DA - 47

66.2K 2.4K 46
                                    

Tiga bulan telah berlalu. Di awal usia perkahwinan yang penuh dengan warna-warni. Penuh dengan gelak ketawa serta gurau-gurauan. Sepasang pasangan suami isteri tergelak di laman rumah. Sang suami mengeletek pinggang si isteri dengan wajah yang nakal.

Elly Adelia terkekeh ketawa menahan geli di pinggang. Daniel Arfan pula sudah separuh menindih tubuh kecil isterinya. Suasana pada petang itu dihiasi dengan gelak ketawa Elly Adelia

"Ha..ha..ha.." Elly Adelia sesak nafas. Daniel Arfan berbaring di sebelah isterinya.

"Aw--awak jan--jangan buat macam tu lagi" ujar Elly Adelia. Lelah dia kerana asyik ketawa. Pinggang dia memang sensitif apabila disentuh.

Daniel Arfan tersenyum puas apabila dapat kenakan isterinya. Ini kerana Elly Adelia mengenakan dia pada minggu lepas. Akhirnya, dendam dia terbalas untuk kenakan isterinya kembali.

"Awak!"

Wajah Elly Adelia terjengul di muka pintu biliknya. Daniel Arfan yang ralit menghadap kertas kerjanya tidak mengendahkan panggilan isterinya itu. Elly Adelia mencebik bibir apabila panggilan dia tidak dilayan.

"Awak.." kali ini dia bersuara mendayu. Sedar tak sedar dia sudah berdiri di hadapan meja kerja suaminya. Kerusi ditarik dan dia duduk. Dagu ditongkat dan mata fokus memandang Daniel Arfan.

"Nak apa?" Soal Daniel Arfan. Tangan dia lancar menulis tanpa memandang isterinya. Pasti isterinya inginkan sesuatu.

"Erm..masakkan untuk saya boleh? Saya teringin nak makan hasil dari air tangan awak"

Daniel Arfan mengerutkan dahinya. Pelik! Selama ini tidak pernah-pernah wanita itu menyuruh dia memasak. Apatah lagi jejakkan kaki ke dapur.

"Kenapa aku? Bukan kau selalunya yang masuk dapur? Kenapa tak hari ni?" Kini fokus lelaki itu mula teralih. Seratus peratus dia menumpukan ke arah isterinya.

Elly Adelia menggosok belakang lehernya. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia teringin sangat nak rasa air tangan suaminya. Tekak dia terasa mahu merasa masakan dari suaminya.

"Alaa..awak boleh lah. Kali ini je saya nak minta awak masak untuk saya" rayu Elly Adelia. Wajah dia dicomelkan.

Nak tak nak, Daniel Arfan bersetuju saja. Bersorak riang Elly Adelia apabila kehendak dia dituruti oleh suaminya. Mereka sama-sama turun ke dapur.

"Kau nak aku masak apa?" Soal Daniel Arfan. Lagak dia seolah-olah pernah masak selama ini. Padahal masuk dapur tak pernah pun.

"Nasi goreng kampung" lebar senyuman Elly Adelia apabila menyebut nama makanan itu. Perut dia tiba-tiba berkerongcang.

"Kau duduk jauh-jauh" halau Daniel Arfan. Elly Adelia akur dan terus keluar dari kawasan dapur.

Daniel Arfan menggaru keningnya yang tidak gatal. Macam mana ni? Dia memang tak tahu langsung! Tetiba akal dia memberi kerjasama. Ya! Google kan ada! Sepantas kilat dia menaip di google cara-cara memasak nasi goreng kampung.

Elly Adelia yang berada di ruang tamu menahan gelak. Dia berdoa di dalam hati agar rumah ini tidak meletup gara-gara suaminya. Jelas terdengar bunyi peralatan berlaga. Macam tengah berlawan pun ada.

"Aku harap nasi tu tak hangus" gumam Elly Adelia. Dia bersandar di sofa dengan riak wajah nakal.

Daniel Arfan mengelap peluh di dahi. Nasi goreng di dalam kuali dipandang dengan senyuman lebar. Harap-harap menjadilah. Dia melaung kuat nama isterinya dari dapur. Tak lama itu Elly Adelia muncul. Dia mengauk nasi ke dalam pinggan lalu diberikan kepada isterinya.

Elly Adelia memandang nasi goreng kampung di hadapan dia. Nampak menyelerakan. Tapi belum rasa lagi. Sudu diambil dan nasi itu dikauk sedikit. Bismillah dibaca dengan perlahan lalu dia menyuap nasi itu.

"Macam mana? Sedap tak?" Soal Daniel Arfan. Haraplah percubaan dia untuk kali pertama berjaya.

Elly Adelia tersenyum lalu mengangguk. Daniel Arfan bersorak riang. Dia mengauk nasi untuknya sekali. Sekali suap saja wajah dia berubah kelat. Elly Adelia menahan ketawa.

Tak sempat ditelan nasi itu diluahkan kembali. Tak sedap! Terlampau masin! Elly Adelia ketawa terbahak-bahak kerana suaminya terkena dengan dia kali ini.

"Kau!" Elly Adelia membuat tanda ✌ lalu mencicit melarikan diri dari bapak singa itu. Daneil Arfan mengetap gigi menahan geram. Siaplah nanti!

"Alah awak ni, saya kenakan awak macam tu je, tapi balas macam nak bagi saya putus nyawa je" bebel Elly Adelia.

Namun suaminya buat tak dengar. Dia bangun dan meninggalkan Elly Adelia berseorangan. Padan muka! Mujur saja dia tak tembak kalau tak mati macam tu je!

"Eii! Bencilah dengan dia ni! Suka buat orang macam tunggul" gumam Elly Adelia sendirian. Dia berlari mendapatkan suaminya. Ada juga nanti yang kena tidur luar.

*****

"Kau dah dapat maklumat pasal dia?" Adam Rizalman menunggu dengan penuh sabar.

Wajah sahabat dia dipandang meminta kepastian. Dia yakin, pelan dia kali ini akan berjaya. Sekali lagi dia akan buat hidup musuh dia sengsara. Tapi kali ini sengsara yang bakal membuatkan hidup lelaki itu musnah.

"Dah, ini gambar isterinya" Shahril menghulurkan satu foto kepada Adam.

Mereka sama-sama jahat dan menginginkan sesuatu. Adam tersenyum sinis. Gadis itu bakal menjadi permainan dia. Menjadi taruhan agar musuh dia dapat dimusnahkan.

"Bila nak mula? Aku dah tak sabar ni" Shahril mengosok kedua tangan dia. Terasa gatal saja tangan dia. Pasti bayaran dari Adam pada kali ini mahal.

"Secepat yang mungkin. Aku tak sabar nak tengok dua musnah! Sengsara! Derita! Aku nak tengok semua tu!" Adam tersenyum sinis.

Wajah seseorang terbayang di ruangan mata dia. Tunggu sajalah, semuanya bakal bermula. Dan kali ini dia bakal menang.

"Aku tunggu" ujar Shahril. Dia juga nakkan lelaki itu sengsara tapi bukan lelaki itu. Orang lain yang telah merampas seseorang daripadanya.

"Kali ini aku akan pastikan pelan kita menjadi. Tak ada yang gagal. Tunggu masa yang sesuai saja. Aku nak kau teruskan perhati perempuan tu. Aku akan bagi arahan untuk kau bertindak"

"Tak ada masalah. Lagi pun aku nak dia sengsara juga. Bayaran dia aku nak kan sesuatu daripada kau" Shahril tersenyum sinis. Dia memandang Adam sambil menjungkit keningnya.

"Apa?" Adam tidak kisah. Janji pelan dia berjaya. Berapa pun bayaran dia sanggup asalkan musuh dia jatuh.

"Aku nak perempuan ni" Shahril menyuakan foto seorang perempuan kepada Adam. Gadis yang berjaya menarik hatinya.

"Ok, aku bereskan untuk kau" mudah Adam memberikan jawapan. Kerja senang.

"Ok, kita sama-sama setuju"

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now