DA - 56

57.8K 2.4K 77
                                    

Kisha Afina berlari mendapatkan suaminya sebaik saja kereta Daniel Arfan berhenti. Dia menangis dalam dakapan Elfran Danish. Mengogoi dia menangis di dalam lelaki itu. Terpinga-pinga Elfran Danish melihat isterinya itu.

Daniel Arfan turun dari kereta sambil memgemaskan hud kelabunya. Dia memandang Kisha Afina yang menangis itu dengan wajah datar.

"Kenapa ni, dear? Apa yang berlaku tadi?" Soal Elfran Danish. Dia memandang Daniel Arfan meminta penjelasan. Esakan isterinya saja, membuatkan dia memgalah. Tipis harapan dia untuk mendengar penjelasan Kisha Afina.

"Bini kau nyaris kena rogol dengan jantan sial tu" tenang saja dia berkata. Kotak rokok dikeluarkan lalu dia menarik sebatang rokok. Dia menyalakan api dan dicucuh pada hujung rokok.

Elfran Danish tersentak. Wajah dia tadinya nampak tenang kini berubah serius. Dia memeluk isterinya lagi erat.

"Siapa? Siapa jangan sial tu?" Soalnya dengan suara keras. Si abang dipandang namun Daniel Arfan hanya mengangkat bahu saja.

"Bro, masuk bilik temankan isteri kau. Aku rasa dia trauma dengan hal tadi. Jangan risau yang lain aku akan uruskan" badan si adik ditolak masuk ke dalam rumah.

Sebelah tangan pula mengepit rokok yang masih berbaki separuh. Beginilah kehidupan dia selama 6 bulan ini. Rokok menjadi peneman dia dikala sepi dan marah. Rokok umpama isteri keduanya.

Melihat Elfran Danish dan Kisha Afina pergi, Daniel Arfan tersenyum sinis. Memang dia tak akan bagitahu kerana-- Elfran Danish akan tahu dengan sendirinya. Mereka adik-beradik tak ada bezanya pun. Sama-sama kejam. Sama-sama jahat.

*****

Shahril menjerit kesakitan apabila satu dawai menjerit masuk ke dalam perutnya sebelum ditarik secara kasar. Darah membuak-buak keluar tanpa henti. Isi di dalam perutnya umpama dirobek-robek dengan benda yang tajam. Satu garisan halus terlihat pada perutnya.

"Arghhh!!!" Makin kuat dia menjerit apabila dawai itu ditarik hingga ke belakang. Badan dia terasa bagaikan sudah terputus dua. Sungguh menyeksakan.

"Aku tak puas lagi!" Daniel Arfan mengukir senyuman sinis. Dia bertekad, hari ini juga hari terakhir lelaki itu hidup di atas bumi ini.

Dia membaringkan badan Shahril di atas lantai. Kedua tangan dan kaki lelaki itu yang diikat memudahkan lagi kerjanya. Kali ini Daniel Arfan bagaikan dirasuk. Tiada siapa berani mahu masuk campur termasuklah Zul dan Christ. Jika sisi gelap Daniel Arfan mengambil alih maka memang tak akan ada yang dapat menenangkan lelaki itu.

Seluar jeans Shahril dibuka. Begitu juga dengan boxer lelaki itu. Kini Shahril sudah separuh bogel di hadapan Daniel Arfan dan yang lain. Masing-masing menelan air liur kesat, gerun melihat ketua mereka yang umpama naga sedang marah.

"Aku rasa dawai tu saja tak cukup untuk kau jadi--" dia tersenyum sinis. Tangan dia mencapai satu playar di atas meja kayu itu. Playar itu dimainkan di hadapan mata Shahril.

"To--tolong.. ja--jangan" rayu Shahril dengan badan menggigil hebat. Belum pernah lagi dia menerima seksaan sebegini rupa. Ini kali pertama.

Dan kini dia menyesal. Menyesal kerana mengenali lelaki bernama Daniel Arfan. Lelaki pada luaran nampak baik tapi apabila sisi gelapnya keluar dia umpama syaitan.

"Aku terpaksa Shah. Kau dah buat adik ipar aku hampir dirogol oleh kau dan kau juga penyebab isteri aku tinggalkan aku!" Jerkah Daniel Arfan kuat. Bergema di dalam bilik itu.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now