DA - 28

70.2K 2.8K 22
                                    

Daniel Arfan mengetap gigi kuat. Jelas kedengaran gigi dia berlaga. Rahang dia juga mengeras. Urat-urat di lengan juga timbul. Penumbuk dibentuk dengan muka yang amat bengang.

"Damn it! Darn you, man!" Tangan ditepuk kasar ke atas meja kaca itu.

Kedengaran suara orang tertawa sinis. Muka dia sepenuhnya ditutup dengan mask hitam. Hanya mata berwarna hitam saja kelihatan. Di hujung bahu dia pula mempunyai tatu berbentuk bunga ros berwarna hitam.

"Marah nampak? Easy bro, aku tahu kau dah tahu siapa aku dan--" lelaki itu meleretkan suara dia.

Daniel Arfan semakin geram. Ingin saja dia menumbuk wajah itu bertalu-talu tanpa henti. Tapi akal dia masih lagi waras. Suasana di dalam bilik kerjanya begitu tegang.

Dia yang tadi asyik menyemak laporan dari pekerja dia, menerima satu panggilan melalui Skype dari seseorang. Tiada nama dan hanya ada lambang sahaja.

"...kau terima atau tak?" Lelaki itu berpeluk tubuh.

Daniel Arfan memejam mata rapat. Buang masa saja dia melayan lelaki itu. Tapi-- mesti ada kaitan dengan sesuatu.

"Kau cari orang lain" katanya lalu menutup kasar macbook kepunyaan dia.

Tie dilonggarkan. Haba panas mula mengusai badan dia. Rambut diraup kasar ke belakang. Interkom ditekan--

"Panggil Christ sekarang!" Ujarnya tegas.

Nelia yang berasa lain dengan nada suara bos dia itu, terus berlari anak pergi ke bilik Christ. Sampai saja di hadapan IT Department. Dia terus membelok ke kanan.

CHRIS DAWSON.

"Maaf Encik Christ. Tuan Daniel cari Encik dan diminta ke biliknya sekarang" ujar Nelia.

Christ yang ketika itu berbincang dengan pekerjanya hanya mengangguk. Dia tersenyum kepada Nelia dan menyuruh gadis itu beredar.

Sementara itu, Daniel Arfan menyelongkar semua fail-fail yang disusun di rak. Muka dia sangat serius. Kedua tangan dia memegang kemas tepi meja.

Bunyi pintu dibuka membuatkan dia terus berpaling ke hadapan. Christ tenang saja memandang Daniel Arfan yang nampak serius itu.

"Aku nak kau cari location sial tu sekarang juga!" Pekik dia kuat. Bergema bilik itu.

"Ok" mudah saja Christ memberi jawapan. Dia mengagak pasti ada sesuatu yang membuatkan angin bos dia tidak baik.

Daniel Arfan meneguk laju air di dalam botol mineral. Habis licin diteguk sehingga tiada setitik pun yang tertinggal. Kemudian dia mencapai dompet, telefon dan juga kunci kereta.

"Aku nak keluar dulu"

Christ mengangguk. Dia duduk di kerusi Daniel Arfan. Dapat juga dia rasa kerusi empuk yang diimport dari negara luar itu. Fuhh! Lembut gila! Desis hati Christ. Tanpa bertangguh dia membuka laptop kepunyaan Daniel Arfan. Jari-jemari dia lincah bergerak ke sana sini. Pantas dan cekap!

*****

Zul menghentikan keretanya di belakang kereta Maya. Dia keluar dari kereta lalu mendapatkan Maya. Kelihatan gadis itu nampak gelisah saja.

"Kenapa ni?" Soal Zul hairan. Bahu Maya dipeluk dari tepi.

"Tak..cuma rumah ni, nampak lain lah.." ujar Maya perlahan.

Perkarangan rumah dia nampak bersepah. Malah pintu rumah sedikit terbuka. Tingkap bilik pecah. Macam ada kes pecah rumah saja! Zul juga nampak hairan. Dia melangkah masuk sementara itu Maya ditinggalkan di luar.

Zul memeriksa setiap pelosok rumah. Tiada barangan rumah yang hilang. Baru saja dia mahu menghampiri Maya terdengar bunyi kaca pecah dan jeritan Maya.

Muka Zul terus berubah. Dia berlari mendapatkan Maya. Sampai saja di pintu pagar, kelihatan Maya tertunduk dan serpihan kaca cermin depan kereta berkecai di atas jalan.

"Kau tak apa-apa? Ada cedera kat mana-mana tak?" Soal Zul cemas. Tubuh Maya dibangunkan dan dia menarik nafas lega apabila Maya tidak apa-apa.

"Tapi..tu--" Maya terputus kata. Bibir dia bergetar. Jari telunjuk dia menunjuk ke arah satu batu berbentuk bulat dan mempunyai helaian kertas yang digumpal bersama batu itu.

"Jap, aku tengok" Zul mengutip batu itu. Kertas itu dibuka dan terdapat dua baris tulisan yang ditulis dengan darah. Bau hanyir dapat dihidu olehnya.

Kalau kau nak selamat,
Kita deal?

Zul mendengus kasar. Wajah dia berubah bengis. Surat itu digenggam erat. Umpama mengenggam orang yang menulis surat itu. Lagi-lagi melihat lambang pada hujung kertas itu.

"Maya kau ikut aku, kereta tinggal kat situ. Sini tak selamat" ujar Zul lalu menuju ke keretanya.

Maya dengan wajah keliru hanya mengikuti arahan kekasih dia. Semua barang dipunggah masuk ke dalam kereta Zul. Dia hanya meninggalkan kereta itu tersadai di bawah pokok.

Zul memandu pergi. Di satu lorong, keretanya berselisih dengan sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Orangnya berpakaian serba hitam. Zul memandang penunggang itu dengan mata yang tajam.

Lambang di bahagian badan belah kiri motorsikal itu membuatkan Zul tahu siapa orang itu. Nampaknya dia sudah memulakan serangan.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now