DA - 32

69.4K 2.8K 82
                                    

Di luar wad yang menempatkan Mawar Qaisara dan Elly Adelia, Daniel Arfan nampak sangat tegang sekali. Rahang dia bergerak-gerak seakan mahu saja dia melepaskan segala rasa yang ada di dalam hatinya. Namun, dia sedar itu bukan jalan yang terbaik. Mata dipejam rapat. Dia beristghfar di dalam hati agar hatinya kembali tenang.

Syed Syakil mendapatkan anak-anak dia yang berdiri tegak di depan wad VIP itu. Wajah dia tenang sekali dan dia tidak cepat melatah dalam situasi sebegini.

"Doktor cakap apa?" Soal Elfran Danish. Wajah dia sangat kusut kerana risau dengan keadaan mana dia.

"Mama baik-baik aje. Mujur saja hentakan tak kuat dekat kepala mama. Dia cuma pengsan sebab terkejut. Dan--" mata Syed Syakil dilarikan ke arah anak sulungnya. Dia tersenyum kelat melihat wajah muram Daniel Arfan.

"-- Adelia tak apa-apa. Dia cuma kekurangan darah. Kepala dia menerima hentakan yang tak seberapa kuat. Jangan risau dua-dua selamat"

"Syukur alhamdulillah" kata Elfran Danish. Hati dia mula berasa tenang dengan berita itu.

Daniel Arfan membuka matanya kembali. Wajah papa dia dipandang dengan pandangan sayu.

"Arfan nak ke surau kejap" ujarnya lalu berjalan pergi tanpa menunggu persetujuan papa dia.

Elfran Danish dan Syed Syakil memandang saja pemergian Daniel Arfan. Biarlah lelaki itu menenangkan diri dia dulu.

Daniel Arfan mengambik wudhuk dengan perlahan sekali. Air yang menyirami setiap anggota tubuhnya membuatkan dia berasa tenang. Lagi-lagi apabila air wudhuk. Sungguh menenangkan hati yang sedang gundah.

Dia berdiri menghadap kiblat. Daniel Arfan mula bersujud kepada Yang Maha Esa. Penuh khusyuk dia solat dan bacaan ayat suci Al-Quran sungguh merdu sekali.

Usai solat, dia menadah tangan. Doa dibaca panjang. Berharap agar Allah memperkenan doanya. Dia bangun dan melipat sejadah yang digunakan tadi.

Dia keluar dari surau hospital sambil tangannya memakai jam di pergelangan tangan. Baru saja beberapa langkah dia berjalan, terdengar satu suara melaungkan namanya.

"Wahh, tak sangka jumpa kau kat sini"

Mata Daniel Arfan tajam memerhati lelaki berkot putih itu. Muka dia nampak berseri-seri sekali. Bahu Daniel Arfan ditepuk lembut.

"Hafiz Rosli?" Terpacul nama itu dari bibirnya. Nama yang sudah lama dihapuskan dalam ingatan dia.

"Haah aku lah bro. Kau free tak? Aku nak jumpa kau sekejap" ujar Hafiz dalam nada rendah.

Daniel Arfan mengangguk. Dia mengikut langkah Hafiz dari belakang. Tapi dia juga berasa bimbang jika lelaki itu mahu memerangkap dia. Jadi dia harus mengambil langkah selamat.

*****

Kisha Afina melepaskan lelahnya di bangku yang tersedia di taman perumahan itu. Peluh menitik didahi apabila dia berlari tidak henti-henti. Sudah lama dia tidak bersenam di pagi hari.

Mata dipejam rapat dan badan disandar di penyandar. Dengan mata terpejam, dapat dia merasakan seseorang duduk di sebelah dia. Terasa macam ada yang memerhati dia.

Buka saja mata, figura seorang lelaki menyapa pandangan dia. Berkerut dahi dia melihat lelaki itu tersenyum kepadanya. Topi di kepalanya dibetulkan. Kekok dia dengan renungan lelaki itu.

"Sorry ganggu. I cuma nam tumpang duduk je" ujar lelaki itu apabila dia merasakan gadis disebelah dia nampak tidak selesa.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora