"Baik-baik kalau berkata, si cacat yang korang selalu sebutkan itu adalah kekasih hati aku. Aku tak heran kalau korang nak pandang dia dengan wajah jelik korang. Tapi kutukan, hinaan yang korang lontarkan buatkan hati aku panas. Tapi disebabkan korang perempuan, aku maafkan. Sekali lagi aku tahu, masa itu kau akan tahu siapa aku yang sebenarnya. Jangan sampai tangan kotor korang naik pada si cacat itu atau aku sendiri akan buat hidup korang merana. Atau terhapus terus dari bumi ini".

Semua pelajar yang mendengar menelan air liur kesat. Kata-kata itu bukan gurauan. Malah ketenangan itulah yang membuatkan mereka hilang separuh nyawa mereka. Lelaki itu pergi meninggalkan dataran itu.

*****

"Kenapa sampai macam ni sekali?" Soal wanita itu dalam riak risau.

Kaki gadis itu sudah berbalut dengan kemas. Malah gadis itu sudah tertidur di atas katil. Lena sekali wajah dia. Begitu polos macam bayi kecil saja.

"Entah kak, kau rawat je lah dia. Banyak bunyi pula" dingin lelaki itu membalas.

Dia bersandar di dinding berhampiran. Bilik pengetua menjadi tempat mereka merehatkan diri. Tak lama itu, seorang lelaki melangkah masuk dengan wajah datar.

"Macam mana dengan cucu atuk? Ok saja kan?" Soal lelaki itu risau. Wajah tegang dia mula relaks sebaik saja melihat cucu perempuannya sedang lena.

"Okay je tuk. Cuma itulah kaki bengkak sebab kena pijak. Pastu kaki palsu patah sebab jantan sial tu" kata lelaki itu penuh geram.

Ya, mereka anak kepada Syed Daniel Arfan dan Elly Adelia. Bersekolah di sekolah; SYL Highschool. Sekolah yang ditubuhkan oleh Syed Syakil sendiri. Merupakan sekolah persendirian.

"Nanti atuk belikan yang baru" ujar Syed Syakil. Sayu melihat cucu perempuan dia. Sekolah itu dibina untuk keselesaan cucu-cucu dia. Tapi lain pula yang jadinya.

"Tak payah atuk. Lebih baik tak payah ada kaki palsu. Kalau asyik patah dan rosak je. Pakai tongkat lebih baik" celah lelaki berambut perang itu.

Syed Darwin Alif dan Syed Darwish Aiman. Kembar yang paling bermasalah. Darwin lelaki dingin dan Darwish lelaki memiliki ketenangan pada wajahnya. Tapi bukan bermakna dia baik. Dan Shafirah Eliana Aulia, si gadis cacat yang sering menjadi bahan ejekan pelajar lain.

"Kena bincang dengan ibu dan ayah kamu juga. Jangan buat andaian sendiri"

"Konfem ibu dan ayah setuju punya!"

"Ahh kau pandai-pandai je! Blah arr!" Darwin menolak kuat kepala Darwish. Geram dengan adik kembarnya itu.

Syed Syakil tersenyum saja. Ada saja ragam yang dibuat oleh kembar yang sering digelar setan! Masalah mereka timbulkan bukan kecil tapi besar! Sejak kecil lagi mereka nakal yang amat!

*****

Eliana Aulia merenung kakinya yang berbalut itu. Satu keluhan terlepas dari mulutnya. Kaki kanan diluruskan di atas katil. Senyuman nipis diukir.

"Kenapa lah aku tak mati saja? Kalau tak, pasti mereka akan hidup bahagia. Tak payah risaukan aku lagi. Tak perlu dengar ejekan, hinaan dan kutukan. Allahu! Begini sekali aku perlu lalui ujian-Mu. Kuatkan lah aku untuk terus hidup di atas bumi ini walau sementara. Kesian Awin dan Awish sebab selalu jadi pelindung aku. Ibu yang selalu menangis kerana aku. Ayah yang selalu sedih melihat aku. Kenapa Kau tidak tarik saja nyawa aku tadi?".

"Semua itu sudah tertulis kak. Kau tak patut cakap macam tu! Kau tak sayangkan kami ke? Kau tak sayang ibu ke? Kau tak sayang ayah ke?" Darwin masuk ke dalam bilik kakaknya dengan wajah datarnya.

Dia dengar semuanya. Begitu juga yang lain. Elly Adelia sudah menangis mendegar rintihan puteri tunggal dia itu. Daniel Arfan pula tersenyum kelat.

"Aku sayang korang. Korang adik-adik aku. Ayah, ibu aku pun sayang. Tapi aku tak mahu menyusahkan korang lagi. Susahkan diri korang kerana aku" sayu Eliana Aulia berkata.

Darwin mendengus kuat. Kedua tangan dikepal hingga menimbulkan urat-urat pada lengan dia. Darwish pula diam memerhati abang dan kakak dia berbual.

"Anak ibu tak pernah susahkan ibu. Aulia jangan cakap macam tu lagi. Jangan pernah terniat untuk tinggalkan ibu. Aulia satu-satunya puteri kami. Puteri istimewa kami" ucap Elly Adelia dalam sendu. Dia mendakap erat tubuh anak gadisnya.

"Maafkan Aulia ibu. Aulia dah buat ibu menangis. Aulia berdosa ibu sebab tumpahkan airmata ibu. Allah, kau ampunilah aku kerana membuat syurgaku menangis keranaku" Eliana Aulia mendakap ibunya erat. Menangis semahu-mahunya di dakapan Elly Adelia.

Daniel Arfan menahan pilu di hati. Begitu sekali keseksaan anaknya terima. Dicemuh oleh masyarakat kerana kecacatan pada fizikal. Allah! Kenapa perlu kau letakan anakku sebegini sekali, rintih Daniel Arfan.

"Tak nak, Aulia tak berdosa. Ibu menangis sebab ibu kagum ada anak setabah Aulia. Sepintar Aulia. Sayang beruntung sebab ada kami yang masih sayangkan Aulia. Yang masih cintakan Aulia. Kami tidak sesekali tinggalkan kamu nak".

Eliana Aulia kembali tersenyum. Ini keluarga dia. Orang yang dia sayangi sampai bila-bila. Orang yang selalu memanjakan dia. Kembar yang selalu menjadi angel's untuknya. Ayah yang selalu prihatin kepadanya dan ibu yang sangat sayangkan dia.

"Aulia sayang ibu, ayah, Awin dan Awish. Jangan pernah henti sayangkan si cacat ni" katanya lagi.

"Kau kakak kami. Akan kami jaga kau macam kami jaga nyawa kami sendiri. Aku tak akan benarkan sesiapa sakiti kau, kak" kata Darwish tenang. Jauh di sudut hatinya, dia akan melakukan apa saja demi kakak kesayangan dia.

"Aku pun. Aku akan pastikan semua orang yang benci kau terhapus dari dunia. Tu tekad aku, kak. Sesiapa sakiti kau, mereka akan berdepan dengan maut" cukup mendalam kata-kata Darwin.

Sememangnya, kembar itu memiliki semua sikap ayah mereka. Dingin, ketenangan merupakan sikap paling ketara pada Syed Daniel Arfan.

TAMAT














______________________________

That's it ! Ni yang korang impikan 😍😍

Wallaa, dh tamat dh .. indeed mmg payah nk buat cite ni 😥 byk kena fikir, byk yg kena hadam 😂😂

Typo tak payah ckp ahh 😂😂 bersepah kot .. dari mula stories aku buat smpai ke DA merebak typo tu 😂😂 padah kalu type x baca balik 😂😂

Happy reading guys ..

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now