DA - 37

64.2K 2.6K 59
                                    

"Warna terlalu buruk!"

"Seksi sangat! Badan kau, aku je boleh tengok"

"Tukar!"

"Warna terlalu terang!"

"Malap sangat! Bukan nak hadir kematian"

"Bad!"

Elly Adelia sudah berasap. Muka dia memerah memandang lelaki yang berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapan dia. Asap-asap mula keluar dari telinga dan hidung dia. Kedua tangan digenggam kemas dari sisi. Cerewet yang amat! Baju kahwin je kot!

"Sekali lagi awak komen memang saya tak akan kahwin dengan awak!" Dengusan jelas terdengar sebaik saja gadis itu habis berkata.

Jari telunjuk dia tegak di depan muka Daniel Arfan. Tak sangka lelaki itu seorang yang cerewet. Nasib badan dapat bakal suami macam ni! Haru hidupnya! Mawar Qaisara yang asyik memilih tema perkahwinan untuk dua orang itu tersentak. Dia dan Mak Peah berpandangan.

Sejak diumumkan minggu depan mereka bakal melangsungkan majlis perkahwinan terus Mak Peah dan Pak Leh turun padang. Mereka juga mahu melihat anak gadis itu naik pelamin.

"Apa? Aku cuma komen je. Buruk pada pandangan aku" selamba saja Daniel Arfan menutur.

"Eii! Fine! Ini yang terakhir. Kalau awak bunyi lagi saya sendiri akan batalkan majlis ni. Padan muka!" Dengan wajah bengang Elly Adelia masuk ke bilik persalinan.

Seorang wanita yang bertanggungjawab dalam mengendalikan busana dua pengantin itu pun naik pening. Tak pernah lagi ada pasangan pengantin naik hantu di butik pengantin dia. Semua okay-okay dan ini kali pertama.

Daniel Arfan mencebir bibir. Tak nak kahwin? Dia boleh je ajak kahwin di Siam. Senang dan mudah. Itu pun kalau bakal isteri dia lari dari dia. Tak lama itu Elly Adelia keluar dengan busana pengantin yang terakhir. Kali ini dia berdoa agar lelaki itu tidak menolak lagi. Kalau tak memang ada yang makan baju tu nanti.

Daniel Arfan tidak berkelip memandang gadis di hadapan dia. Bidadari kah ? Sungguh cantik sekali. Malah baju itu sangat sesuai di tubuh kecil gadis itu. Tidak terlalu sarat dengan hiasan. Nampak sikit mewah tapi cukup cantik pada si pemakai.

"Macam mana? Okay tak?" Soal Elly Adelia separuh geram. Daniel Arfan mengangguk dan tersenyum puas. Ini yang dia nak!

Elly Adelia melompat kecil. Akhirnya terlepas juga seksaan dia. Dia berlari anak untuk menukarkan pakaian dia kembali. Kalau lelaki tu tak setuju juga, memang ada yang bersanding seorang diri nanti.

Daniel Arfan membetulkan rambutnya yang sedikit terjuntai di dahi. Tersenyum dia memandang mama dia yang ralit berbincang dengan Mak Peah. Bukan dua, tapi tiga yang bakal dikahwinkan minggu depan. Termasuklah Zul dan Maya. Dua-dua pun nak menyibuk. Orang nak kahwin sama-sama nak menyelit.

"Encik Daniel?" Soal seorang perempuan yang baru masuk ke dalam butik itu.

Dia terpandang Daniel Arfan yang berdiri berhampiran dengan rak-rak baju sambil membetulkan rambutnya. Kacaknya! Hati dia berdetik sesuatu.

Kening Daniel Arfan terjongket melihat perempuan di sebelah dia. Rambut warna merah, crop top dan berseluar pendek paras peha. Seksi yang amat! Terus saja dia kalihkan pandangan dia.

"Daniel tak kenal saya ke? Saya Juliana, PA Datuk Hashim. Pemilik Rhu Hotel" katanya dalam nada manja. Terlentok sana sini sambil memperkenal dirinya. Panggilan encik hilang macam tu je.

Daniel Arfan tidak memberikan reaksi. Sebaliknya dia melangkah ke arah Elly Adelia yang baru keluar dari bilik persalinan. Kak Wan , selaku pemilik butik itu kelihatan berbual-bual bersama Mawar Qaisara dan juga Mak Peah.

"Dah siap? Baju semua dah ok?" Soalnya apabila sampai di hadapan gadis itu. Dia berdiri di sisi Elly Adelia.

"Ok, cuma saya nak tambah tudung boleh? Warna tudung takde laa pula.." Elly Adelia mendongak memandang Daniel Arfan yang jauh lebih tinggi dari dia.

Daniel Arfan hanya angguk. Juliana dari jauh berasap apabila lelaki pujaan dia tidak mengendahkan dia. Kemudian dahi dia berkerut melihat Daniel Arfan nampak mesra bersama seorang gadis yang tidak dia kenali.

"Err..cik nak beli apa-apa ke?" Tegur pekerja Kak Wan. Dia yang baru keluar dari stor terus menegur pelanggan dia.

"Tak jadi" ujar Juliana lalu berjalan ke arah Daniel Arfan. Hish! Tak boleh jadi ni! Gumam hati dia.

Pekerja Kak Wan terpinga-pinga dengan gelagat gadis itu. Sawan ke apa? Kalau tak nak beli keluar lah dari butik bos dia! Dengan muka geram dia berlalu ke arah kaunter.

"Hai.." tegur Juliasa ramah. Dia memandang Elly Adelia yang nampak terkejut melihat dirinya.

"Arfan.." panggilan dari Mawar Qaisara membuatkan mereka bertiga berpaling ke belakang.

"Yes ma?" Dia menghampiri mama dia. Juliana pula membuat muka tenang. Hati dia berdegup kencang. Maklum lah berjumpa dengan ibu pujaan hati dia itu.

"Mama dan Mak Peah decide nak pilih tema arabian untuk majlis korang nanti. Means tema perkahwinan kamu nanti ala-ala arab. Nampak macam lebih unik dan menarik"

"Arfan setuju. Lagipun sesuai sangat tema tu. Love macam mana?" Daniel Arfan memandang Elly Adelia yang berdiri di belakang dia.

Juliana terlopong. Apa? Kahwin! Hatinya menjadi hancur mendengar perkhabaran itu. Tanpa kata-kata terus dia keluar dari butik itu dengan linangan airmata. Mawar Qaisara tersenyum sinis dalam dia. Dia sedar yang Juliana asyik bermain mata dengan anak teruna dia.

"Adelia ikut je" putus Elly Adelia tanpa banyak kata. Dia sendiri pun dah penat. Setelah berbincang dengan Kak Wan mereka semua pulang ke rumah. Penat seharian menghabiskan masa di butik.

_________________

Sorry pendek ! Idea x de 😪

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin