DA - 27

71K 2.8K 70
                                    

Elly Adelia terjaga dari tidur apabila tubuhnya terasa dingin. Selimut di dadanya digenggam kuat. Perlahan-lahan dia membuka mata dengan wajah yang berkerut. Cahaya yang menyapa pandangan dia, membuatkan Elly Adelia mengecilkan mata dia.

Buka saja sepenuhnya mata dia, benda pertama yang dia lihat adalah ruang bilik yang dia duduki sekarang ini. Sangat berlainan dengan biliknya yang sebelum ini.

Dinding berwarna putih. Katil empuk, meja solek, wardrobe dan bilik air. Semuanya nampak mewah dan moden. Biliknya yang sebenar kecil, tidak semewah ini.

Kemudian tangan dia naik menyentuh kepala. Nafas lega dihela apabila tudung dia masih lagi tersarung kemas di kepala. Walaupun sudah senget benget dia tetap bersyukur.

"Arfan ke bawa aku ke sini?" Gumam dia perlahan. Dia turun dari katil lalu meregangkan badan dia. Tudung juga dibetulkan agar nampak kemas.

"Tapi rumah siapa?" Bibir dia dimuncungkan sedikit. Jari telunjuk diketuk di bawah dagu.

Malas mahu berfikir, Elly Adelia melangkah keluar dari bilik. Dari atas dia sudah dengar bunyi benda berdeting dengan kuat sekali. Tangga dituruni penuh berhati-hati.

Tangga pula bukan main berpusing lagi. Gadis itu baru perasan, bukan dua tingkat tapi tiga tingkat! Dan rumah itu tersangatlah luas. Dia yang menengok sudah terlopong. Macam istana dah!

"Morning Miss Adelia" sapa seorang lelaki yang memakai apron paras pinggang.

Senyuman dia cukup manis. Pakej dengan wajah kacak dia. Elly Adelia jadi terkaku. Mulut dia ternganga sedikit.

"Duduklah. Kejap lagi bos turun.."pelawa dia lalu kembali ke dapur.

Elly Adelia mengangguk perlahan. Dia menarik kerusi lalu melihat hidangan atas meja makan. Ada roti bakar, jem, nasi lemak, sambal sotong, air kopi dan air susu. Cukup lengkap.

"Awal kau bangun?"

Elly Adelia tersentak dengan suara Daniel Arfan. Berpaling saja ke kanan, bibir dia secara tak sengaja menyentuh hujung bibir lelaki itu. Daniel Arfan terkejut tapi tak lama itu bibir dia mengukir senyuman nakal.

Elly Adelia jadi malu. Cepat-cepat dia berpaling ke depan. Kedua pipi dia mula terasa kebas dan membahang. Merah! Kalau lah Daniel Arfan tidak duduk sedekat itu, pasti mereka tak akan--

Elly Adelia mengelengkan kepala perlahan. Dada dia berasa berdebar. Daniel Arfan menarik kerusi di sebelag gadis itu. Bahagia je rasa.

"Thanks for the morning kiss.." kata Daniel Arfan dengan riak nakal. Sengaja!

Suka dia tengok muka malu-malu gadis di sebelah dia. Comel sangat! Lagi-lagi bila pipi gadis itu merah! Macam nak picit-picit je!

Elly Adelia tunduk. Dah lah tak pakai baju, berseluar pendek saja. Dengan peluhnya di badan. Cukup menyeksakan jiwa gadis itu.

"Aik bos? Dah habis work out ke? Biasanya dua jam kau kat atas sana" sampuk Christ yang baru keluar dari dapur.

Dia meletakkan beberepa gelas di atas meja. Kemudian dia duduk di kerusi bertentangan dengan Daniel Arfan. Apron dibuka dan disangkut di kerusi sebelah.

"Rehat sekejap" ujar Daniel Arfan. Nasi disenduk ke dalam pinggan dia.

Elly Adelia pula diam saja. Dia hanya menjamah roti bakar dan air kopi saja. Dia segan dengan lelaki tadi. Kejadian tadi cukup memalukan dia.

"Adelia, kau tak nak makan ke? Sedap ni aku masak" Christ memandang gadis di hadapan dia.

"Err..takpe nanti saya makan" balas gadis itu cukup perlahan.

Lambat-lambat dia menyumbat roti ke dalam mulut. Nak angkat muka rasa malu lagi tinggi. Daniel Arfan tersengih sinis.

"Kau makan je lah!" Dengus Daniel Arfan. Christ mencebik.

Macam lah dia sorang je ada awek! Getus hati Christ. Tidak puas hati dengan bos dia itu. Ada juga yang makan pinggan je nanti.

*****

Tengku Faez Hakim memandang tajam ke arah Tengku Alisa yang terjengket-jengket mendekati Zul yang sedang terlena di atas kerusi.

Dia berpeluk tubuh tidak jauh dari ruang tamu. Dia mahu melihat sejauh mana Tengku Alisa bertahan dengan rancangan bodoh Tengku Fatimah.

"Orang tua ni memang kemaruk sangat ke? Sanggup guna cucu dia demi kepentingan dia sendiri" getus Tengku Faez Hakim tidak puas hati.

Dia melihat Tengku Alisa yang nampak serba salah itu. Dia tahu dua gadis itu terpaksa mengikuti perintah Tengku Fatimah. Kalau tidak, jangan harap nak dapat harta orang tua tak sedar diri itu.

Tengku Alisa menjadi berbelah bahagi. Nak buat ke tak? Hati dia menyatakan tidak. Otak menyatakan ya! Dia menjadi nanar!

Zul yang elok memejam mata, terus membuka mata apabila melihat bayangan seseorang. Dia yang tadinya berbaring kini duduk menegak di atas kerusi. Tengku Alisa pula tersentak.

"Kau buat apa kat sini?" Zul bersuara dengan wajah meluat dia itu.

"Err--nak--nak ambil ni. Haa..nak ambil ni" Tengku Alisa tergagap.

Kebetulan pula ada novel di atas meja terus dia menyambar untuk dijadikan alasan. Kepalanya yang tidak gatal digaru dengan perasan bersalah.

"Dah ahh, blah! Aku nak tidur" halau Zul dengan muka tak bersalah.

Tengku Alisa akur. Dia bangun dan berjalan pergi. Hujung bibir digigit lembut. Novel di tangan dipeluk erat.

Baru saja dia mahu ke dapur, tubuh dia ditarik oleh seseorang. Mulutnya ditekup kemas. Membulat mata dia melihat Tengku Faez Hakim sedekat itu dengan dia.

"Ka-umphh" Tengku Alisa cuba bersuara. Namun makin kuat tekupan di mulut dia.

"Diam! Kalau tak tahulah nasib kau nanti" keras Tengku Faez Hakim bersuara.

Tengku Alisa mengangguk. Jantung dia berdegup laju. Berdebar dan takut! Tengku Faez Hakim melepaskan tekupan di mulut kakak tiri dia itu.

Kemudian dia tersenyum sinis. Tengku Alisa dipandang dari atas ke bawah beberapa kali. Pendek! Itu pendapat dia. Ketinggian Tengku Alisa hanya paras bahu dia saja. Sedangkan Tengku Faez Hakim tinggi melangit.

"Pendeknya kau.." kutuk dia sengaja. Tengku Alisa terus membulatkan mata dia. Tiba-tiba rasa geram pula.

"Pendek-pendek aku pun, aku lagi tua dari kau tahu tak budak!" Marah Tengku Alisa dengan suara yang masih lagi terkawal.

Tengku Faez Hakim tertawa sinis. Tua? Pada firasat dia, Tengku Alisa nampak macam budak-budak. Muka pun macam budaklah! Berlainan dengan dia yang  nampak matang! Kacak pula tu!

"Tapi aku tetap nampak matang dari kau" sengaja Tengku Faez Hakim mendekatkan dirinya pada Tengku Alisa.

Melihat Tengku Alisa yang kaku itu, dia tergelak. Jarak di kembalikan ke tempat asal. Seronok pula kenakan gadis itu.

"Dah ahh, aku keluar dulu.."

Tengku Faez Hakim meninggalkan Tengku Alisa bersendirian. Gadis itu pula seakan-akan terpukau dengan renungan remaja tadi. Seakan-akan panahan cinta!

Tengku Alisa pantas mengelengkan kepala dia. Pipi dia ditampar beberapa kali. Gila agaknya suka dengan budak tu! Desisnya.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now