DA - 62

58.5K 2.6K 68
                                    

"Sayang.."

Elly Adelia membuka matanya. Dalam kesamaran cahaya dia melihat raut wajah seseorang yang begitu dekat dengannya. Terasa tangan kirinya digenggam oleh seseorang.

"Sayang.." sekali nama lelaki itu memanggilnya. Tapi suara itu, cukup membuatkan dia terkejut.

Elly Adelia bingkas bangun dari pembaringan. Mata dia membuntang melihat seraut wajah yang dia rindui. Seseorang yang telah lama dia tinggalkan. Setelah memakan masa selama berbulan-bulan, akhirnya dapat juga dia melihat suaminya.

SYED DANIEL ARFAN.

Lelaki itu membantu Elly Adelia supaya bersandar dengam baik di kepala katil. Di dalam bilik itu, hanya mereka berdua saja. Wajah tidak bermaya isterinya dipandang. Dia duduk di sebelah isterinya.

"Awak...macam mana--" kata-kata dia mati. Bibir dia ditekup dengan ciuman pantas suami dia.

Ciuman dilepaskan. Dia memeluk bahu isterinya erat. Ubun-ubun Elly Adelia dikucup lama. Sempat dia bacakan ayat suci al-Quran secara perlahan.

"Syukur kau dah sedar. Aku risaukan kau tahu tak. Tiba-tiba je pengsan. Aku ingatkan kau tercedera tadi" tangan kanan isterinya digenggam erat.

Ya, berterima kasih kepada Allah kerana telah menemukan mereka. Kini mereka kembali bersatu. Kata-kata cinta masih tidak terungkap. Tapi segala tindakan dia menyatakan segala-galanya. Dia bahagia! Bahagia apabila keluarganya kembali bersatu.

"Kau tahu tak, masa kau hilang dulu aku risaukan kau sangat-sangat. Aku hilang punca bila aku dapat berita yang kamu maut dalam kemalangan kereta dulu. Masa tu aku rasa yang kau bawa pergi sekali dengan nyawa aku. Aku tak tahu nak beri reaksi macam mana. Terkejut! Tak percaya! Semua aku rasa. Tapi--" dia berjeda seketika.

"--aku paling suka bila dapat tahu yang kau tengah kandungan anak aku masa tu. Kau tahu tak, aku sanggup suruh orang-orang aku cari kau. Sebab aku yakin kau hidup lagi. Tak akan semudah tu kau akan tinggalkan aku kan? Aku tahu kau sayangkan aku setengah mati. Aku kenal kau sangat" sempat dia berjenaka.

Wajah Elly Adelia merah. Malu dengan kenyataan yang keluar dari mulut suaminya. Seketika, dia berwajah cemas. Sebut pasal anak? Mana anak dia? Kejadian tadi kembali berlegar-legar dalam fikiran dia.

"Anak..anak saya..awak anak kita..anak saya mana? Anak kita mana? Mana dia? Dia tak matikan? Kan? Jawablah" tangan suaminya digoncang lama.

Daniel Arfan diam. Sebaliknya dia mendakap tubuh isterinya erat. Terasa dada dia basah. Basah dengan airmata isterinya. Dia mengusap belakang isterinya bagi menenangkan isterinya.

Bunyi pintu dibuka membuatkab mereka mengangkat wajah. Seseorang muncul dipintu bilik dengan senyuman manis di bibir.

"Bu..bu.." anak kecil di dukungan orang itu tertawa kecil sambil menepuk tangan dia. Dia melonjak-lonjak gembira dalam dukungan si nenek.

"Anak ibu.." makin lebat airmata Elly Adelia tumpah. Anak dia selamat! Anak dia selamat! Beberapa ayat itu diulangnya.

"Bu.." tersembur-sembur air liur dia. Kini tubuh kecil Eliana Aulia bertukar tempat. Apabila terasa ibunya mendukung, automatik dia melentok kepalanya manja di dada ibunya.

"Ya Allah anak ibu...ibu ingatkan sayang dah tinggalkan ibu. Ya Allah.. terima kasih kerana masih berikan aku peluang untuk bersama dengan anak aku" rintihnya pilu. Badan kecil Eliana Aulia didakapnya erat. Seakan-akan tidak mahu melepaskan saja.

"Mama tinggalkan kamu berdua ya.. kalau nak apa-apa cakap je pada mama" pesan Mawar Qaisara. Pintu bilik itu kembali ditutup. Rapat.

"Aulia..jangan buat ibu macam ni lagi. Ibu tak kuat" pipi anaknya dicium lama.

Eliana Aulia tertawa. Mungkin menyangka yang si ibu sedang bergurau dengannya. Daniel Arfan tersenyum lebar melihat hubungan isterinya dan anaknya. Rapat. Dia suka dengan suasana sebegitu.

"Awak anak kita.." Eliana Aulia diletakkan di atas ribaan. Airmata tidak henti-henti mengalir dari tubir mata dia.

"Aku tahu ni anak aku..kau tu berhentilah nangis. Anak kau tak apa-apa pun. Dia okay je" pipi isterinya yang basah dengan airmata disapu lembut.

"Saya risau tahu tak. Saya ingatkan dia yang kena tembak tadi" tangan suaminya ditepis lembut. Orang risau boleh pula dia buat muka biasa. Bebel hatinya. Kesal dengan suaminya itu.

"See..anak aku kuat ok. Dia bukan macam kau! Cengeng!" Kutuk Daniel Arfan. Eliana Aulia didukungnya. Lalu mereka sama-sama berbaring di atas katil.

Eliana Aulia tertawa suka. Dia melompat-lompat di atas dada si ayah. Pipi tembam dia memerah kerana banyak gelak. Terkekek dia ketawa apabila Daniel Arfan mengomol perutnya.

"Awak!" Bahu Daniel Arfan ditepuk geram. Ada ke cakao macam tu! Elly Adelia menarik muka. Masam. Geram dengan suaminya yang selalu mengusik dia.

"Aulia..tengok ibu mengajuklah..nak ayah pujuk tak?" Soalnya dengan senyuman nakal.

Akhirnya, Elly Adelia tersenyum. Bahagia. Ini yang dia inginkan selama ini. Bukan duka yang dia pinta. Tapi kebahagian.

"Tu..tu.." tersembur-sembur air liur mengenai wajah Daniel Arfan. Nak bercakap, tapi tak boleh. Hailah anak! Nasib comel!

Daniel Arfan ketawa gembira. Anaknya memang comel walaupun tanpa kaki sebelah. Dia tahu. Dia akan jaga Eliana Aulia dengan sepenuh jiwa dia. Kerana Eliana Aulia penguat kasih sayang dia.

"Anak ayah..haha..kenapa comel sangat ni?"

"Sebab Aulia memang comel. Kan?" Jawab Elly Adelia bagi pihak anaknya. Si kecil hanya tersenyum suka.

Eliana Aulia dibaringkan ke atas dada Daniel Arfan. Anak kecil itu tidak meragam sebaliknya suka. Kehangatan badan Daniel Arfan cukup menyelesakan dia.

"Anak ayah memang comel. Macam ibu kan?" Dia mengerling si isteri dengan senyuman manis.

Elly Adelia senyum saja. Seronok melayan gelagat kesayangan dia. Tangan dia tiba-tiba memegang kaki kiri anaknya. Macam mana agaknya melalui sisa hidupnya pada masa yang akan datang? Wajah dia kembali muram. Daniel Arfan yang perasan memalingkan wajah isterinya ke arah dia. Mereka bertatapan.

"Aku akan pastikan tak akan ada sesiapa pun berani sakitkan anak kita. Dia akan hidup macam biasa. Aku akan lakukan apa saja demi Aulia. Sebab dia cinta kita yang pertama" pipi tembam anaknya diusap sayang.

Si kecil sudah tertidur di atas dada dia. Kaki kiri anaknya dipegang dengan senyuman. Dia tidak akan membenci anak kecil itu. Dia tidak akan bagi sesiapa pun menyakiti anaknya. Selagi dia hidup, tidak akan ada sesiapapun akan usik keluarga dia.

"Terima kasih abang" ucap Elly Adelia. Dia berbaring di sebelah suaminya. Di atas lengan kanan Daniel Arfan.

"Aku suka kau panggil aku macam tu" mata dia tunak memandang Elly Adelia.

Mereka kini berbahagia kembali. Tiada lagi bala yang melanda. Mereka kembali bersatu. Bersama Eliana Aulia. Cinta hati mereka. Penguat kasih sayang mereka. Anak kecil istimewa mereka.

"Aku sayangkan korang berdua. Adelia dan Aulia akan selalu ada dalam hati aku"

_____________________

Done !

Yeah.. finally Arfan & Adelia kembali bersama 😍😍
Ni yg korang tunggu2 kan? I'm did it! 👏 happy reading guys.. maaf atas kekacauan selama ini.

Ini menyatakan bahawa DA ini satu-satunya cite yang agak lain. Hope korang faham 😌 bukan senang nk buat smpai ke tahap ni 😏 byk yg kena fikir. Terlalu byk smpai idea x kuar 😧 even plot DA dh berbelit2 .. sbb otak pun dh berserabut mcm ular 😂😂 too much think'in. Lol. 😂😂

Enjoy ! 🤗

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Onde histórias criam vida. Descubra agora