DA - 9

79.2K 3.3K 64
                                    

"Ada apa-apa tak hari ni?"

Tajam mata Elfran Danish memandang PAnya itu. Jelas sekali riak wajah terkejut wanita itu. Tapi apa dia kisah?

"Erm..hari ini tak ada apa-apa bos" jawab Suzy pantas.

Elfran Danish hanya mengangguk saja. Sudah lama wanita cina itu bekerja dengannya. Malah Suzy merupakan pekerja yang paling lama bertahan dengan perangai angin monsun dia itu.

TOK! TOK!

Bunyi ketukan pada pintu bilik pejabatnya membuatkan Elfran Danish sedikit mendengus. Dia tidak bersuara kerana dia sangat mengenali cara ketukan itu.

Kisha Afina masuk ke dalam bilik si tunang dengan senyuman manisnya. Rambutnya yang lurus itu dibiarkan lepas. Dia mendekati Elfran Danish. Punggung dia dilabuhkan di atas meja kerja si tunang.

"Kau kenapa datang sini? Tak ada kerja ke?" Dingin dia menyoal.

Tangan dia lancar menari-nari di atas papan kekunci. Mata fokus pada laptopnya. Sedikit pun dia tidak tergugat dengan kehadiran Kisha Afina.

"Ermm..awak ni. Saya datang awak marah. Kalau saya tak datang awak rindu pula.." Kisha Afina menyilangkan kakinya.

Terangkat kening Elfran Danish. Badan dia disandarkan pada kerusi dan tangan dia dilipatkan ke dada. Dia memandang Kisha Afina dari atas ke bawah. Berulang kali. Naik segan Kisha Afina dengan pandangan maut Elfran Danish itu.

"Rindu? Heh dalam mimpi boleh lah. Aku tak hadap pun kau datang sini"

"Saya tahu. Saya cuma singgah sekejap je. Nak bagi bekal untuk awak. Saya tahu awak sibuk dan tak ada masa untuk makan. Jadi saya sediakan bekal ni untuk awak"

Kisha Afina meletakkan paper bag hitam di hadapan jejaka dingin itu. Dia turun dari meja kerja lelaki itu. Nampak saja layanan lelaki itu dingin tapi dia tahu hati lelaki itu lembut.

"Bekal? Rajin betul kau.."

Hati Elfran Danish sedikit tercuit dengan sikap prihatin Kisha Afina. Dulu dia tak hargai wanita itu tapi kini wanita itu semakin menjadi tetamu di dalam hatinya.

"Saya masak lebih. Teringatkan awak jadi saya tapaukan untuk awak saya. Erm, anyways kirim salam pada mama dan papa. Saya pergi dulu.."

Elfran Danish hanya mengangguk saja. Dia mengukir senyuman setelah kelibat Kisha Afina hilang. Dia menatap paper bag hitam di hadapan dia itu. Isi di dalam di bawa keluar. Dia membuka tupperware warna hijau itu. Nasi lemak dan secawan kopi panas. Dia tersengih sendiri.

"Kau semakin mencuri hati aku budak.."

Ya, dia mengaku bahawa Kisha Afina semakin mencuit hatinya. Dulu dia dingin dan beku. Sekarang dia mampu tersenyum. Walaupun Kisha Afina seksi dan menggoda tapi gadis itu cukup pandai menjaga batasnya. Elfran Danish cukup tahu tentang itu.

Kisha Afina tersenyum apabila dia bertembung dengan staf-staf di situ. Senyuman dia yang manis itu membuatkan sesiapa saja senang dengannya. Kisha Afina mengemaskan rambutnya. Pakaian dia hari ini sedikit tertutup. Tidak seperti selalu yang terdedah mempamerkan tubuh badannya.

Elfran Danish kini sedar. Lambat laun Kisha Afina tetap menjadi suri hatinya. Bukan itu saja. Kisha Afina juga yang bakal melahirkan anak-anaknya kelak. Memikirkan akan hal itu, terbit satu senyuman di bibirnya. Tak sabar ingin disatukan dengan gadis pujaan hatinya itu.

*****

Zul memandang lama kelibat Maya yang sedang memasukkan kunci kereta Myvi nya. Sejak beli kereta baru gadis itu kerap keluar dan suka membeli belah. Zul menutup separuh daripada wajahnya. Kakinya melangkah masuk menuju ke kereta Maya.

Sebaik saja Maya menghidupjan enjin kereta, pintu penumpang di buka dan ditutup. Belum sempat dia mahu menjerit, mulutnya sudah ditekup oleh Zul. Senyuman sinis jelas kelihatan. Maya kini mengeletar ketakutan.

"Diam! Kau jerit aku bunuh kau!" Ugur Zul. Suaranya sengaja dikeraskan. Maya lambat-lambat mengangguk.

"Jalan.."

Maya mengerakkan keretanta. Zul melepaskan tekupan tangan dia di mulut Maya. Dia bersandar di kereta itu. Hendak tergelak dia melihat wajah pucat Maya. Tawanya di hentikan sebelum terhambur keluar.

"Awa--awak siapa?" Gagap Maya menyoal. Terketar-ketar tangan dia memulas stereng kereta.

"Siapa kau tak perlu tahu. Kalau nak selamat baik jalan.." ujar Zul keras.

Maya hanya diam. Dalam hati dia berdoa banyak-banyak. Sudahlah hanya mereka berdua saja di dalam kereta itu. Semakin takut dia. Zul pula asyik bermain dengan telefonnya.

Sampai saja di kawasan perumahan milik Maya, Zul turun dari kereta itu. Maya masih lagi statik di tempat memandu. Takut dia ingin melihat wajah lekaki berhoodie itu.

"Ok done" Zul tersengih. Alamat rumah Maya dihantar kepada bosnya. Sengihan dia membuatkan riak wajah Maya berubah. Pelik.

"Peliknya.." gumam Maya sendiri.

Zul berjalan ke arah Maya. Cermin kereta Maya diketuk sekali. Maya menurunkan sedikit cermin keretanya.

"Kau nak tahu siapa aku?" Zul memandang wajah Maya dari jarak 1 cm. Dia tersengih dalam kegelapan malam.

"Mestilah. Manalah tahu kau ni penyangak, perogol ke? Boleh aku cam muka kau" kata Maya dengab kasar sekali.

Zul tersengih. Dia menurunkan hoodienya. Sebaik saja Maya melihat wajah itu, mata dia membulat dengan besar sekali. Mulutnya ternganga dan bergerak. Seakan-akan ingin menyatakan sesuatu. Tapi tidak keluar.

"Night honey.." Zul melambai tangan kepada Maya. Dia hilang di dalam kegelapan malam.

Maya masih lagi terkejut. Dia tidak menyangka lelaki itu Zul. Sangat mengejutkan!

"Aku bermimpi ke?"

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now