DA - 61

55.7K 2.4K 88
                                    

"Masih ingat pada aku?"

Ben terkaku. Tubuh dia seakan-akan tidak bergerak sama sekali. Mata dia terpaku.

"Tak sangka dekat sini korang bersembunyi" ujarnya. Dia melangkah masuk dengan riak wajah yang selamba. Mata dia memerhati sekeliling rumah yang menjadi tempat Ben, Elly Adelia dan Eliana Aulia menyembunyikan diri.

"Ben siapa yang--" Elly Adelia yang menjengah ke ruang tamu tergamam. Mata dia membulat memandang figura di hadapan dia.

"Mak long!" Dia terkejut. Sungguh tidak menyangka yang perempuan itu kembali.

Datin Normah tersenyum jahat. Ya, tidak sia-sia dia mengintip Ben. Sejak pertama kali dia terserempak di lelaki itu terus dia mnegekori Ben. Tidak menyangka dia akan berjumpa kembali dengan wanita yang telah membuat hidup dia huru-hara sekarang ini.

"Adel..Adel..tak sangka kau masih ingat pada aku. Aku ingatkan kau dah lupakan aku" Datin Normah tersenyum psiko. Di tangan dia ada sepucuk pistol.

Elly Adelia takut. Datin Normah dah macam orang gila! Dengan rambut mengerbang. Baju terkoyak sana-sini. Tidak terurus. Bau pula sangat tidak enak. Busuk!

"Bahagia betul kau walaupun suami kau tak ada? Kenapa? Dah berpaling arah?"

"Maklong buat apa kat sini? Maklong dah gila ke? Walaupun suami saya tak ada! Tapi saya masih cintakan dia! Maklong tak berhak campur urusan kami semua!" Marah Elly Adelia. Tidak peduli lagi dengan pistol di tangan Datin Normah.

Dia penat! Penat dengan semua ini. Elly Adelia tidak memikirkan apa-apa lagi. Datin Normah semakin melampau. Mereka menjadi buruan wanita itu.

Wajah Datin Normah berubah. Ya, dia berdendam dengan Elly Adelia. Disebabkan Daniel Arfan yang menghancurkan kumpulan dia, dia akan menjadikan anak dan isteri lelaki itu sabagai taruhan.

Pistol diacukan kepada Elly Adelia. Tiada riak takut di wajah wanita itu. Dia cukup bersedia dengan serangan Datin Normah. Eliana Aulia sudah merengek di dalam dukungan Ben. Rumah itu menjadi kecoh. Anak buah Syed Syakil mengacukan pistol kepada Datin Normah.

"Kalau korang tembak aku! Aku akan pastikan perempuan ni mati juga! Disebabkan laki tak guna dia! Aku hilang segala-galanya! Aku dah tak ada arah tuju! Bodoh!" Makinya dengan wajah yang semakin merah.

Ben memberikan isyarat kepada anak buah Syed Syakil. Dengan emosi Datin Normah yang tidak stabil, memang ada yang bakal mati di tangan wanita tua itu. Eliana Aulia diserahkan kepada Elly Adelia. Dia harus cari jalan untuk menyelamatkan keadaan.

"Puan, bawa bersabar. Kita bincang baik-baik. Kalau masing-masing macam ni, ramai yang bakal terkorban" Ben bersuara setelah lama mendiamkan diri.

Tangan kiri dia menyeluk pistol yang tersisip di belakang pinggang dia. Elly Adelia memeluk anaknya dengan erat. Rasa takut itu cuba dihilangkan.

"Ahh! Kau diam! Kau jangan banyak bunyi Ben! Selama ni kau pun sama! Dalang dalam semua ni!" Mata Datin Normah mencerlung tajam memandang Ben.

Kini pistol beralih arah. Picu sudah ditarik oleh Datin Normah. Bila-bila masa saja dia akan melepaskan tembakan. Bergetar tangan dia memegang pistol itu.

Belum sempat Ben melakukan apa-apa -- satu tembakan tepat terkena di bahu kanan dia. Ben mengerut dahi menahan kesakitan. Datin Normah tersenyum miring. Dia semakin tidak terkawal.

"Hahaha..kau tak boleh lawan aku Ben" jeritnya lalu ketawa mengilai.

Elly Adelia mendapatkan Ben. Bahu kanan lelaki itu ditekup dengan tapak tangan dia. Terasa panas tapak tangan dia apabila darah mengalir laju keluar dari tempat tembakan tadi. Airmata Elly Adelia menitis. Dia tidak inginkan semua ini.

"Korang semua! Kalau berani tembak aku! Aku akan bunuh budak ni!" Datin Normah memandang tajam setiap anak buah Syed Syakil.

Tidak sedar bila masa Eliana Aulia berada dalam tawanan Datin Normah. Elly Adelia tersentak. Anaknya yang diletakkan disebelah tadi sudah hilang. Mata dia terbeliak memandang Eliana Aulia yang menangis teresak-esak dalam dukungan Datin Normah.

"Maklong! Lepaskan anak Adel! Dia tak salah!" Jeritnya kuat. Ben sendiri tidak bermaya mahu menolong. Bibir dia sudah pucat kerana banyak hilang darah.

"Bodoh! Aku tak akan lepaskan budak ni! Kalau biar dia mati sekali dengan aku! Aku suka tengok korang semua sengsara!" Balas Datin Normah. Dia ketawa terbahak-bahak.

Elly Adelia sudah mati kutu. Dia tidak ada cara lain mahu menyelamatkan anak dia. Tiba-tiba mata dia tertancap pada pistol milik Ben. Pantas saja dia mengambil pistol itu. Kini dia pula yang mengacukan pistol itu pada Datin Normah.

"Maklong! Baik maklong serahkan balik anak saya!" katanya serius. Dia tidak main-main.

Demi Eliana Aulia dia sanggup menggadaikan nyawa dia. Biarlah anaknya selamat. Datin Normah memandang Elly Adelia dengan wajah mengejek.

"Kau fikir aku bodoh? Kau sendiri tak pandai guna pistol! Ada hati nak tembak aku!" Ejek Datin Normah.

"Maklong...to--tolong le--lepaskan anak saya" rayu dia. Perlahan-lahan tangan dia dijatuhkan. Sayu hati dia melihat anaknya yang diperlakukan sebegitu.

Datin Normah tidak peduli. Dia tidak akan melepaskan peluang ini. Pistol diletakkan tepat di dahi Eliana Aulia. Dia memandang Elly Adelia dengan senyuman jahat. Picu ditekan lalu--

Elly Adelia memejam mata rapat sebaik sahaja mendengar bunyi tembakan dilepaskan. Suara anaknya sudah tidak kedengaran. Perlahan-lahan airmata dia laju menuruni pipi.

"Allah!" Sebutnya sebelum semuanya menjadi gelap. Hidup dia kini tidak bermakna tanpa Eliana Aulia.

*****

"Papa.."

Syed Syakil terpaku. Wajah Daniel Arfan dipandang dengan riak terkejut. Mawar Qaisara dipandang oleh anaknya dengan senyuman nipis.

"Kat sini rupa-rupanya mama. Puas Arfan cari" dia tergelak kecil. Satu rumah ditawafnya semata-mata mencari mama kesayangan dia.

Tidak menyangka mama dia masuk ke bilik bacaan papa dia. Selama ini Syed Syakil saja suka masuk bilik itu. Menghabiskan masa dia dengan membaca buku. Mawar Qaisara lebih suka melepak di taman bunga sambil ditemani Kisha Afina.

"Kenapa cari mama?" Mawar Qaisara mendekati Daniel Arfan. Bahu suaminya diramas lembut.

Syed Syakil menarik senyuman lega. Jadi dia tak dengar kan? Tapi wajah dia kembali berubah serius apabila teringatkan panggilan yang dia terima tadi.

"Kamu berbuallah dengan mama. Papa ada kerja" kata Syed Syakil. Belum sempat dia mahu pergi, suara anaknya mematikan langkah dia.

"Did I miss something?" Soal Daniel Arfan dalam nada datar. Kedua tangan dia dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Abang cakap je lah. Tak ada guna terus berahsia macam ni" pujuk Mawar Qaisara. Syed Syakil memusingkan badan dia ke bekalang. Ada betul juga dengan kata-kata isterinya.

"Rahsia? Papa dan mama rahsiakan apa dari Arfan?" Soal Daniel Arfan pantas. Muka dia serius. Nampak urat-urat leher dia yang mula menegang.

"It's about your wife and your daughter" kata Syed Syakil perlahan tapi tegas.

Daniel Arfan terpempan. Dia tidak salah dengarkah? Tapi kenapa? Mawar Qaisara mengosok belakang anaknya.

"Papa cerita kemudian. Sekarang kamu ikut papa. If not--" mata dia merenung dalam mata Daniel Arfan.

"Your wife and your daughter will die" katanya keras. Dia berjalan pergi meninggalkan anak dan isterinya.

Daniel Arfan terpaku sebelum dia berlari mengikuti langkah Syed Syakil. Dia harus bertenang. Pasti papa dia ada sebab yang tersendiri. Dia tidak mahu menyalahkan papa dia. Daniel Arfan meraup wajah dia kasar.

"Ya Allah terima kasih kerana masih memberikan aku peluang untuk bersama dengan anak dan isteri aku"

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now