DA - 70

59.4K 2.3K 36
                                    

"Assalamualaikum"

Suara salam kedengaran ketika semua orang sudah bersiap sedia di meja makan. Tangan yang diangkat segera dijatuhkan. Doa tidak sempat dibaca. Malah mereka memandang gelaran yang memberi salam.

Muncul empat lelaki yang menghilang tadi. Mereka tersenyum nipis dengan wajah jelas kepenatan. Masing-masing nampak tidak terurus.

"Kamu semua dari mana? Kotor betul baju" tegur Mak Peah. Mulut becok dia memang tak pernah nak diam.

"Hutan" sepatah dijawab oleh Elfran Danish. Bahu dia terasa sengal dan lenguh. Dia menarik kerusi di sebelah Kisha Afina.

Asyik sangat pikul kesayangan dia, sampai lupa yang bahu dia kesakitan. Kisha Afina yang melihat suaminya asyik mengurut bahu memandang sepi saja. Sebaliknya, dia sudah kecur air liur melihat ikan keli masak berlada.

"Dah-dah duduk. Kita makan sama-sama" ajak Tengku Dahlan. Depan rezeki tak baik bercakap.

Mereka menadah tangan dan doa makan dibaca oleh Tengku Dahlan. Tersenyum mereka melihat pelbagai hidangan yang disajikan. Cukup membuatkan semua orang mahu menambah.

Maya awal-awal lagi memotong kek coklat. Nafsu makan dia ditahan saja sejak tadi. Apabila dah ada depan makan terus je--ngap! Masuk dalam mulut. Mata dipejam rapat apabila lemak coklat itu terasa di dalam mulutnya.

Elly Adelia tersenyum melihat mereka menjamu selera. Semua diam. Ada sesekali saja mereka bercakap. Esok mereka semua akan pulang ke Kuala Lumpur. Eliana Aulia yang duduk di atas ribaan dia disuap nestum bayi.

"Aaa...furr..tu..." riuh mulut Eliana Aulia bersuara. Habia tersembur-sembur nestum dan meleleh di tepi bibirnya.

"Anak ibu nak apa ni?" Elly Adelia menepuk perlahan tangan kecil Eliana Aulia. Sibuk nak capai nasi di dalam pinggan dia.

Eliana Aulia tersengih menampakkan gusi dia. Kemudian dia menepuk-nepuk perutnya. Tersenyum dia melihat perutnya yang membuncit itu. Kuat makan!

"Dah kenyang? Kalau dah kenyang duduk diam-diam. Ibu nak makan pula" Eliana Aulia mengangguk. Macamlah faham. Dia elok duduk di atas ribaan Elly Adelia.

"Kak Maya, kek coklat tu tinggal sikit untuk orang lain. Kan kempunan semua orang nak makan kek coklat yang aku buat tu" Tengku Alisa bersuara lalu dia tersengih. Dia pun nak juga kek coklat itu.

"Erk? Hehe..maaf" Maya tersengih serba salah. Sudah tiga potong kek selamat ditelan dia. Dengan wajah membahang dia makan nasi dengan wajah menunduk.

"Aku gurau je lah. Kau perhabiskan yang tu. Aku buat dua tadi sebab tahu kau memang hantu coklat" Tengku Alisa tergelak melihat wajah membahang Maya.

Tengku Faez Hakim yang berada di hadapan Tengku Alisa segera memijat kaki gadis itu. Ketawa kuat sangat! Sampai tersembur-sembur nasi. Tak senonoh langsung!

"Erk! Uhuk!" Tengku Alisa tersedak. Kaki dia yang terasa memberat ditarik kasar. Tajam mata dia memandang Tengku Faez Hakim. Ada juga yang tertelan pinggan nanti.

"Lisa makan tu elok-elok" lembut Tengku Dahlan menegur. Dia pun pening dengan Tengku Alisa. Kasar macam lelaki.

"Elok-elok lah ni. Besi mana entah hempap kaki Lisa tadi. Sakit sangat tu yang tersedak" perli Tengku Alisa.

"Besi? Mak tak dengar pun bunyi besi jatuh" Mak Peah mengerutkan mukanya. Ada ke?

"Besi berkarat mak. Hanya terdapat dalam jamban je" bersahaja dia berkata. Tersenyum sinis Tengku Alisa melihat wajah bengang Tengku Faez Hakim.

"Ada-ada je kamu ni" Mak Peah mengeleng kepala dia. Tak logik langsung.

"Berkarat sangat ke besi tu?" Tengku Fazira yang faham permainan adiknya sengaja menambah rasa. Dia yang duduk sebelah Tengku Faez Hakim sempat menangkap permainan dua manusia itu.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now