DA - 18

72.9K 3K 120
                                    

"Assalamualaikum!" Kedengaran suara seseorang memberi salam.

Muncul seorang wanita tua yang masih lagi bergaya. Di sebelah dia berdiri seorang lelaki yang memakai pakaian kot hitam. Semua tetamu yang hadir pada majlis malam itu menunduk hormat kepada dia.

Suasana di masjid hening saja. Majlis akad menikah akan berlangsung sebentar saja lagi. Maya mengenakan kurung moden berwarna ungu lembut dan tudung bawal warna yang sama. Elly Adelia pula berjubah hijau dan tudung shawl berwarna hijau lembut. Dua-dua kelihatan cantik.

"Datang dah nenek kebayan!" Bisik Maya kepada Elly Adelia.

"Kau ni! Tak baiklah! Tu kan nenek kau!" Lengan Maya dicubit perlahan oleh Elly Adelia. Tidak berkenan dengan perangai Maya itu.

"Nenek? Dia pun tak mengaku aku dan abang-abang aku cucu dia. Datang sini sebab tak nak orang kampung mengata dia lah tu" sindir Maya perlahan.

Mak Peah yang dengar menjengilkan mata dia. Ada ke cakap macam tu. Mak Peah mengeleng kepala mengenangkan sikap Maya yang banyak berubah itu. Kasar dan cakap main lepas tanpa memikirkan perasaan orang.

"Baiklah kita mulakan sekarang" kata Iman itu. Dia membaca khutbah nikah untuk bakal suami isteri itu.

Ahmad Muiz tenang saja. Bakal isteri dia, Nur Najwa sudah berdebar-debar. Anak orang kampung sini juga dia pilih. Nur Salwa dan Ahmad Muiz dah lama berkenalan. Nur Salwa juga anak kepada Iman Karim.

Seusai khutbah nikah dibaca oleh Iman Karim. Dia menjabat tangan Ahmad Muiz yang duduk di hadapan dia. Dapat dia rasakan getaran di tangan bakal menantu dia itu.

"Aku dinikahkan akan dikau dengan anakku, Nur Salwa binti Karim dengan mas kahwinnya RM 5000 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya, Nur Salwa binti Karim dengan mas kahwinnya RM 5000 ringgit tunai" sekali lafaz sahaja mereka sah bergelar suami isteri

Mak Peah mencium menantu sulung dia itu. Jelas dia teruja dengan pilihan anak sulung dia. Maya memeluk Salwa dengan erat.

"Tahniah kak! Akhirnya akak jadi juga kakak ipar Maya" katanya. Nur Salwa hanya tersenyum saja.

Selesai saja majlis akad nikah, para tetamu dijamu selera di rumah Pak Leh dengan pelbagai juadah makanan. Maya dan Elly Adelia duduk di meja paling hujung dan jauh dari pandangan orang kampung.

Atas meja penuh dengan pelbagai lauk pauk. Ada ayam masak merah, ikan goreng, sambal belacan dan sayur goreng. Doa dibaca dan baru mereka menjamu selera.

"Amboi! Makan tak ingat dunia!" Tegur Zul yang datang bersama Daniel Arfan.

Nampak kebetulan pula pakaian yang dipakai mereka sama. Macam dirancang! Mereka duduk di sebelah pasangan mereka.

"Lapar" balas Maya tanpa memandang ke arah Zul.

Elly Adelia pula gugup di sebelah Daniel Arfan. Dah lah dia dah sah menjadi tunang lelaki itu. Lagi gugup apabila Daniel Arfan duduk agak rapat di sebelah dia.

"Ehem!" Deheman seseorang membantutkan selera mereka berempat.

Maya membuat muka meluar apabila melihat Zira dan Lisa yang berdiri di hadapan dia. Zul malas nak pandang dan selamba saja meneruskan suapan dia.

"Tak sangka pula budak kampung macam kau ni ada peminat" sindir Lisa. Mata dia tajam merenung wajah Maya.

"Biasalah aku kan cantik!" Balas Maya bersahaja. Dia meratah ayam dengan lahap sekali. Tak kisah dah Zul disebelah dia. Janji dia dapat makan!

Zul tersenyum saja melihat kekasih dia makan ayam macam tak makan setahun itu. Malu? Sikit pun tak. Dia lagi suka orang yang jadi diri sendiri.

"Cantik? Muka kau ni tak sesuai langsung!" Kutuk Lisa. Memang dia tidak suka dengan Maya.

Lagi-lagi apabila melihat Maya didampingi jejaka kacak. Dia tidak boleh melihat Maya lebih dari dia! Sebab itu dia akan selalu menyakitkan hati Maya!

"Kau dengan kawan kau ni pun sama! Mesti korang upah dua jantan ni jadi fake boyfriend korang kan? Biasalah orang tak laku!" Zira dan Lisa tergelak gedik.

Elly Adelia mengetap gigi kuat. Dia dan Maya berpandangan. Daniel Arfan pula berdesing telinga apabila si tunang di kutuk sebegitu.

"Kenapa ni?" Tegur seorang wanita tua. Mata dia tajam merenung Maya dan Elly Adelia.

"Nenda! Saya kami bertegur-tegur sapa dengan Maya dan Adel. Tapi dorang sombong! Tak layan pun Zira dan Lisa!" Zira memaut lengan wanit tua itu. Bibir dia mengukir senyuman sinis.

"Amboi, dah ada lelaki sombong pula! Perangai aku tengok makin lama makin menyundal! Baguslah korang berdua berkawan! Memang kena pun!" Kata wanita itu.

Elly Adelia jadi geram. Muka diangkat lalu pandangan tajam wanita tua itu ditentang berani. Selalu saja wanita itu mencari salah dia dan Maya.

"Mak Engku cakap baik-baik sikit. Kami bukan macam tu! Kalau Mak Engku datang sini semata-mata nak sakitkan hati kami baik balik saja!" Dingin Elly Adelia menghalau Tengku Fatimah.

"Kau halau aku! Hei, kau sedarlah diri kau tu sikit! Kalau bukan anak aku yang kutip kau, belum tentu kau hidup senang lenang macam ni!" Merah muka Tengku Fatimah.

"Saya sedar diri saya Mak Engku. Memang Tengku Salleh ambil saya sebagai anak angkat. Tapi Mak Engku tak ada hak nak hina saya dan Maya. Kami pun ada kesabaran juga nak kena jaga"

Tengku Fatimah terus menarik muka. Dia menarik Zira dan Lisa pergi dari situ. Memang dari dulu lagi, kalau Elly Adelia bersuara memang dia tak akan dapat membidas.

"Chaiyok ahh! Padan muka nenek kebayan tu! Geram aku tahu tak!" Maya membuat muka geram dia.

"Jadi tu nenek korang ke?" Zul menanya mereka berdua.

"Correction! Bukan nenek kami. Tapi nenek langsuir dua ekor tu!" Tegas Maya.

Daniel Arfan menyimpul senyuman. Dia sudah habis makan. Tangan kiri dia menghadap mesej yang baru diterima dia.

Kemudian satu panggilan masuk. Daniel Arfan segera meminta diri. Panggilan itu dijawab jauh dari orang ramai.

"Ada apa kau call aku?" Suara dia kedengaran serius.

Christ yang berasa di talian sudah berpeluh. Gerun pula dengan nada suara yang digunakan oleh bos dia itu.

"Ketua Vader nak buat perjanjian dengan kumpulan kita. Pasal menyeludupan senjata.."

Daniel Arfan mendengus kasar. Rambut dia diraup ke belakang. Vader tidak habis-habis mendesak dia supaya bekerjasama dengan kumpulan dia.

"Darn it! Non voglio! Vai a morire con quel Vader!" [ I don't want! Go die with that Vader! ]

Panggilan terus di matikan tanpa menunggu balasan dari Christ. Dada di berombak mengenangkan ketua Vader. Senyuman sinis terukir di bibir dia.

"You don't know who are you dealing Vader!" Dia berdecit perlahan. Wajah ketua Vader bermain di kepala dia.

Vader merupakan musuh ketat dia. Sampai sekarang Vader cuba macam-macam cara untuk menjatuhkan dia. Tapi Daniel Arfan bijak!

Pusing saja dia, muka Daniel Arfan terus berubah bengis melihay Zira di belakang dia. Dari petang tadi perempuan iti cuma menggoda dia.

"Kau nak apa?" Kening diangkat kepada Zira.

"Nak you lah! Alah you ni sombong pula! Kalau dengan minah kampung tu bukan main mesra lagi! " Zira memeluk tubuh lalu bibir dimuncungkan ke depan.

"Stay away from me bitch! Kau jangan ingat aku tak tahu siapa kau, Tengku Fazira!" Sebaik saja berkata terus Daniel Arfan meninggalkan Zira.

Zira terkedu apabila Daniel Arfan mengetahui nama dia. Tapi dalam diam, dia sudah tersenyum penuh makna. Dia akan buat macam-macam cara untuk dapatkan Daniel Arfan!

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang