DA - 22

71.4K 2.8K 410
                                    

Sebaik saja kaki mereka melangkah masuk ke dalam rumah, kedengaran suara-suara yang begitu dikenali oleh Daniel Arfan. Tubuh dia bagaikan digam di hadapan pintu apabila mata dia dan mata Mawar Qaisara bertembung. Syed Syakil pula meneruskan perbualan dengan Pak Leh.

"Jadi macam mana? Harap Pak Leh setuju lah .. " Syed Syakil tersenyum kecil.

Walaupun sudah berusia, kekacakan dia masih lagi terserlah. Begitu juga dengan isterinya. Mereka macam tak dimakan dek usia. Kekal muda sentiasa walaupun umur makin meningkat.

"Bro, tak nak masuk ke? Atau nak jadi jaga?" Seseorang datang menegur Daniel Arfan. Bahu lelaki itu ditepuk dari belakang.

Terpacul Elfran Danish disebelah Daniel Arfan. Kisha Afina pula berlalu mendapatkan Elly Adelia. Dia menyapa Elly Adelia--berpelukan mesra dengan gadis itu.

"Macam mana korang boleh ada kat sini?" Soalnya perlahan. Tajam mata dia merenung Elfran Danish.

"Itu kau patut tanya papa sendiri.." Elfran Danish tersenyum nipis lalu meninggalkan Daniel Arfan.

"Haa, Daniel tak nak masuk ke? Mak ayah kamu datang bincang hal kamu berdua.." Pak Leh menegur Daniel Arfan.

Syed Syakil dah ceritakan segalanya. Memandangkan Elly Adelia tiada waris lain, dialah yang akan menguruskan semuanya nanti.

"Bincang? Bincang apa?" Nada suara Daniel Arfan kedengaran keras di telinga Syed Syakil.

"Pak Leh bagi saya masa nak bincang dengan anak saya sekejap. Lepas dapat kata sepakat kami bagitahu Pak Leh balik.." ujar Syed Syakil.

"Pak Leh tak kisah. Ambillah banyak manapun masa.."

Syed Syakil tersenyum. Mujur Pak Leh memahami dia. Lengan Daniel Arfan ditarik mengikut langkah dia. Mereka tiba di pangkin bawah pokok. Sampai saja disitu, Daniel Arfan merentap lengan dia kasar dari Syed Syakil. Jelas muka dia tidak puas hati.

Tengku Alisa pula membuat muka melihat tetamu itu. Acap kali juga dia mengerling Elfran Danish yang berbual dengan Zul. Kacak sangat!

"Aku kena cari tahu siapa mereka sebenarnya.." gumam Tengku Alisa perlahan.

Sementara itu, Daniel Arfan memandang wajah papa dengan pandangan tajam. Syed Syakil menghembus nafas perlahan-lahan. Dia harus berlembut kalau guna kekerasan dua-dua parah!

"Easy son, papa datang sini bukan nak cari masalah. Papa datang cara baik. Papa dan mama datang sini nak berjumpa dengan orang tua Adelia. Kami dah setuju nak satukan kamu berdua. Papa tahu Adelia tak ada keluarga--" jelas Syed Syakil.

Mereka berdiri menghadap satu sama lain. Dan saat ini baru Syed Syakil perasaan yang tinggi dia hanya paras bahu anaknya saja. Syed Syakil mencebik bibir. Sedar yang dirinya makin memendek.

"Bukan hari tu papa sendiri yang cakap yang papa sendiri tak setuju Adelia jadi isteri Arfan? Jadi kenapa pula papa nak masuk campur?" Daniel Arfsan menggunakan bahasa lembut. Kalau tak aku-kau saja dia guna. Tapi dia masih ada rasa hormat pada orang tua dia.

"Erm..yang tu papa gurau je" Syed Syakil tersenyum serba salah. Nak menguji anak dia bukan senang?

Ternganga Daniel Arfan dengan jawapan Syed Syakil. Nampak perangai tak betul papa dia memang tak boleh hakis.

"Actually, papa nak minta maaf dengan Arfan. Papa nak keluarga kita kembali macam dulu. Papa tak sanggup lagi tengok mama kamu bersedih. Yes, its all my fault but papa buat semua ni untuk kebaikan kita juga. Ya, you know me buddy.." bahu Daniel Arfan ditumbuk perlahan dengan pandangan penuh bermaksud.

Daniel Arfan mengeleng kepala perlahan. Bukan salah Syed Syakil, salah dia juga. Mereka sama-sama ego dan keras kepala. Akhirnya, mama kesayangan dia yang merana.

"Jadi papa tahulah--" kening dijongket sebelah. Rambut dia jatuh terjuntai di dahi akibat ditiup angin.

"Semua hal anak-anak papa, papa tahu. Selama ni papa buat sebab nak tengok sejauh mana permainan dia" Syed Syakil tersenyum senget.

"Arfan pun nak minta maaf sebab kurang ajar dengan papa selama ni. Marah papa, maki papa. Tak hormat papa. Arfan tahu Arfan terlalu ego sangat sampai tak dengar penjelasan papa. But now, kita dah berbaik.."

Mereka berpelukan. Dah lama saat ini dinantikan oleh Daniel Arfan. Pelukan dari seorang ayah. Tanpa mereka sedari, mereka diperhati oleh orang-orang di dalam rumah. Mawar Qaisara menitis airmata melihat dua beranak itu.

Elfran Danish mendakap mama dia. Senyuman mekar di bibir mereka berdua. Nampaknya semua akan menjadi baik-baik saja.

*****

"Nenda.." Tengku Alisa berlari mendapatkan Tengku Fatimah yang berbual dengan seorang lelaki.

Wajah lelaki itu tidak beberapa jelas di pandangan dia kerana lelaki itu menutupi separuh wajah dia dengan mask dan cap. Hanya mata saja kelihatan.

"Kau boleh balik. Pastikan maklumat tu semua lengkap.." pesan Tengku Fatimah.

Lelaki itu mengangguk lalu berlalu pergi. Sempat dia melihat Tengku Alisa. Satu senyuman penuh makna diukir.

"Nenda, Adel dan Maya makin melampau lah! Geram Lisa dibuatnya. Rancangan kita semuanya gagal!" Adu Tengku Alisa.

Dia merengek di sebelah Tengku Fatimah. Mujur saja rumah neneknya dekat saja dengan rumah keluarga Maya. Tengku Fatimah juga merupakan orang kaya dikampung itu.

"Takpe sayang, biar dulu dorang bahagia. Nenda tahu nak buat apa dengan dua perempuan tu.." pujuk Tengku Fatimah.

"Nenda pastikan yang dorang sengsara..biar dorang rasa" Tengku Alisa tersenyum herot. Kali ini dia mahukan Maya dan Elly Adelia terus terhapus.

"Tapi nenda jangan lupa, Daniel dan Zul hak kami.." celah Tengku Fazira yang baru turun dari tingkat atas.

"Nenda tak akan lupa. Dorangkan bakal cucu nenda juga. Nenda akan pastikan Daniel dan Zul milik kamu berdua.."

Tengku Alisa dan Tengku Fazira tersenyum suka. Mereka memeluk Tengku Fazira erat. Tengku Fatimah membalas pelukan cucu kesayangan dia. Demi cucu kesayangan dia, Tengku Fatimah sanggup melakukan apa sahaja.

"Gembira lah dulu..sebab nanti kau tak akan tersenyum lagi" Tengku Fatimah tersenyum jahat.

__________________

Korang nak Tengku Fatimah mati tak? 😏

Akhirnya mereka berbaik juga 😘

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now