DA - 60

57.9K 2.3K 134
                                    

"Anak ibu.."

Elly Adelia tersenyum melihat Eliana Aulia merangkak ke arahnya. Senyuman dia makin lebar apabila anak kecil itu memeluk erat kaki kanan dia.

"Bu..bu.." mulut kecil itu menyebut perlahan. Makin lebar senyuman Elly Adelia.

Terus didukung tubuh kecil itu. Badan tembam Eliana Aulia didakap erat. Tertawa si kecil apabila badan dia menjadi mangsa ciuman ibunya. Tangan kecil itu menepis-nepis muka Elly Adelia agak tidak terusan mencium dia.

Jelas kedengan gelak ketawa mereka berdua. Rumah itu yang dulunya sunyi kini terisi dengan suara mereka berdua. Elly Adelia sangat sayangkan anaknya. Eliana Aulia bagaikan syurga untuk dia. Anak kecil yang baru mengenal erti kehidupan.

"Adelia.." namanya diseru oleh Ben yang baru masuk ke ruangan dapur.

Ben lengkap dengan pakaian seragam polis dia. Nampak segak dan bergaya. Tapi hampeh -- teman wanita pun sorang tak ada. Elly Adelia sendiri tak faham dengan Ben. Nak kata tak ada rupa? Ben ada rupa. Kewangan pun stabil.

"Kau masak apa? Aku lapar ahh" soal Ben lalu menarik kerusi berhampiran. Dia duduk disitu melepaskan lelah.

"Mee goreng je. Bahan-bahan dah banyak habis" adu Elly Adelia. Dia pun naik bosan asyik makan benda yang sama. Nak keluar pun tak boleh.

Ada saja yang memerhati rumah ini. Mujur saja sistem keselamatan ketat. Ben pun ada menjaga mereka. Eliana Aulia yang melihat Ben terus mendepakan tangan dia. Nak minta didukung.

"Aulia anak daddy" Ben mendukung Eliana Aulia. Pipi pau budak kecil itu dicium geram. Macam nak gigit je. Comel sangat!

"Kau duduk ahh dulu. Aku hidangkan makanan untuk kau" ujar Elly Adelia.

Dia sebenarnya berasa sedih. Dia teringatkan Daniel Arfan, suaminya. Sepatutnya mereka bersama-sama. Tidak macam ni. Seorang di sana seorang lagi di sini. Eliana Aulia pula hanya menatap gambar Daniel Arfan melalui foto saja. Dia inginkan Daniel Arfan berada disisi dia.

Airmata dia yang hampir menitis disapu. Nafas ditarik dalam-dalam. Ini untuk kebaikab mereka semua. Selagi belum selamat selagi itu dia dikurung di sini. Tanpa melihat dunia luar.

Salam diberi oleh seseorang. Baru saja Elly Adelia mahu pergi, Ben dan Eliana Aulia dah berjalan menuju ke pintu keluar. Dia menyambung kembali kerja dia.

"Aulia rasa siapa datang? Atuk?" Ben menyoal Eliana Aulia. Budak kecil itu tergelak suka. Macamlah faham.

Pintu dibuka, mata Ben terpaku pada manusia yang berada di depan muka pintu. Tak kan lah? Ben keras di tempat dia berdiri. Eliana Aulia pula tersenyum menampakkan gusi dia yang belum ditumbuhi gigi itu. Ben terkaku.

*****

"Awak.." Maya menyeru nama Zul. Dengan perut yang memboyot dia berjalan ke arah Zul yang sibuk di meja kerjanya.

"Awak.." sekali lagi dia memanggil. Mulut dia dimuncungkan apabila Zul tidak melayan. Lelaki itu asyik membelek fail-fail yang bertimbun di atas meja.

Meja sebelah pula ada satu pelan yang baru disiapkan separuh. Zul memang sibuk habis. Tak ada masa mahu melayan isterinya. Ini semua kerana Daniel Arfan. Kerja dia tergendala kerana asyik mencari seseorang. Mujur dia bos , tidak jadi masalah kalau dia cuti lana-lama.

"Ermm.." gumam Zul. Bukan malas mahu melayan tapi dia betul-betul sibuk. Tak boleh nak tangguh lagi. Kena siapkan juga malam ni.

Maya mengeluh perlahan. Dia faham Zul sibuk tapi tak kan lah nak skip makan? Makan malam pun dia makan sorang-sorang je tadi. Zul banyak habiskan masa dalam bilik kerjanya saja. Sehari suntuk tidak keluar bilik. Maya cuma risaukan kesihatan suaminya saja.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now