DA - 36

66.8K 2.8K 175
                                    

"Mama.." lengan Mawar Qaisara dipautnya erat. Sengihan di bibir tidak hilang sejak tadi. Badan dirapatkan ke arah mama dia itu. Kepala pula disandarkan ke bahu Mawar Qaisara.

"Ya, nak apa?" Rambut anaknya diusap penuh sayang. Dah lama anak manja dia tidak bermanja macam ni sekali. Ni mesti ada apa-apa.

Syed Syakil dan Elfran Danish membuat muka geli melihat gelagat Daniel Arfan yang serupa anak kecil. Tahulah anak mama tapi janganlah manja sampai macam tu sekali. Geli lah manja-manja ni!

"Erm..Arfan..Arfan nak--nak" muka dia terasa membahang. Malu pula nak sebut perkataan tu. Jari mama dia dimain-mainkan. Kita malulah!

Ternaik kening Mawar Qaisara melihat gelagat Daniel Arfan yang malu-malu kucing itu. Kalau di rumah bukan main manja lagi. Kalah si bongsu itu. Tapi kalau diluar bukan main bengis lagi. Hai lah, entah apa yang merasuk anaknya sampai jadi macam tu sekali. Nak cakap pun macam perempuan! Malu-malu pula!

"Arfan baik kau cakap je lah. Berbulu mata aku tengok perangai gedik kau ni. Kalah aku masa kecil dulu. Dah besar panjang pun nak duduk celah ketiak mama lagi" sindir Elfran Danish. Naik juling dia kerana menyampah dengan adegan manja Daniel Arfan dan Mawar Qaisara.

"Ish! Kau diam lah. Ni antara hidup dan mati aku. Kau budak apa tahu?" Dengus Daniel Arfan. Ayat yang mahu dia tutur tadi hilang entah ke mana. Ni semua kerana adiknya. Potong line betul!

"Betul lah cakap Danish tu. Yang kamu duk bergayut dengan mama dah kenapa? Nak cakap tu cakap jelah! Ni manja bukan main. Macam bukan anak aku pula" Syed Syakil membuat muka. Geram kerana melihat kemesraan isterinya bersama anaknya. Kalau dia nak bermanja, awal-awal lagi isterinya menolak.

Tapi bila dengan Daniel Arfan, boleh je. Ni yang nak marah ni! Daniel Arfan terus tarik muka apabila papa dia menyokong si adik. Tahulah anak papa tapi janganlah menghina dirinya ini. Sekali sekala bermanja dengan mama, tak salah kan? Tahulah jeles!

"Dah Arfan jangan layan dua manusia yang cemburu tu. Kamu nak cakap apa? Nak mama masakan makanan kegemaran kamu ke?" Mawar Qaisara memandang anak teruna dia disebelah.

Muka yang tadinya masam terus berubah ceria. Sempat juga dia melemparkan senyuman sinis kepada papa dan adiknya. Kita pun ada backup laa.

"Arfan nak kahwin!" Akhirnya terluah juga hasrat hati dia. Tak boleh nak tahan dah. Lagi-lagi duduk berdua-duaan dengan si kekasih hati. Ada saja syaitan menghasut. Mujur saja iman dia masih kuat.

Mawar Qaisara tergamam. Biar betul? Kahwin? Akhirnya terbuka juga hati anaknya nak berumah tangga. Alhamdulillah. Dia begitu gembira. Senyuman lebar jelas terukir di wajahnya.

"Betul ni? Mama setuju sangat kalau Arfan cepatkan tarikh perkahwinan tu. Mama dah tak sabar nak ada menantu" ucapnya dalam nada teruja. Terbayang-bayang majlis yang bakal berlangsung nanti. Mesti meriah kan?

"Betul ni kamu nak kahwin?" Soal Syed Syakil. Mata dia mencerlung tajam memandang Daniel Arfan.

"Betul lah. Arfan nak kahwin. Dah lama sangat tangguhnya.." katanya dalam nada serius.

"Baiklah papa setuju"

Elfran Danish mencebik bibir. Dia pun nak kahwin juga. Macam boleh si abang je naik pelamin. Dia pula menjadi pengapit. Tak hingin!

"Danish nak kahwin juga.." celah dia apabila melihat semua sibuk berbincang.

Suara-suara yang tadinya bunyi macam langau terus berubah bunyi cengkerik. Terkebil-kebil enam pasang mata memandang Elfran Danish. Budak ni sihat ke tidak? Orang nak kahwin dia pun nak kahwin gak?

"Kau kata apa tadi?" Daniel Arfan memgosok telinga. Kot-kotlah telinga dia salah dengar. Tapi dengar macam kahwin?

"Aku.nak.kahwin" satu persatu Elfran Danish menyebut. Geram pula kerana semua tidak memberikan reaksi. Dia ada buat pengumuman yang mengejutkan ke?

"Oklah kalau macam tu. Jimat duit papa tak payaj keluar banyak-banyak. Korang kahwin sekaligus. Jimat bajet perkahwinan korang nanti" Syed Syakil terus menyetujui.

Baguslah dua-dua anaknya nak kahwin. Tak payah dia risaukan dua anak teruna itu. Acap kali keluar dengan perempuan tanpa ikatan yang sah. Bukan dia tidak kenal dua anak teruna dia itu. Otak boleh tahan nakal! Baik dia elakkan sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

"Mama pun setuju. Jadi bulan depan tariknya. Kamu bawa pasangan kamu jumpa dengan mama"

Dua teruna itu mengangguk. Masing-masing dah berangan-angan. Ada isteri nanti boleh lah buat macam-macam tanpa fikir pandangan orang luar nanti. Hati terasa lapang. Allah dah permudahkan jalan untuk mereka.

*****

Tersembur air yang diminum oleh Elly Adelia apabila mendengar khabar dari tunang dia itu. Betul ke tak? Ke dia salah dengar? Tapi macam ya..sebab muka Daniel Arfan bukan main serius lagi.

Dia mengelap kesan air yang tumpah di atas meja batu itu. Syok-syok dia lepak di taman rumah, alih-alih mamat ni datang dan bagitahu berita mengejutkan. Terperanjatlah! Dia tak sedia lagi untuk bergelar seorang isteri.

"Awak biar betul?" Soalnya menginginkan kepastian. Daniel Arfan mengangguk.

Ada juga yang kena cium nanti. Orang dah kata tapi tak nak percaya. Geram je dia rasa! Muka pula boleh pula buat terkejut camtu! Comel je!

"Ta--tapi sa--saya tak sedia lagi" perlahan saja Elly Adelia menutur. Macam mana kalau dia tak boleh jadi isteri yang baik untuk lelaki itu.

Elly Adelia buntu. Macam terlalu cepat masa berlalu. Alih-alih dah nak kahwin dah. Otak dia sekarang seakan-akan tidak berfungsi. Lambat betul sel-sel nak berhubung. Membran sel seakan-akan terhenti saja.

"Aku percaya kau boleh jadi isteri yang baik untuk aku. Aku tak nak kita berdua-duaan macam ni. Aku nak antara kita ada ikatan yang sah. Memang kau tunang aku tapi aku nak jadikan kau isteri aku yang sah. Demi Allah aku nak halalkan hubungan kita. Sah di sisi agama Islam. Aku takut aku tak mampu nak kawal nafsu aku. Kau percayakan aku kan?" Telus dari hati Daniel Arfan mahu memperisterikan Elly Adelia.

Mata mereka bertentangan. Elly Adelia tahu mata itu sangat ikhlas. Dia harus menerima lelaki itu. Mungkin ini suratan takdir untuk dia.

"Baiklah saya terima awak sebagai suami saya. Saya harap awak jadi suami yang mampu membimbing saya terus ke jalan yang lurus. Saya terima awak sebab awak ikhlas untuk memperisterikan saya. Saya terima"

Daniel Arfan tersenyum lebar. Nak saja dia peluk gadis itu seerat-eratnya. Nak cakap satu dunia yang dia gembira sangat. Tak sabar tunggu waktu diijab kabul nanti.

Elly Adelia tersenyum juga. Sepanjang dia tinggal bersama Daniel Arfan, lelaki itu sikit pun tak ambil kesempatan ke atas dirinya. Kalau peluk-peluk pinggang tu memang ada. Lagi-lagi waktu lelaki tengah mood gatal! Memang tak boleh dielakkan lagi.

"Thanks love, I love you.." bisik Daniel Arfan penuh romantis di telinga Elly Adelia.

Bahagia. Itu saja mampu dia ungkapkan. Elly Adelia bagaikan di awan-awangan pada saat itu. Dapat juga dia dengar ungkapan cinta dari lelaki itu.

"Love you too.." balas Elly Adelia malu-malu.

Daniel Arfan merangkul bahu Elly Adelia dari sisi. Mereka sama-sama mengukir senyuman bahagia. Ini jalan yang betul. Perkahwinan yang bakal mereka tempuhi tak lama lagi. Menghalalkan semuanya. Jauh dari kejahatan.

________________

Finally 😍😍
Daniel dh jadi romantik guys ..

Cair tak 😍

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now