DA - 14

78.5K 3.3K 89
                                    

NOTE :  Memandangkan DL akn tamat x lama lgi aku akan update DA. But x kerap sgt sbb DL dalam proses ke penghujungnya. Aku tahu ramai yg nantikan DA ni 🙇 aku minta maaf sbb x dapat update DA 😔. Pape pun aku try update jugak sbb DL dh nak tamat 👏 ada dlm beberapa bab saja lagi dan tamatlah DL 😪 .

Your silly author ,
nisaamuttalib 😙

_______________

Daniel Arfan berucap sepatah dua kata di atas pentas. Malah kekacakkan dia itu lah membuatkan para pekerja wanita di hotelnya hampir pengsan. Tambah-tambah lagi mereka baru mengetahui bahawa Daniel Arfan bos besar mereka.

Elly Adelia yang berada di meja hadapan pentas itu sudah menguap besar. Bosan! Dia tidak pernah menghadiri majlis sebegini. Maya pula asyik bersembang dengan Zul tanpa henti dan dia bagaikan tumggul saja di meja itu.

"..satu lagi saya ingin mengumumkan sesuatu. Saya harap anda semua bawa bertenang. Saya harap tiada bantahan atau kutuk-kutukan daripada semua pihak" mata Daniel Arfan tajam memandang ke arah Liyana dan geng gosip itu.

Kemudian mata dia beralih ke arah wartawan-wartawan yang memenuhi tepi dewan besar itu. Masing-masing sudah memegang mic dan kamera. Siapa tidak kenal Daniel Arfan, jutawan muda yang berjaya.

"Elly Adelia sila naik ke atas pentas.."

Terkejut gadis itu apabila namanya diseru oleh Daniel Arfan. Dengan wajah terpinga-pinga dia naik ke atas pentas. Kain dress yang menyeret di atas lantai di angkat dan kaki dia berhati-hati mendaki tangga pentas itu. Kalau jatuh malu saja!

Maya sudah memandang Elly Adelia dan bosnya lain macam. Hanya Zul saja beriak selamba kerana dia sudah tahu semua perancangan bos dia itu.

"Kenalkan Elly Adelia kekasih saya dan tunang saya.." selamba saja Daniel Arfan menutur.

Wajah Elly Adelia sudah berubah. Malah muka dia yang tadinya beriak biasa kini bertukar terkejut. Dia memandang lelaki di sebelah dia dengan perasaan geram.

Daniel Arfan berdiri di sebelah Elly Adelia dan dia memegang jari kanan gadis itu. Senyuman sinis diukir kepada gadis itu. Tapi bagi perempuan yang lain, Daniel Arfan umpama tersenyum manis. Mereka semua berasa cemburu kepada Elly Adelia.

"Bila masa pula aku jadi tunang kau?" Kasar suara Elly Adelia kedengaran di telinga lelaki itu.

"Kau dah lupa? Kat tandas tadi aku ada cakap pada kau?" Daniel Arfan menjongket keningnya.

Jari manis Elly Adelia disarunhkan cincin permata. Sangat cantik dan padan dengan jari manis gadis itu. Terkejut Elly Adelia melihat jarinya sudah ada cincin.

"What for?"

"Untuk tunang kesayangan aku" balas Daniel Arfan dan memeluk erat pinggang gadis itu apabila semua wartawan mula mengambil gambar mereka.

Dengan terpaksanya Elly Adelia mengukir senyuman di sisi Daniel Arfan. Dia keliru. Tadi cakap lakonan? Sekarang macam real! Maya dah terlopong.

"Wah! Dah tunang dah kawan aku sorang ni.." Maya berkata lirih. Rasa cemburu pula melihat kemesraan Elly Adelia dan Daniel Arfan itu.

"Kita kahwin nak?" Zul menutur dengan muka seriusnya. Terus terkaku tubuh Maya. Mata dia bulat memandang wajah Zul.

"Gurau je lah!" Kata Zul dan terkekeh ketawa kerana dapat mengenakan Maya. Suka melihat wajah comel Maya kalau terkejut macam tu.

Maya apalagi terus mencubit lengan Zul dengan perasaan geram. Ada ke patut kenakan dia! Sakitnya hati! Kalau kahwin betul-betul tadi memang pengsan mak dia di kampung sana.

Liyan dan geng gosip sudah mengetap gigi menahan geram. Liyana bangun dan pergi dari situ dengan perasaan yang geram. Penat-penat dia berdandan agar Daniel Arfan tertarik padanya tapi hanpeh! Malah orang yang dibenci olehnya pula yang dapat semuanya!

"Kau tunggu perempuan! Aku akan rampas Daniel dari kau!" Tekadnya. Senyuman jahat mula terukir di bibirnya.

****

"Encik jahat lah! Saya tak setuju pun nak jadi tunang encik!" Bentak Elly Adelia apabila mereka berada di belakang pentas. Hanya mereka berdua sahaja.

"Aku tak kira! Kau setuju atau tak tetap kena jadi tunang aku! Now you're mine!" Kata Daniel Arfan dalam nada keras. Keras kepala betul gadis di hadapan dia itu.

"Eii! Bencilah macam ni!" Elly Adelia menghentak kakinya dengan perasaan yang geram.

Daniel Arfan hanya buat muka tak berperasaan dia. Kot di badan dia dibuang dan diletakkan di tangan kanan. Tangan kiri pula merungkaikan dye tie yang menjerut lehernya dari tadi.

"Kau tak boleh benci sebab aku dah rasmi jadi tunang kau. Jadi kau terima sajalah ya.."

Elly Adelia mengecilkan matanya memandang lelaki tidak berperasaan di hadapan dia. Kalau boleh nak saja di lenyek kepala Daniel Arfan itu!

"Tadi cakap lain ni cakap lain pula! Encik ni pelik lah" Elly Adelia memeluk tubuh. Mukanya dipalingkan ke arah lain.

"Aku buat semua tu bersebab.." ujar Daniel Arfan perlahan. Sayup-sayup je suara dia kedengaran di telinga Elly Adelia.

"Encik cakap apa?" Elly Adelia mendekati Daniel Arfan. Dia seperti terdengar suara lelak itu.

"Itulah kau merajuk lagi! Aku tak cakap kau cakap aku bercakap! Jom!" Lengan gadis itu ditarik olehnya.

Ada orang yang perlu dia berjumpa dan berdepan. Mujur saja ada gadis itu menjadi kekuatan dia. Kalau tidak jangan haraplah dia akan berdepan dengan mereka semua.

"Jom? Jom ke mana?" Dahinya berkerut seribu. Tak faham.

"Jom kita ke syurga.." kata Daniel Arfan dengan senyuman nakal. Muka dirapatkan ke wajah gadis itu.

Elly Adelia dah cuak. Pantas saja dia berundur ke belakang. Takut dengan lelaki di hadapan dia itu. Macam raksasa! Pecah ketawa Daniel Arfan melihat wajah cuak tunang dia itu.

"Eii! Tak lawaklah!" Elly Adelia yang geram itu teru memukul kuat lengan kiri Daniel Arfan. Sakit hatinya apabila dipermaiankan oleh lelaki itu.

"Aku nak ajak kau jumpa parents aku. Otak kau suci sikit. Jangan fikir bukan-bukan! Ke kau memang nak? Aku ok je! Kita ke penthouse aku sekarang!" Ajak Daniel Arfan. Sengaja mahu mengusik.

"Aa--err--tak--tak kita pergi jum--jumpa parents encik" tergagap Elly Adelia kerana usikan Daniel Arfan.

Sekali lagi ketawa Daniel Arfan pecah. Dia terkekeh ketawa melihat wajah pucat si tunang. Kini di sudah menemui kebahagiaan dia. Hanya Elly Adelia saja yang mampu membuat dia tersenyum dan ketawa.

Hanya Elly Adelia !

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now