DA - 64

57.3K 2.3K 12
                                    

"Faez!"

Tengku Alisa menjerit kuat. Bergema suara dia di dalam rumah banglo dia. Muka dia tak payah cakap lah. Dah macam hulk dah! Cuma tak hijau je. Tengku Faez Hakim terkekeh ketawa kerana dapat mengenakan cinta hati dia.

"Aku dapat kau memang aku gulai kau hidup-hidup!" Dengan geramnya dia berlalu masuk ke ruangan dapur dengan wajah yang penuh dengan tepung dan telur.

"Haa Lisa, kenapa muka kamu tu? Berperang ke apa?" Tegur Mak Peah. Dia yang sedang menyediakan masakan terhenti apabila melihat wajah cemberut anaknya itu.

Hari ini Tengku Dahlan mahu membuat majlis akikah untuk cucu kesayangan dia. Siapa lagi kau bukan Nur Marissa. Nak bagitahu semua orang yang dia dah ada cucu. Comel pula tu. Satu lagi sebagai tanda kesyukuran kepada yang Maha Esa.

"Faez laa mak! Lisa baru je nak naik atas tiba-tiba ada benda jatuh atas kepala. Ingatkan apa, tapi rupa-rupanya firaun tu pun kerja! Eii panasnya hati! Mak kalau nampak dia! Mak bagitahu Lisa! Orang nak buat dia jadi makanan malam ni!" Katanya penuh dengan geraman. Gigi diketap kuat. Tangan dikepal-kepal kuat.

Mak Peah tersengih. Nak gelak pun ada nak kesian pun ada. Jadi dia tersengih je lah. Budak bertuah! Hari-hari ada saja perang antara mereka. Sorang suka mengusik sorang lagi macam komander. Garang nak mati!

Tengku Alisa berlalu menuju ke bilik air di dapur. Tak payah ambil baju sebab bilik bibik dah ada baju dia. Kekadang dia tidur di bilik bawah sebab malas naik ke tingkat atas. Pak Leh berada di bawah khemah bersama beberapa orang kampung. Selesai memasamg khemah mereka semua berkumpul di bawah khemah sambil berbual kosong.

Kaum perempuan pula sibuk di belakang dapur. Menyiapkan lauk-pauk untuk malam ini. Tengku Dahlan orang yang paling gembira pada hari ini. Bukan main meriah lagi dia buat majlis akikah. 8 ekor lembu ditumbang untuk diberikan kepada orang-orang ramai, fakir miskin dan orang berkorban. 4 ekor kambing turut disembelih.

Bunyi deruan enjin yang masuk ke perkarangan rumah ini membuatkan mereka semua memandang ke arah garaj kereta. Tengku Dahlan tersenyum lebar melihat anaknya keluar dari kereta sambil memangku si kecil yang terlena.

"Assalamualaikum, papa!" Salam diberikan dan dijawab oleh Tengku Dahlan. Dia memeluk anaknya erat. Rindu dia sudah terubat.

Hafiz tersenyum. Dia memunggah dua bagasi. Segala keperluan anaknya juga dikeluarkan. Penuh satu bonet kereta BMW i8 miliknya.

"Haa, Fiz nanti terus naik atas. Rehat-rehat malam nanti mesti penat sebab ramai yang datang" Tengku Dahlan menegur menantu dia.

"Takpe pa. Fiz bukan penat sangat pun. Tak adillah biar papa je uruskan semua ni sedangkan ni majlis untuk anak Fiz juga" kata Hafiz. Segan pula dia mahu merehatkan diri. Sedangkan yang lain berhempas pulas untuk majlis pada malam ini.

"Kalau kamu kata tu takpe laa. Papa risau kamu penat je" .

"Tak penat pun pa"

Hafiz sempat tersenyum kepada Pak Leh dan beberapa orang kampung. Bagasi-bagasi diangkat dengan kedua belah tangan.

"Faez! Tolong abang Hafiz kamu ni!"

Mak Peah bercekak pinggang di ruang tamu. Tengku Fazira tersengih saja melihat gelagat mak saudara dia itu. Macam mak tiri pun ada. Tengku Faez Hakim yang sedang bermain game di dalam bilik terus keluar. Takut pula menjadi mangsa bebelan kuasa tiga Mak Peah.

Hafiz duduk di sebelah isterinya melepaskan lelah. Penat kerana seharian memandu. Biarpun masa mereka dihabiskan di R&R kerana Nur Marissa membuat ragam. Nur Marissa sudah mencelik mata luas. Dah puas tidur agaknya budak tu.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now