DA - 33

71.6K 2.7K 67
                                    

Lelaki itu menembak tiga orang lelaki di hadapan dia tanpa belas kasihan. Muka dia kelihatan bengis. Bilik yang hanya diterangi lampu malap mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.  Bau darah hanya hanyir membuatkan sesiapa yang terbau akan mahu muntah.

Dia meletakkan kembali pistol yang digunakan ke atas meja kerjanya. Ada 30 puluh orang pekerjanya yang sedang membungkus bungkusan dadah. Rokok di letakkan ke bibirnya.

"Bodoh! Kerja senang pun tak boleh buat ke!" Makinya. Geram kerana orangnya tidak membuatkan kerja dengan betul.

Lagi geram apabila, dua wanita itu selamat. Dia mahukan Mawar Qaisara dan Elly Adelia mati! Tapi mereka selamat dan tiga lelaki itu harus dibunuh!

"Kau tunggu lah! Aku akan pastikan kau melutut depan kaki aku!" Rahang dia mengeras. Menandakan marah dia sudah sampai ke tahap maksima.

"Daniel..Daniel..." nama itu diserunya beberapa kali sambil memejamkan mata.

Ben berdiri tidak jauh dari bos dia. Dia tersenyum sinis melihat lelaki itu seperti kalah dalam permainan dia. Ben berpeluk tubuh. Hanya tunggu masa saja.

"Masa kau akan tiba tak lama lagi" matanya menunjukkan dia sangat berdendam dengan lelaki bernama Daniel Arfan. Sejak di bangku sekolah lagi, dia bencikan lelaki itu.

Dia Adam Rizalman! Tak akan berputus asa! Dan semua yang dia inginkan akan ditunaikan! Termasuklah jika kematian keluarga Daniel Arfan!

Dia membencikan lelaki itu kerana Daniel Arfan lebih hebat darinya. Memiliki semuanya! Perempuan, wang, harta dan juga ditakuti semua orang! Dia sangat bencikan lelaki itu! Dan dia harus jatuhkan Daniel Arfan.

*****

Tengku Alisa mengerutkan dahinya. Dia pelik melihat nenda yang marah-marah. Tapi sebutir pun dia tidak dengar. Sudah lama dia tidak bercakap dengan nenda dia. Ini kerana dia malas mahu mengikut permainan nenda dia lagi. Dia dah berhenti berharap dari memiliki Zul. Biarlah lelaki itu bahagia dengan Maya. Lagi pun itu yang dia nak.

"Lisa!" Seru mamanya yang berada di ruang tamu. Tengku Alisa mendengus. Pasti wanita itu mahu menyuruh dia buat kerja.

"Ya..ya! Kejap!" Tengku Alisa berlari mendapatkan Datin Normah yang santai di sofa empuk itu. Di tangan dia terdapat pek makanan ringan. Pemalas betul!

"Tolong masak! Aku lapar. Cepat sikit.." arahnya tanpa memandang wajah anaknya.

Eii! Kalau budak dua tu tak lahir tak adalah dia susah payah sampai sekarang. Dia bencikan anak-anak dia itu. Kalau bukan sebab Tengku Fatimah tak adanya dia layan dua anak gadis dengan baik-baik.

Anak hasil hubungan dia dengan lelaki di luar sana. Biasalah darah muda! Tidak fikir apa-apa lagi. Janji enjoy! Alih-alih Tengku Fatimah kahwinkan dia dengan duda anak satu. Dengan relanya dia berkahwin. Sebab nak tutup rasa malu!

"Hmm ok"

Datin Normah hanya menjeling sekilas saja. Suami dia sayang sangat dengan dua orang anaknya itu. Bukan darah daging dia pun! Datin Normah berasa geram! Kalau bukan sebab harta memang dah lama dia bunuh dua anak dia itu!

"Bodoh! Dasar anak tak guna! Aku dah buat macam-macam tapi layan aku baik lagi! Kenapa lah kau tak mati je! Ni menyusahkan hidup aku je nak bela kau!" Datin Normah menjeling tajam ke arah Tengku Alisa.

Gadis itu hanya tersenyum nipis saja. Tahu yang maknya tidak sukakan dia. Selama ini hanyalah lakonan semata-mata kerana mahu mengaburi mata orang-orang kampung. Tengku Alisa berasa sakit sangat! Dia tidak pergi ke dapur sebaliknya dia keluar dari rumah itu.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now