DA - 68

57.3K 2.2K 50
                                    

P/s : Maybe lambat lgi kot tamatnya 😂😂 terfikir sampai bab 60+ je .. but terpaksa up kan sampai 70+ bab kot 😅😅 .. x sanggup nk tamatkan DA  ni 😪 hahahaha .. back to story guys ..

_________________

Kisha Afina memotong sayur-sayuran dalam keadaan kekok. Selama ini dia tidak pernah masuk ke dapur. Semuanya bibik yang buatkan. Biasalah anak orang kaya. Tapi tidak semestinya dia tidak tahu memasak. Cuma itulah kalau malas semuanya tak jadi. Hari ini tiba-tiba mood dia baik mahu masuk ke dapur. Ditemani dengan dua wanita yang pro dalam bidang masakan. Siapa lagi kalau bukan Maya dan Elly Adelia.

"Kisha, boleh tak potong tu? Kalau tak boleh Kak Adel tolongkan" tegur Elly Adelia. Kesian pula dia tengok adik ipar dia yang nampak terkial-kial itu.

"Boleh kak. Cuma itulah dah lama tak masuk dapur itu yang jadi kekok" ujar Kisha Afina. Tersenyum dia melihat hasil potongan dia. Kacang bendi yang dipotongnya bermacam saiz yang ada. Ada besar ada kecil .

Elly Adelia tersenyum. Dia memotong ayam menjadi kecil. Kemudian dia menyiang ikan yang baru dibeli oleh mereka bertiga dari pasar tadi. Dapur mewah itu menjadi tempat mereka berperang. Tengku Dahlan sendiri yang membenarkan mereka membuat seperti rumah sendiri.

"Wahhh sedapnya bau" satu suara menyedarkan mereka dari melakukan kerja. Tengku Alisa masuk dengan muka bangun tidur. Comel je dengan baju tidur hello kitty dia itu.

Sekali tengok macam budak belasan tahun saja. Kecil sangat. Tapi kalau sesiapa tahu umur gadis itu pasti terkejut. Itulah dah pendek nak buat macam mana kan? Terimalah seadanya.

"Kau masak apa Maya? Dari tadi aku tengok kau sekejap tengok fon? Kau buat apa?" Tengku Alisa menegur sepupu dia itu. Kerusi di meja bar itu ditarik lalu dia duduk.

Maya tersenyum. Dia sebenar sedang melihat resepi kek. Teringin nak makan kek pula mak buyung itu. Habis resepi kek ditengokknya. Alih-alih kek pelangi dan kek coklat menjadi pilihan dia.

"Ohh kau tengok resepi? Aku tolong kau ahh..bosan takde kerja nak buat" Tengku Alisa mempelawa dirinya.

"Baguslah! Kau tolong aku buat kek pelangi ni. Aku buat kek coklat. Cepat sikit masaknya" ujar Maya ceria. Dapat juga dia makan kek. Ahh tak sabarnya! Hati dia menjerit teruja.

Maka peperangan antara empat wanita itu bermula. Elly Adelia dan Kisha Afina bahagian lauk-pauk. Maya dan Tengku Alisa pula bahagian pemanis mulut. Riuh-rendah dapur itu jadinya. Macam-macam mereka bualkan.

Di ruang tamu, Mak Peah bersantai bersama Pak Leh dan Tengku Dahlan. Mereka rancak berbual dan disertai oleh Syed Syakil dan Mawar Qaisara. Penuh rumah banglo itu dengan kehadiran mereka semua.

"Mak tolong jagakan Marissa kejap. Ira nak naik atas ambil barang" Tegur Tengku Fazira. Walaupun dah habis pantang, tetap kena berhati-hati. Sebab Mak Peah cakap kita ni perempuan. Kalau sakit di kemudian hari susah. Semua sebab urat-urat masa bersalin yang putus itu. Tua nanti tahulah.

"Baik-baik jalan tu. Jalan sampai tersadung pula. Dah lah stokin tak pakai. Hai lah kamu ni" bebel Mak Peah. Beberapa dia tegur tapi Tengku Fazira tetap tak dengar. Kalau sejuk ke pakai stokin kalau tak memggigil lah jawabnya.

"Alaa mak orang naik atas nak ambil stokin laa ni. Jagakan Rissa kejap ya.." Mak Peah angguk je. Tubuh kecil Nur Marissa dibaringkan ke atas tilam bayi.

Bersebelahan dengan Eliana Aulia. Kedua bayi itu berpandangan. Hanya berbeza beberapa bulan saja. Tak jauh beza pun umur mereka berdua. Eliana Aulia asyik bermain dengan tangan dia. Nak buang sarung tangan yang asyik membungkus tangan kecil itu.

"Aulia..kena ni cucu nenek" Mawar Qaisara bersimpuh di sebelah Eliana Aulia. Bulat mata dia memandang si nenek.

"Tu..tu.." menyembur air lius apabila dia menyebut. Badan diterbalikkan dan dia mula meniarap.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now