DA - 59

53K 2.4K 101
                                    

"Arfan.."

Daniel Arfan yang baru sahaja memasuki rumah ity memandang wajah mama dia dengan muka ketatnya. Kedua tangan dia dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Duduk!" Tegas Syed Syakil. Mata dia tajam merenung si anak. Melalui cara pemakaian anaknya dia tahu yang anaknya dalam keadaan tidak baik.

Dia duduk di sebelah Elfran Danish. Wajah dia beku tanpa perasaan. Mata Syed Syakil sempat menangkap kedua tangan anaknya. Jelas sekali kedua tangan anaknya melecet.

"Kamu dari mana?" Soal Syed Syakil tenang. Dia harus bersikap profesional. Bukan terus meradang marah.

Dia diam. Malah mata dia memandang kosong wajah Syed Syakil. Keluhan terlepas dari Syed Syakil. Anaknya memang betul-betul berubah. Tiada lagi senyuman yang dia lihat. Yang ada hanyalah wajah yang kosong tanpa perasaan.

Elfran Danish memandang abang dia simpati. Jika dibandingkan dia dan Daniel Arfan, lelaki itu lebih kejam. Elfran Danish masih lagi ada sifat kemusiaan. Belum sempat dia lakukan apa-apa, si abang telah menghapuskan lelaki itu.

Mawar Qaisara memandang anaknya redup. Sayu hatinya melihat perubahan mendadak Daniel Arfan. Pagi menghilang dan muncul balik pada tengah malam. Mengurung diri dalam bilik. Tiada lagi gurau senda dari si anak. Ada pun hanya perkara penting yang dikatakan oleh Daniel Arfan.

Janji dia dulu pergi, Mawar Qaisara tahu seorang Daniel Arfan memang susah nak berpegang pada janji. Lihat saja hari ini, dingin saja. Seolah-olah mereka ini asing kepada lelaki itu. Mawar Qaisara tahu, Daniel Arfan menerima tamparan yang hebat sehingga dia kehilangan cinta dia.

"Kalau tak ada apa-apa aku naik dulu" ujar Daniel Arfan lalu bersiap sedia mahu bangun dari duduk dia.

"Duduk. Papa belum habis cakap lagi" tegas Syed Syakil. Daniel Arfan kembali duduk.

Syed Syakil memandang keluarganya. Wajah menantunya dipandang. Alangkah bagusnya jika Elly Adelia turut ada bersama mereka. Tapi -- dia terpaksa lakukan semua itu. Demi kebaikan anak-anak dia.

"Danish.." nama anak keduanya diseru. Elfran Danish mengangguk. Tangan dia erat mengenggam tangan Kisha Afina.

"Danish nak kata yang Kisha dah mengadung. 2 bulan dah" ujarnya dalam nada ceria.

Wajah Mawar Qaisara yang tadinya keruh kini ceria. Dia mendakap erat tubuh Kisha Afina. Berita yang cukup memgembirakan. Tapi tidak bagi Daniel Arfan. Wajah dia tegang saja.

"Tu je nak cakap?" Sinis dia menyoal. Masa dia dibuang begitu saja. Dia ada kerja yang hendak dilakukan.

Kisha Afina tersenyum. Dia tidak terasa sikit pun. Wajah dingin abang ipar dia dipandang simpati. Bagaimana agaknya kalau biras dia pun sedang mengandung? Kisha Afina mula berasa kasihan.

"Tahniah. Papa harap kamu berdua jaga anak kamu ni baik-baik. Jangan sampai tercedera. Kandungan kena kuat. Jangan lemah , papa takut akan berlaku apa-apa pada anak kamu nanti" Suara Syed Syakil mula berubah nada.

Dia teringatkan anak Elly Adelia yang jauh di sana. Apa khabar agaknya? Sihatkah? Sudah 5 bulan dia tidak ke sana. Semua perkembangan menantu dan cucunya dilaporkan oleh Ben sendiri. Ben pula kembali bertugas seperti biasa. Menukar ke cawangan di sana agar dia boleh terus berada disisi Elly Adelia.

"Papa okay?" Soal Kisha Afina risau. Wajah dia memandang Syed Syakil yang seperti menahan perasaan. Syed Syakil mengangguk dan tersenyum nipis.

"Hari tu papa pergi ke satu tempat ni, papa jumpa seorang perempuan. Ada anak perempuan seorang. Sekarang dah 5 bulan.." cerita Syed Syakil tanpa dipinta. Wajah dia nampak ceria.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now