kami berbual bual kosong sambil diselang selikan dengan ketawa dan gurauan manja sebelum tiba tiba ada suara ceria yang datang menegur dari tepi.

"Hai Hilman." Aku lihat Sofea melabuhkan punggungnya di sebelah Hilman sebelum merapatkan wajahnya pada pipi Hilman. Tetapi cepat sahaja Hilman menolak wajahnya.

Melihat Sofea seperti hendak mencium pipi Hilman buat aku menggengam penumbuk. Tak guna nya perempuan ni dia tau tak Hilman tu aku punya? Getus hati aku.

"Err hai Sofea." Hilman membalas dengan tergagap gagap sambil matanya melirik ke arah aku.

"Oh I tak tau pulak you ada bawak kawan you sekali." Sofea ketawa kecil sebelum menghulurkan tangannya pada aku.

"Hye I'm Sofea. Hilman girlfriend." Hilman girlfriend my ass. Jerit hatiku dengan kuat.

Suka suka hati dia nak kenalkan diri sebagai girlfriend suami aku. Meh sini pula aku nak kenalkan dekat kau siapa aku dengan Hilman.

Aku pandang wajah Hilman yang seperti serbesalah dan meminta maaf memandang aku. Alahai Encik Suami jangan risau la isterimu ini memang sangat memahami.

"Oh hye Sofea. I'm Alysa the one and only Hilman lovely sweet wife." Perkataan wife aku tekankan sedikit bagi telinga Sofea dengar siapa aku sebenarnya.

Senyuman lebar aku lemparkan pada Sofea dan aku sambut huluran tangannya dengan genggaman yang sedikit kuat.

Lets the war begin.

🍂

Maaf semua lama menyepikan diri. sis tengah tak ada idea nak sambung cerita Alysa tapi still nak update jugak sebab rasa macam dah lama gila tak update 😅😭

Actually sis tengah fokus taip cerita lain ni tu macam hilang idea sikit nak sambung Alysa ni. Otak dah dipenuhi dengan Syed Zafrel dan Arisya je ni😂Nampak tak dia punya tamak tu macam mana? cerita yang sedia ada pun tak habis lagi dah sibuk taip cerita baru. Punya la idea tu datang mencurah curah taip cerita pasal syed zafrel dan arisya sampai tak sedar dah masuk ke bab 25 😳

panjang umur murah rezeki dapat la you all baca cerita tu kalau ada yang sudi nak membaca la 👉🏻👈🏻 kdah tu je nak bebel bye.

p/s:I'll try my best untuk dapatkan balik roh Hilman dan Alysa masuk dalam otak balik so that I can continue to write this story back😆

ALYSA✔️Where stories live. Discover now