DA - 13

74.9K 3.3K 57
                                    

Kini mereka berdiri di hadapan sebuah hotel ternama; DANIEL'S HOTEL. Maya dan Elly Adelia berpandangan seketika sebelum mereka melangkah keluar dari kereta milik Maya.

"Kau dah sedia?" Soal Maya. Kini jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Mereka sudah lewat dan majlis sudah bermula sejak pukul 8 lagi.

Maya sengaja melambat-lambatkan dirinya. Boleh pula mereka berdua melepak di kedai mamak sementara menunggu jam ke angka 9. Tak pelik kalau mereka memakai dress lawa ke kedai mamak kerana mamak disitu sudah kenal dengan mereka.

"Dah" jawab Elly Adelia yakin. Dia berjalan perlahan-lahan disebelah Maya. Lengan sahabat dia dirangkul erat. Bimbang jatuh dengan ketinggian kasut yang dia pakai sekarang.

Mereka tiba di hadapan ballroom. Terdapat dua pengawal berkot hitam dan berbaju putih menahan mereka. Maya pantas menunjukkan kad pekerja kepada dua pengawal itu.

"Jemput masuk" pengawal itu membuka pintu dan kini seluruh tetamu memandang mereka. Serta merta Maya dan Elly Adelia menjadi segan.

"Asal semua pandang kita macam nak telan?" Bisik Maya perlahan. Mereka masih lagi tercegat di hadapan pintu itu.

"Kalau patah balik boleh kan? Aku malu lah" bisik Elly Adelia pada Maya. Shawl yang terlilit kemas di atas kepalanya dibetulkan.

"Aku setuju.." kata Maya dan serentak mereka memusingkan tubuh mereka ke belakang. Tapi baru saja mereka ingin membuka langkah dua orang lelaki sudah tercegat di hadapan mereka.

"Nak ke mana? Kenapa tak masuk?" Zul menyoal pelik. Dia yang baru balik dari tandas pelik melihat dua orang gadis berdiri tegak di hadapan pintu masuk.

"Err..tandas!" Pantas saja Elly Adelia memberikan alasan. Dia merungkai pelukan di lengan Maya dan berjalan pergi ke satu arah meninggalkan Maya dan Zul.

"Shall we?" Zul menghulurkan tangan kepada Maya. Mata dia tidak terkalih melihat kecantikkan Maya pada malam itu. Tidak sangka gadis itu memakai dress pemberian dia.

Malu-malu Maya menyambut huluran tangan Zul. Mereka berdua masuk ke dalam dewan serba indah itu. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan. Tambah-tambah lagi Liyana dan geng gosip. Macam nak telan saja si Maya itu.

"Baiklah hadiran sekalian diminta menjamu selera sebelum ketibaan tetamu yang kita nantikan sebentar lagi" kata pengacara majlis itu.

Zul dan Maya mengambil tempat di meja VVIP dan berhadapan pentas. Betul-betul di meja CEO. Maya teragak-agak mahu duduk.

"Kenapa tak duduk? Duduklah" Zul selamba saja duduk di tempatnya. Makanan yang sudah tersedia di atas meja dimakannya.

"Err..takpe ke kita duduk sini?" Teragak-agak Maya mahu melabuh duduknya. Banyak mata memandang dia.

Zul diam. Dia menarik lengan Maya dan serta merta gadis itu terduduk di sebelahnya. Dia menyuap maya nasi tanpa sempat gadis itu membuka mulutnya.

"Just sit and eat!" Maya akur dan dia mengambil hidangan yang lazat di hadapan dia itu. Tak perlu susah payah berebut dengan orang lain.

*****

Elly Adelia menyandar di dinding di dalam tandas. Setelah hilang rasa debaran di dada dia, dia kembali menatap cermin di dalam tandas. Tudung yang senget dibetulkan dan dia menarik nafas panjang.

"Kau kena kuat!" Dia memberi semangat kepada dirinya sendiri. Pintu tandas di buka dan kaki dia mula melangkah perlahan. Purse yang berwarna hitam digenggam erat. Sudahlah tandas itu sunyi saja.

Setibanya dia dihadapan tandas lelaki, Elly Adelia menjerit apabila tubuhnya ditarik masuk ke dalam bilik stor berdekatan dengan tandas lelaki. Mulutnya ditekup dan pintu itu ditutup rapat. Badan kecil dia disandarkan ke belakang pintu.

"Baik kau diam!" Kata suara itu dan perlahan-lahan dia menurunkan tangan dia dari mulut Elly Adelia.

Elly Adelia memegang dada dia yang berdegup laju. Mata dia memandang wajah di hadapan dia. Tidak nampak jelas kerana bilik stor itu gelap.

"Aku nak kau diam dan tak jerit! Kalau kau jerit aku rogol kau kat sini! Ingat tu!" Ugutnya. Tangan sudah memegang tombol pintu.

Elly Adelia mengangguk pantas. Gerun dia melihat mata itu merenung dirinya. Sebaik saja pintu terbuka dia melangkah keluar diikuti lelaki itu. Baru saja beberapa langkah lengan dia dicengkam dari belakang.

"Pusing!" Arahnya dalam nada lembut.

Lambat-lambat dia memusingkan badan dia menghadap orang tadi. Mata dia yang tadinya biasa kini membulat besar. Mulut ditekup kerana terkejut.

"Encik!" Jerit Elly Adelia tidak percaya. Wajah selamba Daniel Arfan dipandang.

"Ya aku kenapa?" Soalnya selamba. Tangan dia yang elok di lengan Elly Adelia kini mula turun ke bawah. Pinggang kecil gadis itu dirangkulnya erat.

"Jadi yang kat dalam tadi encik ke?"

"Hmm.." balas Daniel Arfan dengan mat terpejam. Dia menghidu haruman dari tubuh gadis di hadapan dia.

"Ta--tapi kenapa?" Elly Adelia hairan. Melalui riak wajah Daniel Arfan dia berasa gerun. Sudahlah mereka berdua saja di lorong sunyi itu.

Daniel Arfan mendengus seketika. Gadis itu ditenung tajam. Kalau iman dia tak kuat pasti gadis itu diterkamnya. Tapi mujurlah iman dia masih lagi kuat.

"Aku nak kau menyamar jadi kekasih aku merangkap tunang aku"

Sekali lagi dia terkejut. Dia mengundur ke belakang beberapa langlah. Tak percaya dengan kata-kata lelaki di hadapan dia itu.

"Aku nak kau setuju kalau tak badan kau akan jadi gantinya" sengaja dia menjilat bibirnya sambil merenung badan Elly Adelia.

Serta merta Elly Adelia menyilangkan tangan dia di dadanya. Seram! Daniel Arfan menyimpan gelak.

"Ba--baik saya setuju" lambat-lambat dia menyetujui. Daniel Arfan menarik Elly Adelia rapat ke arahnya.

"So sekarang kau officially jadi kekasih aku merangkap tunang aku. Jadi lakonkan yang sepatutnya"

Mereka bersama-sama melangkah menuju ke ballroom. Daniel Arfan nampak kacak dengan tuxedonya dengan rambut terjuntai di dahinya. Tangan dia memeluk erat pinggang Elly Adelia. Senyuman sinis terlakar di bibirnya.

'You're mine, girl!'

_________________

Aku update jgak DA sbb rmai yg rindu 😂😙

Plus, ni update last tau. Sebab nk focus DL dulu

Tamatnya DL maka bermulalah DA hingga ke akhirnya..

Sekian..😚

Your silly author 🙄

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin