DA - 29

71.8K 2.7K 175
                                    

Lelaki itu tersenyum sinis sambil menatap skrin komputer yang gelap itu. Asap rokok dihembus kasar. Dia memusingkan kerusinya ke belakang.

"Kau dah hantar hadiah aku?" Soalnya kepada seorang lelaki yang berkepala botak dan berparut panjang dari mata hingga pipi belah kiri.

"Dah" balas dia ringkas. Raut wajah dia nampak begitu mengerunkan. Lagi-lagi tatu penuh satu badan.

"Aku tahu kau boleh diharap Ben.." ujarnya dengan senyuman. Ben tersenyum sinis saja.

Kerja mudah, memang cepat dia akan selesaikan. Lelaki itu bangun dari kerusinya. Dia dan Ben melangkah keluar dari bilik yang penuh dengan TV, komputer dan juga paket-paket dadah.

Mereka menyusuri satu lorong yang panjang. Hanya terdapat lampu yang malap yang menyinari lorong-lorong disitu. Ben menyarungkan hoodie kelabu ke badan tegap dia. Kemudian dia menarik zip hingga paras dada. Di kepala, dia kenakan topi untuk menutup separuh wajah dia.

Sampai saja di hadapan pintu besar yang dilapisi besi itu, Ben berhenti. Dia berbisik di telinga pengawal yang menjaga pintu tersebut. Lelaki itu pula tegak berdiri di depan pintu. Rokok disedut dalam. Muka dia nampak macam tengah high. Dua kali dia menyedut dadah tadi.

Sebaik saja pintu terbuka, jelas kedengaran bunyi bingit muzik yang terpasang. Dari tingkat paling atas dapat dia melihat ribuan manusia yang terkinja-kinja di lantai tarian. Ada yang sedang berbual, bermesra dan juga berkucupan sesama mereka.

Ben tersenyum sinis. Tidak sangka manusia sedang masuk dalam perangkap mereka. Dia mengekori lelaki kurus keding di hadapan itu. Juga merangkap bos dia.

"Carikan aku seorang perempuan. Aku nak yang terbaru.." ujarnya penuh bermaksud.

Ben mengangguk. Dia berjalan menuju ke arah pekerja yang menjaga pelacur-pelacur disitu. Sempat juga dia melihat orang-orang dia yang sedang menjalankan pekerjaan.

"Bos nak perempuan, terbaru punya.." ujar Ben separa kuat. Dilihat lelaki cina itu mengangguk.

Tangan dia menggamit seorang perempuan berwajah Jepun. Pasti stok baru. Lihat saja gadis itu nampak kekok dengan Ben.

"Ini amoi baru dari Jepun. Lu amik dia kasi pada bos. Gerenti semua tip top" ujarnya lalu mengetip jarinya. Tersengih menyeringai.

Ben mengangguk. Bahu lelaki cina itu ditepuk perlahan. Kemudian tangan dia memegang erat lengan gadis Jepun itu.

"Wa amik dia.." kata Ben lalu membawa gadis itu berjumpa dengan bos dia.

Kelihatan lelaki kurus itu duduk menyandar dengan mata yang kuyu. Bau arak sangat kuat. Lihat saja botol arak yang bersepah di atas meja. Ben tersenyum. Gadis Jepun itu ditolak ke tepi bos dia.

"Amoi baru.."

Lelaki itu tersenyum suka. Bau nafas dia jelas bau arak. Busuk! Nafas juga tidak teratur. Tangan pula sudah merayap ke badan gadis itu. Gadis itu pula membiarkan saja. Ini jalan yang dia pilih. Lagi pun duit yang bakal dia terima lumayan.

"Aku nak berlayar ke syurga" kata lelaki itu lalu membawa gadis itu masuk ke sebuah bilik.

Ben diam. Dia kemudian memerhati sekeliling pub itu. Nampak agak berserabut dengan ragam manusia. Mata dia kemudian tertangkap kelibat seeorang. Mereka berpandangan. Ben mendengus geram.

"Kalau bos cari aku, cakap aku ada hal" pesan Ben kepada seorang lagi orang bos dia.

Ben tersenyum penuh makna. Huh selesai saja semua ini, hidup dia bakal bebas.

*****

"Aku dah agak!" Daniel Arfan menepuk kuat meja kayu di depan dia itu.

Bergegar semua benda yang ada di atas meja itu. Elly Adelia dan Maya pula tertelan air liur. Takut dan gerun dengan Daniel Arfan yang nampak serius itu.

"Nampaknya dia mulakan permainan ni. Baik aku ikut permainan dia sejauh mana.." sinis Daniel Arfan.

Dia mengetap bibir kuat. Wajah seseorang mula terbayang. Memang tak serik! Susah betul nak tumpas.

"Aku dah cari location dia, macam ada sesuatu yang sekat masuk" dengus Christ tidak puas hati
Bermacam cara dia dah buat, tapi tetap gagal.

"Zul akan uruskan semua tu.."

Kini semua berharap pada Zul. Sejak petang tadi lelaki itu keluar, sehingga sekarang belum pulang lagi. Elly Adelia dan Maya pula diarahkan tinggal di rumah agam Daniel Arfan. Rumah mereka tidak selamat buat masa sekarang.

"Adelia ikut aku" mata helang dia beralih ke arah Elly Adelia. Jelas gadis itu nampak takut dengannya.

"Erm..kau pergilah. Aku nak masuk bilik dulu.." Maya tersenyum kelat. Dia meninggalkan sahabat dia bersama Daniel Arfan.

Daniel Arfan menarik tangan Elly Adelia. Mereka berdua menaiki lift dan angka tiga ditekan. Suasana di dalam lift diam dan sunyi saja. Apabila sampai saja di tingkat tiga, sekali lagi dia menarik gadis itu.

Langkah dia berhenti di hadapan sebuah bilik yang tertutup rapat dan berpintu kaca. Tapi tidak kelihatan ruangan di dalam. Buka saja pintunya, Elly Adelia tergamam.

Dinding bilik itu hanya kaca, ditutupi dengan langsir berwarna hitam. Lengkap dengan segala peralatam gym, gelanggang tinju dan juga bilik latihan menembak. Cukup lengkap dan sangat luas.

"Teman aku berlatih" ujar Daniel Arfan. Nada suara dia mula kendur dan berubah lembut. Baju-t di badan dia dibuka dan dilemparkan ke lantai.

Di badan dia hanya tersarung seluar jeans. Dia memulakan dengan warm up tanpa mempedulikan Elly Adelia yang nampak jakun itu.

Penat menjelajah bilik itu, Elly Adelia duduk di atas sofa yang tersedia di sudut bilik itu. Daniel Arfan pula sedang melakukan push up. Jelas peluh meleleh dari badan lelaki itu. Bergetar juga hati gadis itu. Daniel Arfan nampak hot sangat!

Daniel Arfan kembali berdiri. Dia mengelap peluh dengan kain tuala yang tersangkut di besi berhampiran. Bertembung saja pandangan mereka, mata dikenyit kepada Elly Adelia.

*****

Tengku Fatimah mengetap gigi kasar. Wajah tua dia jelas kemerahan menahan marah yang teramat sangat.

"Tak guna! Ada cucu bukan nak menolong aku! Buang masa aku selama ni ambil hati dorang!" Getus Tengku Fatimah.

Dia menghempas badan dia ke atas sofa. Kotak rokok di atas meja diambil dan rokok dinyalakan. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidung. Itulah rutin dia kalau tertekan.

Laporan dari orang kanan dia tadi cukup membuatkan dia panas. Tak sangka dua cucu dia itu sedang bersuka ria. Rancangan dia pula ditangguhkan. Hati tua dia kembali mendidih.

"Kalau bukan sebab korang tu aset kejayaan aku, memang dah lama kau bunuh! Dasar tak kenang budi! Lagi-lagi kau Alisa! Siaplah kau nanti"

Tengku Fatimah mula merangka strategi baru. Dia harus mengagalkan semua rancangan lelaki itu. Tidak mahu lagi dia kecundang ke bawah. Ada anak buah, semua tidak boleh diharap.

"Sial lah" makinya dengan perasaan yang bergunung dengan dendam!

_______________

Wah-wah makin best do 🙊
Btw, DA akn tamat x lama lgi. Hope smua part memuaskan hati korang 😍😅

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Où les histoires vivent. Découvrez maintenant