DA - 55

55.9K 2.3K 25
                                    

"Sayangku Adelia.."

Di dalam kabus itu dia mencari-cari suara itu. Suara yang sudah lama dia tidak dengari. Malah sangat dirinduinya. Kaki dia melangkah mencari arah suara itu, tapi hanya kabus yang putih itu saja kelihatan.

Dia berdiri kaku. Tidak berupaya lagi mahu melangkah. Terasa lelah. Kaki dia terasa lemah mahu berlari lagi. Perlahan-lahan badan dia melorot jatuh begitu juga dengan airmatanya.

"Abang kat mana? Tolong abang..jangan seksa saya lagi. Saya rindukan abang. Tolong jangan buat macam ni. Adelia nak sangat tengok abang. Tolong muncul.." rayunya dalam esakan yang sudah tidak tertahan lagi. Dia melutut sambil menundukkan wajahnya.

Pakaian putih yang dipakainya menunjukkan dia berada di tempat yang tidap pernah dia kunjungi. Elly Adelia menangis dan terus menangis. Esakan dia makin kuat. Rindu tak terkata kepada insan yang dia cintai itu.

"Sayang.." suara itu sangat dekat. Seketika tangisan dia terhenti. Elly Adelia kaku. Tubuh dia tiba-tiba mengeras. Airmata dia terhenti.

Figura seorang lelaki di hadapan dia membuatkan tangisan dia terhenti. Lelaki itu berdiri di hadapan dia sambil tersenyum manis. Dia membongkok badan lalu menyuruh Elly Adelia berdiri.

"Sayang..." panggil lelaki itu. Wajah dia tidak dapat dilihat dengan jelas. Terlindung disebalik kabus yang tebal itu. Tapi dia dapat rasakan hangatnya tangan lelaki itu memegang kedua lengan dia.

Sentuhan yang sudah lama dia tak merasai. Bahkan, tangan itulah yang sentiasa membelai dan melindungi dia. Elly Adelia memandang wajah di hadapan dia.

"Abang.." panggil dia perlahan. Lelaki itu menapak menghampiri dia. Kini jelas di pandangan dia. Wajah yang sudah lama tidak menjadi tatapan dia. Mulutnya ditekup dan sekali airmata dia jatuh.

Syed Daniel Arfan!

Lelaki yang menjadi pelindung dia. Lelaki yang bergelar suami kepadanya. Kini dia sudah dapat menatap wajah itu. Senyuman lelaki itu begitu manis sekali.

"Abang pergi mana? Kenapa tinggalkan saya?" Dia menangis tanpa segan silu. Tapak tangan dia digenggam erat. Menahan rasa sedih dalam dirinya.

"Aku tak tinggalkan kau, tapi kau yang tinggalkan aku. Kau pergi bawa sekali anak aku. Bukan salah aku tapi kau. Aku tak pernah tinggalkan kau. Tapi.." dilihat jelas sekali raut kecewa pada wajah lelaki itu. Elly Adelia keliru.

"Saya? Saya tinggalkan awak? Tapi kenapa?" Soalnya keliru. Dia memegang erat kedua lengan suami dia.

"Aku sayangkan kau Adelia. Jaga anak aku baik-baik. Jangan pernah lupakan aku. Aku terpaksa pergi. Pergi dari hidup kau. Aku harap lepas ni kau jangan pernah carikan aku lagi" ujarnya dengan wajah yang tenang.

Dia terpempan. Kata-kata itu umpama merentap separuh nyawa dia. Perlahan-lahan badan suaminya berpusing ke belakang. Berjalan tanpa menoleh lagi kepadanya. Esakan Elly Adelia makin kuat. Tak! Dia tak inginkan semua ini!

"Abang! Jangan tinggalkan Adelia! Jangan tinggalkan kami! Tolong abang...jangan pergi dari hidup Adelia" jerit Elly Adelia kuat. Dia mengejar langkah suaminya.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now