DA - 42

71.4K 2.7K 120
                                    

Ben dan Christ tersenyum mesra menyambut pasangan pengantin yang diraikan pada hari ini. Tersenyum sampai ke telinga mereka melihat ketua mereka sudah bergelar seorang suami. Malah Ben dan Christ berasa yang ketua mereka mampu menjadi seorang suami dan bapa yang baik untuk sang isteri.

"Tahniah Daniel!" Ucap mereka serentak.

"Aku dah, korang bila lagi?" Soal Daniel Arfan dalam nada mengusik. Sungguh hari ini sangat bermakna kepadanya.

Elly Adelia pula erat memeluk lengan si suami yang berada di sisi. Dalam hati berbakul pujian dia berikan kepada Ben dan Christ. Dua lelaki itu nampak kacak dalam sut hitam mereka. Kalaulah suami dia tahu, tak pasal-pasal ada yang lebam biji mata.

"Alaa, lek arr. Kami muda lagi kot. Masa muda-muda nilah kena enjoy betul-betul. Dah ada bini tak boleh nak enjoy macam selalu" Ben ketawa mengekek. Teruja betul dia menikmati masa bujang dia itu. Tidak sedar umur makin lama makin lanjut.

"Banyaklah kau! Kerja yang aku bagi dah siap belum" kasar Daniel Arfan menyoal. Sengaja mahu menguji Ben yang asyik bergelak ketawa.

Automatik muka Ben berubah. Senyuman dan ketawa dia terus mati. Sengihan serba salah diberikan kepada Daniel Arfan. Christ pula menyimpul senyuman.

"Gelak-gelak juga. Enjoy-enjoy juga. Kerja aku mesti siap! Kalau tak--" sengaja dia menjungkit kening dengan senyuman sinis. Faham-faham lah.

"Ba--baik" gugup wajah Ben pada ketika itu. Aish, senyuman Daniel Arfan memberikan maksud lain.

"Ka--kalau macam tu, aku dengan Christ pergi sana dulu" Ben meminta diri. Tak betah berlama dengan ketua dia itu.

Christ akur. Dia baru saja mahu berbual dengan isteri bos dia itu. Ada niat lain selain mahu berbual. Tak sangka gadis itu cantik. Untung Daniel Arfan.

"Nak mengelak lah tu" gumam Daniel Arfan. Kemudian mata dia jatuh ke arah Elly Adelia.

Jelas pada raut wajah isterinya yang nampak kepenatan. Jam ditangan dikerling. Sudah pukul 11 malam, namun tetamu masih ramai. Tidak berkurang pun.

"Kau penat ke?" Soalnya. Tangan Elly Adelia digenggam erat. Dia menarik kerusi di meja berhampiran. Punggung dilabuhkan pada kerusi.

"Penat sikit.." balas Elly Adelia. Jujur dia kata, majlis hari ini sungguh membuatkan dia rasa mahu tidur. Kaki dia terasa mahu tercabut saja.

Sempat juga dia mengerling kawan dia, Maya nampak bertenaga pada malam itu. Begitu juga dengan Kisha Afina. Masing-masing tak nampak penat.

Elly Adelia tersentak apabila pinggang dia ditarik oleh seseorang. Badan dia jatuh dalam ribaan si suami tanpa disedari. Terkebil-kebil dia pandang Daniel Arfan.

"A--awak.." Elly Adelia cuba berdiri kembali. Muka dia rasa membahang apabila tetamu yang berhampiran memandang ke arah mereka.

"Duduk diam jelah. Pedulikan mereka semua tu" erat tangan kanan Daniel Arfan memeluk pinggang Elly Adelia.

"Malulah awak. Ramai kot jangan pandang" Elly Adelia menundukkan wajah.

"Lantak lah. Bukan hal mereka pun" balas Daniel Arfan selamba.

Dia meletakkan wajah dia di celah leher Elly Adelia yang ditutupi dengan tudung . Dapat dia hidu wangian dari leher isterinya. Wangi. Sangat mengharumkan.

"Err..awak.." Elly Adelia menolak kepala Daniel Arfan. Segan dia dengan kelakuan tak malu suami dia itu. Agak-agaklah nak bermesra pun.

"Woi! Masuk bilik lah kalau tak sabar pun!" Sergah seseorang. Lalu tamparan terkena pada lengan kekar dia.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now